Written by AbangNara | December 10th, 2010

filem ngankung

Hebat. Memang hebat. David Teo katanya telah menghantar sms kepada seorang pengarang Utusan yang memaklumkan filem Ngangkung hampir mencecah kutipan RM10 juta. Kalau betullah kutipan filem Ngangkung RM10 juta, ini adalah satu sejarah baru dalam dunia perfileman Malaysia. Tahniah kami ucapkan kepada David Teo dan mereka yang terlibat dalam pembuatan filem ini.

Bercakap mengenai David Teo, ada satu perkara yang menarik yang dikatakan olehnya baru-baru ini. Kata David Teo, cabaran paling besar bagi penerbit filem seperti dia ialah “godaan” daripada artis-artis (sudah tentu wanitalah) yang muda dan seksi-seksi yang sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan slot menjadi pelakon utama. Perghhhhhh. Apakah jenis godaannya? Itu kami tak dapat huraikan. Korang fikirlah sendiri.

Filem Ngangkung sudah cecah RM10 juta, apa cerita dengan filem 2 Alam? Rasa-rasa cecah RM1 juta tak? Hehehe.

Written by AbangNara | December 1st, 2010

filem ngangkung

Hebat gila. Walaupun tak sehebat filem 2 Alam yang sehari sudah dapat kutipan RM2 juta, filem Ngangkung kini sudah pun cecah RM3.2 juta dalam masa 6 hari. Filem terbaru lakonan Shaheizy Sam nie nampaknya memang pecah panggung dalam erti kata pecah panggung yang sebenarnya. Kami tak tengok lagi filem ini tapi dari apa yang kami dengar, memang lawak gila.

Ada sesiapa yang dah tengok filem Ngangkung nie? Sila share dengan kami pendapat anda pasal citer nie. Mana tau makin ramai yang pergi tengok lepas membaca komen anda. Time inilah nak membantu filem tempatan yang betul-betul bermutu. Tak gitu? Apa pun tahniah kepada semua yang terlibat dengan filem Ngangkung atas kejayaan ini.