August 27th, 2011

Ok sumpah kecewa gila baca laporan yang kumpulan Sepah sudah sah berpecah di Berita Harian  hari ini. Kata Jepp Sepah, punca perpisahan mereka tak lain tak bukan kerana sudah tiada persefahaman dan masalah peribadi. Kenapa ini terjadi kepada kumpulan Sepah? Kenapa? Tell me why please.

sepah sah berpecah

Berikut ialah kata-kata Jepp Sepah selaku ketua kumpulan:-

Selepas kemenangan itu (Raja Lawak 2009), semua displin dibentuk oleh anggota Sepah semakin berkurangan dan ia terus tenggelam apabila kami berjaya mencipta nama. Kemudian Tuhan memberi peluang kedua di dalam Maharaja Lawak, kami bina semula nama Sepah itu, tetapi hari ini saya nekad berpecah selepas sekian lama memendam perasaan.

Namun ternyata keputusan Jepp ini sangat-sangat mengejutkan Shuib. Kata Shuib:-

Saya sayang kumpulan Sepah tetapi jika Jep sudah berkata begitu, saya ikutkan saja. Perkara ini memang ada kami bincangkan sebelum ini. Saya tidak ada apa yang ingin dicakapkan kerana perkara ini baru hari ini diputuskan dan kami akan berpecah, apa yang saya boleh buat saya akan menjaga diri sendiri selepas ini.

Selaku peminat lawak-lawak Sepah yang memang mantap, Abang Nara serious sangat-sangat kecewa dengan berita ini. Dah la pelawak kat Malaysia ini tak berapa ramai, tengok-tengok dah berpecah pulak salah sebuah kumpulan yang hebat. Tak tahu apa nak jadi dengan industri hiburan kita. Asal femes sikit jer mesti nak bergaduh dan berpecah.

Namun begitu, Abang Nara ingin mencadangkan kepada Jep dan Shuib supaya bergabung berdua untuk membuat kumpulan baru. Secara ikhlas, Abang Nara hanya nampak mereka berdua sahaja yang benar-benar kelakar dalam kumpulan Sepah. Baik bergabung buat kumpulan baru. Confirm meletup macam Jozan. Apa pendapat korang?