Written by AbangNara | January 6th, 2011

gambar kahwin LAN MUH

Ingat lagi tak entri kami tentang perkahwinan Lan MUH/The Typewriter dengan Normala baru-baru ini? Akhirnya ada orang yang telah sudi menghantar gambar majlis persandingan mereka berdua. Lan nampak macho dan tampan. Kami suka dengan tema serba putih majlis perkahwinan mereka berdua ini. Nampak suci sangat.

Lagi gambar sekitar majlis perkahwinan Lan dan Normala dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Anugerah rekaan paling kreatif jatuh kepada….

 
Written by AbangNara | October 6th, 2009

Sejak 2 3 hari ni berita kami banyak yg start dengan Tahniah. Tahniah artis nak kahwin, Tahniah mengandung, haa kali ni Tahniah Lan x-MUH dah selamat bertunang dengan gadis pojaan dia…

Dengar kata gadis cantik manis ni namanya Normala, tak tau lah betul ke idak..apa pon Tahniah utk mereka berdua, zaman bertunang paling byk godaannya…bawak-bawaklah bersabar yerr….

 
Written by AbangNara | July 7th, 2009

muh berpecah

5 Julai yang lalu di Hard Rock Cafe menjadi satu noktah hitam bukan saja buat kumpulan Meet Uncle Hussain(MUH) tapi juga buat industri muzik Malaysia. Secara rasminya Lan MUH telah keluar dari kumpulan tersebut setelah habisnya konsert mini mereka bersama yang terakhir.

Kami di sini memang sedih. Bukan apa, MUH nie memang berbakat besar, lagu sedap didengar dan yang penting boleh pergi jauh. Bukan senang nak carik vokalis suara sesedap Lan. Kurang lagi satu band best kat Malaysia nie.

Ada gosip yang kami dengar menyatakan sebenarnya punca pergaduhan Lan ialah sebab ada salah seorang ahli MUH nie songlap duit. Betul atau tidak tak dapatlah nak kami sahihkan. Orang yang dikatakan songlap nielah yang paling banyak bercakap buat anggota kumpulan MUH.

Buat Lan, semoga terus maju jaya. Buat ahli-ahli MUH yang lain, teruskan usaha anda. All da best!!!

Written by AbangNara | April 16th, 2009

lan muh dan awek

Bagai ultraman dengan manusia. Inilah gambar Lan MUH dengan aweknya, Normala Hasan. Kedua-duanya berumur 27 tahun.

Buat mereka yang berangan nak mengorat Lan Muh, sila batalkan niat anda kerana khabarnya Lan bercadang nak bertunang tahun ini. Iyerlah, awek pun dah lawa. Kenalah cepat-cepat sebelum dikebas orang.

Apa-apapun salute kepada Lan Muh kerana tak segan silu nak tunjukkan awek dia kepada orang ramai. Anda memang gentleman.