Written by Bella | January 24th, 2018

Datuk Noruliman A Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman ditahan reman lagi selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan projek pembinaan rumah banglo. Boy tiba di mahkamah sekitar jam 11 pagi tadi dalam keadaan bergari dan diiringi anggota polis.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Roslan Mohd Nor selepas dipohon polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Boy sebelum ini pernah direman di Ampang, Shah Alam, Selangor, Muar, Johor, Sungai Petani dan Kubang Pasu, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan.

Setakat ini, lebih 210 laporan diterima polis  daripada mangsa di seluruh negara berhubung skim penipuan rumah murah yang diusahakan oleh syarikat DBI Properties milik Boy.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | January 8th, 2018

Entah kenapa, nampaknya sejak akhir-akhir ini makin ramai pula ahli perniagaan yang ingin menjadi penyanyi. Namun, kata orang, kalau ada duit banyak semua benda boleh dilakukan walaupun tidak mempunyai bakat mahupun suara yang sedap.

Terbaru, giliran Boy Iman pula menjadi penyanyi dan bakal melancarkan single pertama beliau bertajuk Malas Nak Layan yang dicipta oleh KRU. Lagu tersebut ditujukan buat peminat serta “haters” selepas beliau dilanda “musibah” berikutan kes penipuan skim rumah murah yang bernilai jutaan ringgit sebelum ini.

Siapa tahu mungkin lagu Boy ini akan mendapat sambutan hangat tanpa “dislike” yang banyak. Macam tak sabar pula hendak tahu bagaimana agaknya lagu beliau ya? Heh..