Written by Bella | July 8th, 2019

Siapa sangka, dengan hanya menghantar mesej berkongsi perasaan sedih kehilangan telekung ketika menunaikan umrah, seorang peminat telah menerima kejutan istimewa yang tidak disangka-sangka dari selebriti, Lisa Surihani.

Lisa dengan penuh rasa rendah diri menghadiahkan peminatnya itu telekung. Individu itu menerima kiriman mesej menerusi akaun Instagram daripada sebuah jenama telekung terkenal, memaklumkan seorang hamba Allah berhajat menghadiahkannya telekung.

Tidak menyangka akan menerima telekung baru, individu itu merasa gembira  kerana Lisa membaca luahannya tempoh hari. Lebih membuatkannya terharu apabila diberi peluang untuk memilih jenis telekung yang diinginkan.

Rata-rata netizen memuji sikap baik hati dan rendah diri Lisa dan betapa bertuahnya peminat tersebut menerima hadiah istimewa.

Berita yang sangat positif kami terima hari ini, semoga Allah SWT membalas segala perbuatan baik Lisa dan dimurahkan rezeki.

Sumber Berita : Astro Gempak & Twitter

Written by Bella | July 2nd, 2019

Lebih cantik dan manis berhijab, penampilan terbaru pelakon Lisa Surihani mendapat perhatian ramai. Perubahan yang dilakukan bukanlah atas desakan mana-mana pihak tetapi ikhlas dari hatinya sendiri.

Dalam perubahan ke arah kebaikan, pastinya akan ada dugaan tersendiri. Lisa akui ada sahaja anasir yang membolak balikkan hatinya tetapi dia selalu meminta agar diteguhkan hati.

Sebelum pakai mesti fikir ‘patut ke’, ‘ada job ke’. Dan sampai sekarang pun ada sahaja anasir yang membolak balikkan hati. Bukan mudah. Saya minta diteguhkan hati. Kadang-kadang ada statement, judgement doubt macam ‘lama ke pakai ni?’, padahal kita tengah cuba tapi tidak mengapalah. Tak nak letak janji yang tinggi. Im just trying.

Tiada manusia yang sempurna dan pasti tidak akan pernah lari daripada melakukan kesilapan, oleh itu Lisa mahu berubah secara perlahan-lahan. Lisa memberitahu dia masih berusaha untuk mencari hidayah dan sentiasa berdoa dirinya akan kekal istiqamah untuk berhijab.

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Lisa, agar hati dan imannya ditetapkan untuk terus kekal menutup aurat.

Sumber Berita : Hijabista

Written by Bella | June 26th, 2019

Penampilan terbaru pelakon Lisa Surihani  yang manis bertudung selepas pulang dariapda menunanikan ibadah Umrah mula menarik perhatian netizen. Memuat naik foto dirinya mengenakan hijab di akaun Instagram, ramai yang memuji Lisa kelihatan lebih cantik.

Sedar mengenai perkara itu, Lisa mengakui keputusan untuk kekal bertudung atau sebaliknya terlalu peribadi. Kata Lisa, dia bertudung bukan kerana hendak menunjuk dirinya baik ataupun meraih pujian.

Bertudung tanpa paksaan sesiapa, Lisa berharap dia dapat kekal istiqamah dan melakukannya dengan niat kerana Allah SWT.

Jauh di sudut hati kecil saya, hal ini (bertudung) memberikan banyak terjemahan dan kesimpulan. Saya agak bimbang apabila ada yang membuat andaian perubahan ini (bertudung) sebagai imej baharu.

Bimbang kalau saya terus muat naik foto memakai tudung, seolah-olah mahu meraih pujian sesama insan. Ia sangat peribadi, Sebab itu saya ambil masa yang agak lama untuk memuat naik gambar ini.

Saya harap terus istiqomah dalam hal ini dan melakukannya kerana Allah. Jauh sekali atas tekanan atau kehendak sesiapa.

Tiada manusia yang sempurna dan pasti tidak akan pernah lari daripada melakukan kesilapan, oleh itu Lisa mahu berubah secara perlahan-lahan agar dirinya lebih menganjak ke hadapan dalam soal menutup aurat dan bukannya ke belakang.

Dalam melakukan perubahan pasti akan ada cabarannya, tetapi kami doakan agar Lisa terus kuat dan kekal istiqamah berhijab.

Sumber Berita : BH ONLINE