Written by Bella | January 19th, 2017

Berita palsu tentang kematian artis semakin menjadi-jadi, kali ini gelaran pelawak Lan Pet Pet pula menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita kematian beliau di sejak beberapa hari lepas di WhatsApp dan Facebook.

Kali pertama kejadian seperti ini menimpa dirinya, Lan bagaimanapun agak tenang tetapi meminta agar individu tidak bertanggungjawab itu berhenti menyebarkan berita palsu kerana ia membuatkan ibunya risau.

Ketika itu saya dalam perjalanan pulang dari Langkawi ke Kuala Lumpur. Ibu saya, Asma Abdullah, 89, begitu terkejut dan sedih ketika dimaklumkan perkara itu dan terus menghubungi telefon bimbit saya, kemudian saya menjelaskan perkara sebenar, baharulah ibu lega.

Saya tidak kisah sangat dengan berita seperti ini, tetapi tolonglah kasihani ibu saya yang sudah tua. Anda bayangkan bagaimana perasaan seorang ibu ketika itu, saya harap perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Laman Facebook yang menyebarkan berita palsu Lan Pet Pet meninggal dunia

Lan memberitahu beliau sudah memaafkan individu menyebarkan berita  berkenaan walaupun mengakui tidak mengenali siapa dalang di sebalik penyebaran berita itu.

Saya tenang selepas mendengar nasihat ibu, katanya, biarlah apa orang nak buat pada kita, hanya mereka yang mengenali diri kita tahu hal sebenar dan hati budi kita. Ibu juga berpesan supaya tidak mempedulikan cerita yang tidak betul supaya saya boleh fokus kepada kerjaya.

Berita palsu itu disebarkan menerusi sebuah laman Facebook degan nama Sinar Harian. Walaubagaimanapun, pihak akhbar Sinar Harian menafikan bahawa laman tersebut adalah milik mereka.

Sumber Berita : Sinar Harian