Written by Bella | February 4th, 2016

Ok sebelum kami mula menulis, ya kami sedar ada yang akan persoalkan mengapa pula hendak up cerita tentang Khairul Fahmi dan ahli keluarganya sedangkan beliau bukan artis. Namun, Khairul Fahmi adalah selebriti yang agak terkenal juga di Malaysia bukan?

Berbalik kepada artikel, semalam Kayla Elayna iaitu anak sulung Khairul Fahmi dan isterinya Leuniey Natasha menyambut hari lahirnya yang kedua.

Bersempena dengan tarikh tersebut, mereka menganjurkan satu majlis hari jadi buat Kayla dengan tema Hello Kitty.

Majlis tersebut diadakan di Tunjong Banquets Bandar Baru Tunjung, Kota Bahru, Kelantan dan dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan.

Jom kita lihat beberapa lagi foto sekitar majlis ulangtahun ke 2 Kayla dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | June 3rd, 2014

Wah. Comelnya puteri sulung Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha yang diberi nama Kayla Elayna ini. Seronok Abang Nara melihat gambar mereka bertiga di majlis akikah yang telah berlangsung di Tunjong Banquets, Kota Bahru. Nampak bahagia sangat-sangat. Semoga kegembiraan dan kebahagiaan ini akan berkekalan buat selamanya buat mereka.

gambar akikah kayla elayna

Untuk makluman, Kayla Elayna telah dilahirkan pada 3 Februari 2014. Sebelum ini ada beberapa gambar Kayla Elayna yang telah dirakamkan selepas kelahirannya. Jelas nampak Kayla membesar dengan sihat dan sempurna. Sama-samalah kita doakan agar puteri Apek dan Leuniey ini membesar tanpa sebarang masalah sehingga dewasa kelak.

gambar akikah kayla elayna

Beberapa lagi gambar sekitar majlis akikah Kayla Elayna dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook Camora Arts.

 
Written by AbangNara | February 3rd, 2014

Alhamdulillah. Jutaan tahniah diucapkan buat Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha atas kelahiran cahaya mata sulung mereka. Si comel “baby girl” ini telah selamat dilahirkan kira-kira jam 2.55 petang dengan berat 2.75kg. Mereka berdua telah pun berkongsi gambar puteri di akaun Instagram masing-masing.

anak leuniey natasha dan apek

Tahniah buat Apek dan Leuniey. Selamat datang ke alam “parenting”. Semoga si puteri membesar dengan sihat dan tanpa sebarang masalah. Sama-samalah kita doakan. Tahniah sekali lagi buat anda berdua. Anda boleh ucapkan tahniah kepada mereka di Instagram Apek dan Instagram Leuniey.

Written by AbangNara | January 9th, 2014

Kalau tak silap Abang Nara, hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum Leuniey Natasha dan Khairul Fahmi Apek akan bergelar ibu bapa. Mengikut jadual, Leuniey akan melahirkan anak sulung mereka pada penghujung bulan ini. Pastinya kini mereka berdua sudah tidak sabar lagi untuk menimang cahaya mata itu di tangan sendiri.

"apekBerkata kepada Media Hiburan, Apek telah memaklumkan yang mereka akan menimang cahaya mata perempuan. Pasti comel macam mak dia nanti. Tentu Leuniey sedang seronok membeli-belah baju cute-cute ala “princess” untuk si comelnya. Apa pun tahniah buat Apek dan Leuniey atas berita gembira ini.
"apek

Beberapa lagi gambar Leuniey sedang sarat mengandung dengan membaca artikel ini sepenuhnya.