Written by Bella | November 16th, 2016

Kontroversi melanda lagu “Hidup Dalam Mati” nyanyian Syamel AF2015 selepas Ayai Illusi mendedahkan lagu itu adalah ciptaannya memberikan impak yang agak besar.

Selepas tidak dipertandingkan didalam peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 31 pada hari Jumaat minggu lepas, kini lagu berkenaan turut digugurkan dalam pencalonan Anugerah Industri Muzik ( AIM 22).

Berita itu disahkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM22,  Rosmin Hashim. Menurut beliau keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima surat daripada  DD Music selaku penerbit lagu itu yang enggan mempertandingkan karya berkenaan.

Saya ingin memaklumkan bahawa pencalonan lagu Hidup Dalam Mati dalam kategori Lagu Pop Terbaik AIM22 telah ditarik balik oleh pihak pengurusan Syamel atas isu yang sama. Surat penarikan lagu tersebut dihantar hari ini (Selasa) oleh pihak pengurusan penyanyi tersebut.

Buat masa ini, kekosongan tersebut tidak digantikan dengan mana-mana lagu lain.

Walaubagaimanapun, kedudukan Syamel sebagai seorang penyanyi yang tercalon didalam kategori lain iaitu Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki) dan Artis Baru Terbaik tidak terjejas.

Mungkin bukan rezeki untuk lagu berkenaan bertanding didalam dua anugerah yang agak besar didalam industri muzik tanah air.

Sumber Berita : mStar Online