Written by Bella | July 13th, 2015

Beberapa hari ini, video seorang wanita berusia 23 tahun bernama Zahra yang telah meluahkan keluhan terhadap kos sara hidup yang semakin meningkat di Malaysia menjadi viral di Facebook.

Antara keluhan beliau adalah terpaksa menaiki LRT untuk ke tempat kerja setiap hujung bulan kerana wang gaji beliau sudah dihabiskan untuk keperluan lain selain membayar sewa rumah dan ansuran kereta kepada bapa beliau sendiri.

Mendapat pelbagai respon daripada masyarakat Malaysia, isu ini juga mendapat perhatian artis Maya Karin berhubunga kenyataan wanita tersebut yang terpaksa menaiki LRT.

Berikut adalah kenyataan Maya di Twitter :-

Menurut Maya tidak menjadi satu kesalahan untuk Zahra menaiki LRT kerana ia merupakan salah satu sistem pengangkutan awam yang agak baik, malah pelakon itu juga sering menggunakan perkhidmatan itu.

Sejujurnya tidak perlu rasa malu sehingga menyatakan anda terpaksa naik LRT untuk ke tempat kerja hanya kerana ingin menyokong keluhan anda  terhadap kerajaan.  Kos hidup mungkin semakin meningkat tetapi pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengawal bajet bulanan anda.

Siapa sahaja yang tidak pernah naik LRT bukan? Percayalah orang yang berduit pun kadang kala naik LRT nak jimat tahu dak?