May 16th, 2016

Sebelum ini pada bulan Mac, dua video yang menunjukkan pelakon Lydiawati ‘membelasah’ seorang wanita di sebuah premis telah menjadi viral. Dua video itu telah dimuat naik ke laman Facebook Lydiawati olehnya sendiri.

Lydiawati mendakwa melakukan begitu sebagai pengajaran kepada pengkid tersebut yang sering mengganggunya, dan juga untuk keselamatan keluarganya kerana pengkid itu menghantar ratusan mesej berunsur ugutan dan lucah kepadanya.

Perkembangan terbaru, menurut Sinar Harian, Lydiawati akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Ampang, atas tuduhan menyebabkan kecederaan pengkid tersebut yang merupakan warga Brunei.

Lydiawati atau nama sebenarnya, Salina Zaimon, bagaimana pun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Lydiawati didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Sharifah Harnizam Wan Musa dengan cara memukul menggunakan besi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel, dekat sini, jam 6.30 petang pada 24 Mac lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihana Abdul Razak mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Lydiawati, 51, yang diwakili oleh peguam, Fatimah Zahra Ramli memohon mahkamah mengurangkan jaminan atas alasan anak guamnya seorang ibu tunggal.

Anak guam saya tidak mempunyai pendapatan tetap dan memerlukan rawatan setiap bulan di Institut Jantung Negara kerana masalah jantung.

Majistret, Haslinda A Raof membenarkan jaminan RM3,300 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Jun depan untuk sebutan semula.

March 27th, 2016

Meskipun ada yang menyokong tindakan Lydiawati membelasah pengkid yang dikenali sebagai Sharifah Harnizam Musa kerana sering mengganggu beliau dengan mesej lucah, tetapi ada sesetengah yang kurang bersetuju dan menganggap tindakan Lydiawati itu agak melampau.

Namun, buat Lydiawati tiada siapa yang tahu apa yang beliau terpaksa lalui dan tekanan yang beliau hadapi sepanjang dua tahun ini. Sudah memberikan keterangan kepada pihak polis, Lydiawati menyerahkan segala siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa.

Mereka di luar sana mungkin tidak tahu apa yang berlaku, hanya saya dan keluarga yang terpaksa melalui tekanan yang diberikan wanita ini.

Apa yang berlaku lebih kepada kesabaran saya sudah sampai tahapnya. Jangan risau, saya dan wanita tersebut membuat laporan kepada pihak berkuasa, kita tunggu sahaja hasil siasatan.

Lydiawati juga menafikan dakwaan kononnya beliau sebelum ini mempunyai hubungan cinta bersama pengkid tersebut apabila beliau pernah diminta untuk melangsaikan hutang Harnizam.

Kedua-dua telefon bimbit milik dia sudah diambil pihak hotel dan restoran, jadi dia hanya akan menggunakan telefon orang awam untuk menghubungi saya. Bayangkan nombor telefon saya dijaja oleh dia.

Disebabkan itu juga orang ingat saya mempunyai hubungan dengan dia, jadi ada yang minta saya langsaikan hutang dia. Selama ini saya sabar tetapi bila sampai kemuncaknya, saya terpaksa bertindak kerana dia juga sudah ke rumah ibu saya mengganggu.

Sesiapa pun di tempat Lydiawati akan bertindak sedemikian kerana sudah merasa tertekan menerima pelbagi jenis ugutan. Dalam hal ini, kita tidak boleh menilai tindakan yang Lydiawati lakukan kerana kita tidak berada di tempatnya.

Sumber Berita : Utusan Online

March 26th, 2016

Semalam video Lydiawati yang sudah hilang sabar dan bertindak untuk memukul seorang pengkid menjadi viral di media sosial. Ramai yang tertanya-tanya apakah yang terjadi sehingga Lydiawati bertindak sebegitu?

Lydiawati kemudian  menjelaskan beliau sudah tidak tahan lagi  di ganggu oleh pengkid berkenaan yang menghantar ratusan mesej lucah setiap hari. Malah, pengkid itu mendakwa beliau merupakan kerabat diraja Brunei dan menawarkan pelbagai hadiah mewah buat Lydiwati.

Terbaru, difahamkah Lydiawati telah dipanggil oleh pihak polis semalam bagi memberikan keterangan lanjut berhubung kes berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang.

Aktres itu hadir kira-kira jam 6 petang di balai polis dan dibenarkan pulang selepas pihak polis merakam kenyataan beliau.

Kalau sudah hari-hari terima mesej lucah dan menjadi tempat untuk memuaskan nafsu seorang pengkid, memang ia mencabar kesabaran sesiapa pun, lebih-lebih lagi jika kita di ugut dan sebagainya. Hati-hati  juga kepada mereka di luar sana jangan terpedaya dengan kata-kata manis mereka.

March 25th, 2016

Beberapa jam lepas, pelakon Lydiawati telah memuat naik dua video menunjukkan dia membelasah seorang wanita di akaun Facebook miliknya. Identiti wanita yang dibelasah itu bagaimanapun tidak dapat dikenal pasti.
Bahagian Satu

Part 1

Posted by Lyd Saimon on Thursday, 24 March 2016

Bahagian Dua

Part 2

Posted by Lyd Saimon on Thursday, 24 March 2016

Menurut Lydiawati, dia tiada niat untuk bermegah-megah dengan video yang dimuat naik itu, sebaliknya punya alasan sendiri.

 photo Screen Shot 2016-03-25 at 12.59.50 PM.png

Menurut Lydiawati, ramai artis yang diganggu individu yang sama, malah kata Lydiawati dia telah diganggu selama dua tahun. Wanita ini dikatakan berasal dari Brunei dan juga didakwa sebagai seorang ‘pengkid’.

Kes ini juga khabarnya sudah menjadi kes polis. Menurut Lydiawati, polis sedang mencari wanita tersebut, yang khabarnya sudah melarikan diri.

Itulah, siapa suruh kacau orang sangat, kan? Mungkin apa yang dilakukan kali ini oleh wanita itu sangat melampau sehingga Lydiawati hilang kesabaran. Rata-rata pengkomen di Facebook Lydiawati menyokong tindakan pelakon itu sebagai pengajaran kepada wanita tersebut dan sesiapa yang bersikap sepertinya.

Moralnya, jangan jadi stalker.

Rasai getaran dan keasyikan irama muzik asli dari akar Melayu ke mata dunia. Manifestasi dan apresiasi di dalam sebuah…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 22 March 2016