Written by Bella | October 27th, 2015

Gara-gara melawak sehingga mempersendakan kumpulan Caliph Buskers pada konsert pertama Gegar Vaganza 2015, pelawak Nabil Ahmad menerima kecaman hebat daripada penonton dan perkara tersebut mendapat perhatian pihak Astro yang dimana pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad telah menegur Nabil untuk tidak melawak secara berlebihan dan menjaga sensitiviti orang lain.

Kami telah panggil Nabil dalam satu sesi baru-baru ini dan memintanya lebih berhati-hati dalam membuat lawak ketika mengendalikan program siaran langsung. Sebagai pengacara Nabil perlu lebih sensitif terhadap keadaan sekeliling biarpun dia tidak berniat untuk mengguris perasaan mana-mana pihak.

Pada konsert minggu lepas, Nabil telah muncul di pentas bersama satu alatan penapis. Ia sebenarnya sebagai satu garis panduan serta peringatan untuk Nabil berfikir serta berhati-hati sebelum membuat lawak atau berkata-kata.

Walaupun isu melawak tentang kekurangan Caliph Buskers menjadi viral, pihak Astro bagaimanapun tidak mempunyai sebarang masalah dengan Nabil dan mengerti bahawa tidak semua orang boleh menerima lawak yang disampaikan dengan baik.

Lawak itu subjektif dan bukan semua pihak boleh faham atau terima sesuatu jenaka disampaikan. Bagaimanapun sebagai pelawak Nabil harus lebih peka terhadap keadaan sekelilingnya. Penapis yang dibawa Nabil ke pentas ketika mengacarakan Gegar Vaganza tadi (Ahad lalu) sebagai peringatan dan simbolik supaya tapis apa yang ingin diperkatakan.

Nabil pun sudah memohon maaf atas keterlanjuran beliau terhadap Caliph Busker dan kami rasa perkara ini sudah selesai. Harapnya lepas ini Nabil Ahmad tidak lagi mengguris perasaan mana-mana pihak dalam berlawak selepas di tegur.

Sumber Berita: mStar Online

Written by Bella | October 21st, 2015

Minggu lepas ramai penonton konsert Gegar Vaganza merasa tidak puas hati apabila Nabil Ahmad telah membuat lawak tidak kena apabila menyamakan lukisan Zul Handy Black dengan kumpulan muzik OKU, Caliph Buskers.

Dikritik ramai sehingga ia menjadi viral di media sosial, Nabil menerusi portal mStar Online  telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kumpulan Caliph Buskers.

Saya berasa terlalu bersalah dan menyesal sangat bila menyedari telah terlepas cakap tentang kecacatan kumpulan itu dalam program berkenaan.

Sebelum orang kritik lagi saya sedar apa yang saya buat lawak itu salah dan saya berjumpa sendiri dengan anggota kumpulan itu untuk meminta maaf

Sebenarnya, Nabil dan kesemua anggota kumpulan itu terlalu rapat serta sudah terbiasa bergurau sebegitu dengan mereka. Walaubagaimanapun, beliau merasa bersalah atas keterlanjuran dalam  lawaknya pada malam tersebut.

Nabil jelas merasa menyesal dengan tindakannya itu dan mengakui beliau tidak sepatutnya menghina golongan OKU dan berjanji selepas ini beliau akan memperbaiki lawaknya serta tidak berlawak tentang fizikal manusia lebih-lebih lagi  tentang OKU.

Saya memang akan berhati-hati dengan lawak-lawak yang menyentuh atau mempermainkan kekurangan orang lain kerana mereka juga ada perasaan.

Kalau kita dah biasa rapat dengan seseorang dan bergurau secara kasar bersama mereka , ia kadang-kadang terbawa-bawa ke tempat lain.  Mugkin Nabil sudah terbiasa begitu,  semalam pun Caliph Buskers sudah terima permohonan maaf Nabil dengan baik harapnya selepas ini Nabil akan lebih berhati-hati dalam lawaknya.

Sumber Berita: mStar Online

Written by Bella | October 19th, 2015

Semalam, konsert pertama Gegar Vaganza telah berlangsung, tidak dapat kami nafikan bahawa kesemua otai-otai yang bertanding kali ini memang cukup power dan membuktikan mereka memang layak untuk bergelar penyanyi meskipun ada yang sudah beberapa tahun tidak aktif dalam bidang hiburan.  Kata orang suara memang sebijik macam kita dengar di dalam kaset mahupun di radio.

Walaubagaimanapun, ada sedikit perkara yang mungkin membangkitkan beberapa kritikan antaranya ialah lawak pengacara Nabil Ahmad yang dianggap tidak kena dan kurang sensitif.

Pada persembahan Zul Handy Black semalam, Nabil ada bertanya tentang lukisan yang berada di atas pentas dan beliau telah menyamakan lukisan tersebut dengan sekumpulan ahli muzik yang cacat penglihatannya iaitu Caliph Buskers.

Apa pula pendapat anda? Sesuai ke lawak Nabil tu? Hurmm, pada kami pembukaan Gegar Vaganza pada tahun ini memang terbaik dan harap ia akan terus menarik perhatian penonton, cuma mungkin Nabil boleh tapis lawak beliau agar tidak menimbulkan kemarahan mana-mana pihak.