Written by Bella | August 13th, 2019

Semakin menjadi-jadi nampaknya usahawan kosmetik, Nur Sajat. Meskipun sering terpalit dengan kontroversi, “popularitinya” terus meningkat.

sajat kl gangster

Terbaru, Sajat mendapat tawaran berlakon daripada SKOP Production untuk membintangi siri KL Gangster Underworld musim kedua yang akan ditayangkan di iflix nanti.

sajat berlakon kl gangster

Difahamkan, Sajat akan berlakon dalam satu babak di Brothel iaitu rumah pelacuran.

sajat kl gangsternur sajatsajat berlakon kl gangster

Perkongsian Sajat itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Mereka terkesima dan ada yang teruja untuk melihat lakonan Sajat. Namun, ada juga sudah boleh agak tentang watak yang bakal Sajat lakonkan. Mungkinkah dia akan jadi “mak ayam” ataupun isteri kepada ketua gangster?

sajat ditawar berlakon kl gangsterBukan senang hendak dapat tawaran daripada produksi besar, agak-agaknya watak apa lah yang akan diberikan kepada Sajat?

Written by AbangNara | November 6th, 2014

Kes buli yang tersebar sejak kebelakangan ini menjadi isu hangat perbualan orang ramai. Mana tidaknya, aksi terajang, tumbuk dan ‘flying kick’ yang dipertontonkan seolah-olah kita sedang menonton filem gangster. Zaman Abang Nara tinggal di asrama pun ada juga buli membuli ini. Namun rasanya tak adalah seganas ini. Mungkinkah pengaruh filem gangster yang seringkali ditayangkan di pawagam menjadi salah satu penyumbang kepada sikap ganas pelajar-pelajar kita?

wardina

Seperti yang kita ketahui sememanngya filem/drama dan apa sahaja yang dipertontonkan di kaca televisyen atau pawagam boleh mempengaruhi minda seseorang. Wardina menerusi akaun Facebooknya telah menulis panjang lebar memohon agar pengarah filem gangster turut sama bertanggungjawab dalam hal ini. Tulis Wardina:-

Nota penting * Filem bukan sebab tetapi salah satu faktor menyemarakkan sikap agresif. Film is NOT a cause but a factor* Sekali lagi saya ulang film is NOT a cause but plays a part******

Kajian lebih berat dan menunjukkan sikap agresif bermula di rumah akibat pembesaran yang tidak sempurna seperti dipukul dan dikasari dibrumah oleh ibu bapa* TETAPI kepada pembuat filem gangster ambil lah SEDIKIT tanggungjawab kerana memberi “inspirasi” anak-anak MELAYU untuk membuli dan bertindak ala gangster.. JANGAN SEMARAKKAN SIFAT AGRESIF.

Ambil lah peluang MENDIDIK masyarakat. Media memainkan peranan. Semua kita patut mainkan peranan bersama. Cubalah letak tepi sikit kerakusan mahukan keuntungan semata. Kita semua tahu anda mahukan untung dan anda untung kerana ramai yang mahu menonton filem gangster anda. Demand and supply bukan? Jangan salahkan anda tapi salahkan penonton yang mahukannya? Tapi fikir lah sikit kesan pada MINDA nak bangsa kalau ada secuit pun rasa tanggungjawab dalam diri.

Atau anda tak peduli kesannya. Mengotori minda anak muda kita tak apa? Kononnya ada “pengajaran” di hujung cerita? Realitinya tidak ada yang belajar dari penghujung cerita anda…yang kadang kala saya rasakan cuma diletakkan supaya tidaklah rasa ‘bersalah sangat’. Adalah alasan sebagai jawapan apabila ada yang bertanya kelak.

Budak-budak ini, anak muda kita ini, cuma ingat sikap ala samseng dan gangster yang kononnya “hebat” dan “cool” itu …aduh…dilakonkan pula oleh artis pujaan dan ternama. Anak muda mahu jadi seperti mereka. Bila ada peluang..nah keluarlah aksi yang telah dirakam dan disimpan dalam kepala. Jangan buat2 tak tahu. Marilah buat filem yang boleh memberi inspirasi.

Yang menaikkan semangat dan jati diri. Yang mengajar empati dan realiti dunia global kini. Bagaimana? Itu kerja anda kerana anda bekerja di dalam industri kreatif maka seharusnya anda kreatif dalam mencari jalan.

Moga keuntungan bukanlah agenda mutlak anda semua. Kajian psikologi menunjukkan terdapat kesan melalui pengaruh media terhadap tahap keganasan seseorang.

Kepada semua pemimpin baik bapa, ketua atau mereka yang berkuasa yang terus “membuli” mereka ‘dibawah’ ini.. nah inilah hasilnya. Terima kasih. Tapi carilah sekelumit rasa dalam hati untuk mengasihi anak bangsa sendiri.

Dan bagi mereka yang merasa bahagia melihat kesengsaraan orang lain baik di alam nyata atau sebaliknya. Yang penuh dengan cacian, nista dan hina dialam maya. Apa bezanya?

Kepada warden dan guru di asrama. Ini amanah dan taggungjawab anda. Kami merayu. Buatlah sesuatu. Hentikan budaya jijik ini selamanya. Kita boleh lakukan dan mengubahnya bersama.

Buat ibu bapa kenali lah anak anda. Kenalilah mereka.

Moga keturunan saya, anda dan kita dijauhkan dari menjadi pembuli yang merasa hebat tersenyum melihat air mata dan kesengsaraan saudara seagama. Kita semua manusia. Saya, anda dan dia. Menyakitkan manusia dengan kata-kata atau perbuatan anda bukanlah sesuatu untuk anda banggakan…. kerana sabda Nabi saw yang anda akui anda sayangi dan turuti berbunyi begini

Dari Abdullah bin Umar r.a. Nabi SAW bersabda, “Seorang Muslim adalah orang yang tidak menyakiti semua orang muslim lain baik dari lisan dan tangannya”

Maaf kalau ada tersilap dan terkasar bahasa.

kl gangster

Menarik juga pendapat Wardina ini kan? Agaknya apakah maklumbalas dan reaksi yang akan diberikan oleh pengarah-pengarah filem gangster tanah air. Yang paling pantas bermain di fikiran sudah tentu Syamsul Yusof yang telah mengutip lebih daripada RM10 juta untuk filem KL Gangsternya. Sama-sama kita nantikan pendapat mereka. Buat masa ini, kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Benar atau tidak filem gangster mengajar anak-anak kita bersikap ganas?

Written by AbangNara | October 24th, 2012

Apabila Datuk Yusof Haslam bersuara, seharusnya semua pihak yang terlibat dalam pembikinan filem mengambil perhatian. Selaku seorang otai, apa yang diluahkan oleh beliau pastinya dilakukan selepas pemerhatian yang lama. Bukan sekadar omongan kosong.

yusof haslam

Rasanya anda semua maklum yang kutipan filem Malaysia amat mengecewakan semenjak kebelakangan ini. Bagi Datuk Yusof Haslam, filem yang kutipannya tinggi tidak semestinya sebuah filem yang berkualiti tinggi. Berkata kepada Sinar Online, walaupun filem Bunohan dan 29 Februari gagal di pawagam, namun kedua-dua buah filem ini adalah filem yang baik.

Sebagai contoh, filem 29 Februari, filem ini bagus tapi mungkin kutipannya tidak begitu baik, begitu juga Bunohan yang saya sifatkan sebuah filem yang mempunyai sinematografi yang baik. Seperti yang kita tahu, lambakan filem yang dihadapi industri kita sekarang menyebabkan penonton menjadi lebih selektif dalam memilih filem yang ingin ditonton di panggung wayang dan maaf cakaplah, kebanyakan filem yang dihasilkan sekarang adalah rendah kualitinya. Sebenarnya, cukup susah untuk membuat filem kerana filem memerlukan penelitian yang lebih serta seseorang itu juga harus mempunyai ilmu bagaimana untuk menghasilkan filem yang baik serta berkualiti.

Abang Nara pun susah nak cakap bab ini. Selera penonton Malaysia memang sukar dijangka. Kalau buat filem yang bagus dari segi jalan cerita dan sinematografi, tak ada pulak orang datang tengok. Namun kalau filem hantu dan rempit, berebut semua orang ke panggung. Mungkin minda rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk filem-filem serius. Apa kata anda?

jubah

P.S: Dapatkan jubah kurung yang sangat menawan ini di sini sekarang jugak.

Written by AbangNara | December 31st, 2011

Tahun 2011 boleh dikatakan tahun yang sangat baik untuk industri filem Malaysia. Berdasarkan laman web Finas, 42 buah filem telah dan sedang ditayangkan (filem Papa I Love You baru ditayangkan bermula 29hb Disember 2011). Ini satu perkembangan yang sangat sihat. Persoalannya filem manakah yang memegang takhtan kutipan terbanyak untuk tahun 2011 ini?

kutipan filem malaysia 2011

kutipan filem malaysia 2011

Ternyata filem arahan Pengarah Terbaik FFM24, Syamsul Yusof iaitu filem KL Gangster masih memegang takhta dengan kutipan sebanyak RM11.74 juta. Filem Ombak Rindu yang dikatakan mampu menggugat KL Gangster berada di tangga kedua dengan kutipan sekitar RM10.79 juta. Manakala filem Ratu The Movie berada di tangga tercorot dengan kutipan sekadar RM200,000 diikuti dengan filem Abuya dengan kutipan RM220,000. Filem Suatu Malam Kubur Berasap tidak dikira kerana tempoh tayangan masih belum tamat.

kl gangster

Semoga tahun 2012 kelak akan dimeriahkan lagi dengan filem-filem yang mampu membangkitkan minat untuk orang ramai ke wayang. Sudah pasti KL Gangster 2 adalah filem yang paling ditunggu-tunggu oleh orang ramai. Adakah KL Gangster 2 akan mampu mencecah kutipan keramat RM15 juta sekaligus mencipta rekod sekali lagi? Sama-samalah kita nantikan 2012 nanti.

Update: Maaf, sebenarnya kutipan filem terendah ialah filem Apa Tengok-Tengok dengan kutipan RM0.19 juta.