May 27th, 2015

Bila sebut Hari Raya Aidilfitri, semua benda nak baru. Baju nak baru, tudung pun mesti baru dan paling penting, emas di tangan dan leher kenalah yang baru juga. Masa sebelum raya inilah (terutamanya bulan puasa nanti), berduyun-duyun emak-emak, gadis-gadis dan wanita-wanita yang akan membeli barang kemas untuk digayakan di pagi raya. Lip lap sana sini. Berkilau sampai silau mata.

barang kemas

salam kena singsing lengan sikit bagi nampak gelang

Abang Nara pernah pegi Poh Kong sekali masa bulan puasa. Ya Allah penuh dengan orang. Nak jalan pun tak muat. Nak window shopping pun tak boleh. Jadi apabila dijemput menghadiri majlis pelancaran Poh Kong X Gaya Koleksi Raya 2015 yang menampilkan 3 pereka fesyen terkenal iaitu Alia Bastaman, Justin Yap serta Rizman Ruzaini, memang Abang Nara terus menerimanya dengan hati terbuka.

poh kong raya

model-model gayakan koleksi barang kemas raya Poh Kong

Gambar jauh macam tue mana nak nampak barang kemas Poh Kong bersempena Hari Raya nie kan? Meh sini Abang Nara up close and personal sikit untuk anda. Memang cantik-cantik koleksi terbaru Anggun, Tranz dan Moraglione. Para tetamu yang hadir semua mata tak berkelip. Terpukau. Jom ushar jom.

1. Poh Kong Gallery X Alia Bastaman
alia bastamanalia bastamanalia bastaman

2. Poh Kong Anggun X Rizman Ruzaini

anggun anggun anggunanggun

3. Poh Kong Tranz X Justin Yapanggunanggun
anggun

Memang cantik-cantik semuanya kan? Berpinau mata Abang Nara sepanjang fesyen show tue. Nasib baiklah wife tak ikut. Kalau tak mahu dipaksanya Abang Nara beli masa tue jugak. Namun ramai juga tetamu yang lepas habis fesyen show terus pergi beli. Tak boleh tahan la tue. Menariknya ada seorang tetamu bertuah yang menang voucher Poh Kong bernilai RM4,000. Syok la dia shopping nanti.

Koleksi Poh Kong Raya 2015 ini sudah pun mula dipamerkan di kesemua kedai Poh Kong seluruh Malaysia. Harga yang ditawarkan amat berpatutan. Kualiti terjamin. Rekaan tak perlu cakaplah. Memang menawan. Jadi silalah ushar apa yang patut. Nasihat Abang Nara, beli sebelum Ramadhan sebab selalunya harga emas masih murah ketika ini. Nanti dah nak dekat raya, takut-takut harga emas akan naik. Apa pun maklumat lanjut layari www.pohkong.com.my

May 14th, 2015

Yeah~~~~~~~~~ Setelah lama menanti, Poh Kong akhirnya akan melancarkan koleksi barangan kemas sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Lebih menarik, koleksi yang dikenali sebagai Poh Kong X Gaya Koleksi Raya 2015 ini bakal menyaksikan kerjasama antara Poh Kong Anggun, Tranz dan Diamond & Gems dengan pereka fesyen terkemuka tanah air iaitu Alia Bastamam, Rizman Ruzaini serta Justin Yap.

poh kong raya 2015

Bakal berlangsung pada 20 Mei ini di Royale Chulan Hotel, Taman Mahsuri pada jam 2 petang, ada cabutan bertuah untuk mereka yang hadir ke majlis pelancaran Poh Kong X Gaya Koleksi Raya 2015 ini. Cabutan bertuah yang ditawarkan sangat awesome. Boleh menang sehingga RM4,000 cash voucher. Kalau menang, terus boleh beli barang kemas untuk pakai hari raya nanti. Hehehe.

poh kong raya 2015

Khas untuk pembaca BeautifulNara, Abang Nara akan memberikan 30 jemputan untuk mereka yang menyertai peraduan Instagram bersempena pelancaran koleksi Hari Raya 2015 Poh Kong ini. Setiap seorang pemenang boleh bawa pasangan. Inilah peluang untuk anda melihat sendiri koleksi barangan kemas Poh Kong sambil berpeluang memenangi cash voucher sehingga RM4,000. Caranya senang sahaja:-

1. Ikuti Instagram @pohkongmy
2. Regram gambar di atas (kad jemputan) di Instagram @pohkongmy dengan hashtag #PohKongXGayaKoleksiRaya dan #PohKong
3. Peraduan akan tamat pada 17 Mei ini so siapa cepat dialah yang dapat.

Abang Nara pun akan hadir ke majlis pelancaran Poh Kong X Gaya Koleksi Raya 2015 pada 20 Mei ini. Sama-samalah kita tengok koleksi terbaru mereka dan berdoa akan menang cabutan bertuah. Hehehe. Selamat mencuba!!! Sambil-sambil boleh layari www.pohkong.com.my untuk mencuci mata anda.