Written by Bella | April 24th, 2019

Memuat naik status berbaur sindiran terhadap satu sama lain, ramai yang ingin tahu apakah sebab dua rakan baik Kaka Azraff dan Juliana Evans berbalah sedangkan mereka sudah menjalinkan persahabatan sejak 10 tahun lalu.

Menjawab segala persoalan dan spekulasi, Kaka menjelaskan hubungan mereka berdua sudah lama tidak rapat lagi seperti dahulu sejak beliau berkahwin dan mengakui sudah putus kawan dengan Juliana.

Sebenarnya isu ini sudah lama. Hubungan saya dengan Juliana sudah lama tidak baik. Sejak saya bercinta dengan Adam lagi. Saya tak tahu apa yang dia marah. Tapi kalau ikutkan, suami dia yang kenalkan saya dengan Adam.

Tapi bila saya mula bercinta dengan Adam, mereka seakan tidak suka. Sejak itu, kami sudah tidak lagi berkawan.

Kaka berharap konflik antaranya dan Juliana segera berakhir. Bukan seorang yang suka mengaibkan orang lain, Kaka berkata, terpulang kepada pihak berkenaan sekiranya terasa dengan segala luahan perasaannya itu.

Saya tak akan aibkan orang sebab saya tak suka jaja cerita. Kalau dia terasa dengan posting saya sebelum ini, itu masalah hati mereka sendiri.

Terdahulu, status hubungan baik mereka menjadi tanda tanya apabila kelibat Juliana tidak kelihatan di majlis pernikahan dan resepsi Kaka pada hujung tahun lalu. Sejak kebelakangan ini juga, kedua-dua mereka dilihat meluahkan perasaan menerusi laman sosial masing-masing dan Juliana juga ada memuat naik status berbaur sindiran tentang sahabat yang suka tikam belakang.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | April 24th, 2019

Umum mengetahui pelakon Che Puan Juliana Evans dan penyanyi Kaka Azraff berkawan baik. Hubungan persahabatan mereka sudah terjalin sejak 10 tahun lalu dan Kaka dalam satu kenyataan sebelum ini mengakui Juliana satu-satunya kawan baik beliau dalam industri.

Namun, sejak kebelakangan ini hubungan mereka agak renggang. Malah, kedua-duanya dilihat meluahkan perasaan menerusi laman sosial masing-masing.

Beberapa entri yang dimuat naik dipercayai berbaur sindiran mengenai sahabat yang membawa masalah, tikam belakang dan macam-macam lagi.

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, ramai mempercayai status Juliana itu ditujukan buat Kaka apabila beliau menggunakan foto seorang wanita memakai beg biru untuk menutup kepala yang seakan sama dengan foto Kaka yang viral sebelum ini.

Bagaimanapun, setakat ini mereka berdua belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung konflik yang berlaku. Dalam persahabatan, pasti ada saja konflik kecil maupun besar diantara kita dan sahabat. Namun, permasalahan inilah yang akan menguji kesetiaan kita tetapi pada masa yang sama boleh juga membuatkan hubungan itu lebih erat, tetapi hanya jika berjaya mengatasi masalah itu dengan matang dan baik.