Written by AbangNara | May 23rd, 2014

Adakah anda menonton program realiti terbaru Astro yang diberi nama The Band? Secara jujur, Abang Nara tak pernah tengok walau sekali pun. Kilauan Emas ada jugaklah Abang Nara tertengok sekali dua. Namun daripada apa yang baca di laman sosial, program The Band memang kurang menjadi dan tidak berjaya menarik perhatian para penonton.
the bandMenariknya semalam, pelakon Sharnaaz Ahmad telah memberi teguran dan kritikan yang amat bernas kepada para peserta The Band. Memang pedas sangat-sangat kata-kata yang diluahkan oleh Sharnaaz. Namun berdasarkan reaksi dan komen yang diberikan oleh pengikut Sharnaaz di Instagram, teguran dan kritikan Sharnaaz amat tepat sekali. Tulis Sharnaaz:-

Buat *THE BAND*. Sila majukan diri anda dgn menerima pendapat org lain, kalau tak boleh menerima teguran sini (industry) bukan tempat anda.. Saya sokong niat dan usha anda semua, tetapi maaf rancangan awak menghampakan.. Saya tak peduli awak suka atau tak ..

Kalau rasa teguran ini keras, buktikan pada industry bahawa astro tak ambik awak semua untuk membuang masa awak dan jugak AIR TIME astro.. Pak nil, yusri dan juri yg lain saya sangat hormati.. Anda peserta sila pandang kritikan, kutukan, hinaan sebagai satu pembakar semangat..

Kalau nak sentap, sila angkat kaki lambong… Aku pernah di panggil anjing kurap, kurang ajar, bangla, puk*mak…Tapi aku hadap dan hadam.. JUJUR DGN SENI, SENI AKAN TIDAK BERPALING PADA KESETIAAN ANDA.. Kalau masih yg kurang pandai nak komen, aku harap sangat berjumpa berdepan dan menyuarakan ketidak puasan hati..

Tolong tag semua ahli dan semua terlibat dgn the band..

the band

Fuh ~~ Kalau Abang Nara jadi peserta The Band, memang pedih hati membaca teguran Sharnaaz Ahmad. Namun itulah kenyataan yang harus ditelan. Kalau tak tegur, sampai bila-bila pun tak akan maju dan hanyut dalam populariti yang dicipta sendiri. Tahniah buat Sharnaaz kerana berani tampil mengkritik. Semoga teguran ini dijadikan panduan buat peserta-peserta The Band.