August 3rd, 2015

Kenyataan Datuk Seri Azalina Othman yang meminta semula LPF untuk mengkaji semula peraturan untuk menghalang aksi peluk cium dan aksi ranjang didalam filem dan drama bukan sahaja mendapat perhatian daripada orang ramai dan pendakwah Datuk Ustaz Kazim Elias, malah ia turut mendapat respon daripada penggiat industri lakonan, Nazim Othman.

Buat Nazim, sebagai seorang pelakon beliau merasa syukur LPF telah mengeluarkan peraturan berkenaan dan adegan tersebut seharusnya di elak kerana ia mengundang dosa menyentuh mereka yang bukan muhrim.

Berikut adalah pendapat Nazim yang diluahkan oleh beliau menerusi akaun Twitter rasmi miliknya:-

Bak kata Nazim Othman, dosa yang dah ada pun tak tertangggung dah nak tambah dosa lagi? Memang kita harus berfikiran terbuka dalam sesuatu tetapi bukan kepada semua perkara.

Apa yang buat penonton meluat adalah adengan peluk cium dan aksi ranjang ini memang terlampau dan tidak dapat dinafikan mampu menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada masyarakat.

August 2nd, 2015

Baru-baru ini, Lembaga Penapisan Filem (LPF) telah pun mengeluarkan garis panduan untuk peraturan rasmi yang perlu dipatuhi oleh setiap stesen televisyen di Malaysia. Menerusi garis panduan tersebut, adegan ghairah antara berlawanan jantina mahupun sejenis akan dipotong, manakala perlakuan mencium pipi, dahi, tangan dan babak berpelukan hanya dibenarkan kepada babak-babak membabitkan pelakon bukan Islam sahaja.

Selain adegan sensual dan ghairah, LPF akan turut memotong babak-babak yang menampilkan elemen tahayul dan khurafat seperti manusia berinteraksi dengan roh mahupun jin secara jelmaan fizikal, adegan pembacaan mantera yang bercampur dengan ayat Al-Quran dan adegan ajaran sesat yang tidak diakhiri dengan babak pembalasan atas sikapnya itu.

Walau bagaimanapun, ia hanya tertakluk kepada drama yang melibatkan jalan cerita masyarakat Islam sahaja manakala agama lain bebas untuk menampilkan elemen tersebut.

lpf

Secara jujur, bagi Abang Nara ia adalah satu langkah baik daripada LPF dalam usaha untuk membendung gejala sosial yang semakin berleluasa di Malaysia. Sedikit sebanyak apa yang dipamerkan di televisyen pasti akan memberikan impak terutamanya kepada anak-anak kecil dan remaja yang menontonnya.

Namun Pengerusi FINAS yang telah dilantik menjadi menteri baru-baru ini iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said menegur pihak di Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit dan perlu mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem. Kata beliau:-

Isu ini dah jadi agak merepek kerana sesebuah drama atau filem merupakan industri kreatif dan apa yang dipaparkan di televisyen adalah sebuah lakonan.

Kalau nak cakap babak-babak itu (berpelukan) boleh mengundang perlakuan tidak senonoh, rasanya tidak perlu medium televisyen, (kerana) di internet, hanya di hujung jari saja sudah boleh mempengaruhi masyarakat.

Kita tak boleh berfikiran sempit. Kalau semua tak boleh, takkan nak bercakap dengan bantal?

Datuk Seri Azalina memaklumkan yang beliau bakal melepaskan jawatannya sebagai pengerusi FINAS namun berharap pengerusi baru kelak adalah seorang pemimpin UMNO. Kata beliau lagi:-

Selepas dilantik menteri, saya perlu melepaskan jawatan (pengerusi Finas). Tetapi saya akan tunggu pengerusi baru untuk menyerahkan tugas saya. Cuma saya harap, orang yang mengambil alih jawatan pengerusi itu adalah seorang pemimpin Umno, bagi saya suka atau tidak industri kreatif harus dipelopori oleh orang Melayu dan sebaik-baiknya biarlah mereka yang memimpin supaya dapat membawa wawasan Umno

lpf

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza namun Abang Nara tidak bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh Datuk Seri Azalina ini. Penapisan sememangnya perlu dilakukan, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan sensitiviti ajaran agama Islam. Malahan ramai penonton di luar sana yang menyambut baik peraturan baru LPF. Hanya segelintir sahaja yang menolaknya. Semoga LPF akan terus berpegang terus kepada pendirian mereka dan tidak tunduk kepada tekanan daripada mana-mana pihak. Sumber Mstar Online.

October 10th, 2013

Kelmarin, berlaku sedikit salah faham di Twitter di antara Sharifah Amani dengan Syamsul Yusof apabila Amani mempersoalkan mengenai klasifikasi filem ‘KL Gangster 2’ yang diberikan sebagai PG 13 oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) walaupun dikatakan mengandungi adegan yang tidak sesuai untuk penonton di bawah umur 18 tahun.

Hari ini melalui Berita Harian, Datuk Yusof Haslam yang juga penerbit filem KL Gangster 2 menasihatkan penerbit filem yang dikelaskan hanya untuk penonton 18 tahun ke atas untuk membuat rayuan kepada LPF seperti yang dilakukan oleh beliau untuk filemnya.

Filem terbitan saya pada awalnya diberikan klasifikasi 18. Ia tidak membimbangkan saya kerana kesan klasifikasi 13 dan 18 itu hanya sekitar 10 hingga 20 peratus ke atas kutipan tiket. Jika sesebuah filem berpotensi pergi lebih jauh, kutipan pada dasarnya tidak terganggu dengan pemberian klasifikasi itu.

Bagaimanapun, selepas berlaku kebocoran KL Gangster 2 di Internet, filem terbitan saya disifatkan sebagai kes istimewa. Selepas kebocoran itu jugalah baru saya membuat rayuan memandangkan kerugian besar yang bakal saya tanggung. Apatah lagi produk yang bocor itu belum mendapat pemotongan daripada LPF.

Reaksi Yusof adalah sebagai maklumbalas kepada penerbit yang filemnya dikelaskan hanya untuk penonton 18 tahun ke atas. Selepas itu terpulang kepada budi bicara panel LPF sama ada untuk menerima atau tidak justifikasi yang diberikan penerbit.

Ada betulnya apa yang dikatakan beliau itu sebagai orang lama dan berpengalaman dalam industri. Selepas ini diharap penerbit-penerbit filem yang mahu filem mereka diklasifikasikan untuk penonton berumur lebih rendah patut membuat rayuan sekiranya filem mereka diklasifikasikan 18 supaya lebih luas pasaran penonton yang berkemungkinan menonton filem mereka.

Setakat ini antara filem yang mendapat klasifikasi 18 ialah Psiko Pencuri Hati dan Dampak.