September 29th, 2018

cover
upload photo and share link

Sebagai portal hiburan sensasi, kami di BeautifulNara tidak pernah ketinggalan untuk ‘menyajikan’ anda setiap kontroversi dan gosip hangat artis tempatan.

Tidak dinafikan, ada lah mulut-mulut yang mengatakan untuk apa kami jaga tepi kain orang, tapi mengakulah dalam diri masing-masing itu memang anda suka sahaja ingin tahu segala kisah panas selebriti.

Lagipun, setiap selebriti tidak boleh lari dari melalui detik ‘dihantui’ dengan pelbagai kontroversi kan? Pasti ada sahaja isu yang dikaitkan.

Jom kita imbas kembali antara kontroversi serta gosip paling hangat dan mendapat perhatian ramai sepanjang minggu ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.

1) Viral Neelofa Pakai Beg Atas Kepala Sebagai Pengganti Turban

b9b9db59-12a6-45d5-9aaf-0efa8a97818f

Tular sebuah foto menyaksikan selebriti popular Neelofa seakan mengenakan beg tangan di atas kepalanya sebagai pengganti turban. Aksi Neelofa itu menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi selepas ada yang menyunting foto tersebut dengan menyertakan tali beg tangan. Mula lah ada netizen menjadikan fesyen itu sebagai satu usikan.

BACA : Ibarat Pakai Beg Di atas Kepala, Fesyen Neelofa Sekali Lagi Jadi Bualan Netizen

Apa-apa pun, Neelofa nampaknya relaks sahaja dan sedikit pun tidak melatah apabila ia menjadi bahan gurauan ramai.

2) Janna Nick Dikecam Cas Peminat RM 50 Untuk Ucapan Hari Jadi

8cce008e-cf0f-4a61-87e6-d6bba4c57d96

Pelakon Janna Nick dikecam gara-gara mengenakan cas RM 50 untuk setiap ucapan hari jadi yang diminta oleh peminatnya di Insta Story. Buat netizen, tindakan beliau itu agak melampau dan tidak ikhlas.

BACA : Senang Gila Artis Buat Duit – Janna Nick Dikecam Kenakan Caj RM50 Untuk Ucapan Hari Jadi Peminat

3) Agen Dakwa Fattah Amin Tipu, Produk MRP Diet Tidak Laku?

3bfdc274-b31d-4452-9fed-ff9bcf040c0c

Seorang agen bagi produk makanan kesihatan yang diusahakan oleh Fattah Amin mendakwa mereka terpaksa menanggung kerugian bersar apabila sudah banyak melaburkan wang tetapi produk tidak dapat dijual. Semuanya kerana Fattah dikatakan tidak lagi rancak mempromosikan produknya seperti sebelum ini. Malah, pihak yang terlibat juga hanya berdiam diri apabila agen-agen ini menyuarakan masalah yang mereka hadapi.

BACA : Peminat Kirim Email Tanya Tentang MRP Diet Fattah Amin

4) Alicia Amin Pertikai Kandungan Buku Teks Pengajian Islam Tentang Rasional Bunuh Orang Murtad

9f843b9f-9344-4ff1-b3de-280122b56a6f

Model dan pelakon Alicia Amin sekali lagi mengundang kontroversi kerana menolak mentah-mentah mengenai rasional hukum bunuh orang murtad seperti yang terkandung didalam buku teks Pengajian Islam Tingkatan 5. Alica menganggap ianya tidak masuk akal untuk mengajar pelajar sekolah tentang hukuman bunuh itu.

BACA : Kenapa Agama Perlu Ajar Budak- Budak Bunuh Orang Murtad, Tidak Masuk Akal! – Alicia Amin

5) Ustaz Ebit Lew Tidak Sengaja Kantoikan Jantina Sebenar Sajat

nursajat1601

Status jantina sebenar usahawan Nur Sajat masih lagi menjadi tanda tanya sehingga hari ini walaupun pihak JAKIM sendiri sudah menjalankan beberapa siasatan. Namun, pendakwah yang cukup terkenal dengan pendekatan yang lebih lembut, Ustaz Ebit Lew secara tidak sengaja ‘kantoikan’ Sajat adalah lelaki sewaktu program ziarah kasih yang diakan di rumah Datuk Seri Aliff Syukri.

BACA : (VIDEO) Ustaz Ebit Lew Tidak Sengaja ‘Kantoikan’ Sajat Lelaki?

September 28th, 2018

Semalam pengguna di media sosial kecoh dengan tindakan Janna Nick yang menawarkan khidmat untuk membuat ucapan hari jadi untuk peminat dengan bayaran RM50. Bukan itu sahaja, kalau ada sesiapa yang berhajat ingin mencari jodoh juga boleh menggunakan khidmat tersebut.

Selepas tularnya isu tersebut, rakan selebriti Sharifah Sakinah hari ini memuat naik satu video yang melucukan apabila dengan selambanya memerli Janna.

Aksi Sakinah yang menerima wang RM 50 sambil membuat ucapan hari jadi untuk Nur Fazura memang lawak habis.

Rata-rata netizen cukup terhibur dengan usikan daripada pelakon wanita itu dan ramai yang mempercayai ia sekadar gurauan sahaja. Siapa yang tidak kenal dengan perangai gila-gila Sakinah kan?

September 27th, 2018

Selalunya, artis bila dah popular dan ada berjuta pengikut di Instagram pasti akan menawarkan khidmat review berbayar untuk mereka yang berminat untuk mengiklankan apa-apa produk. Namun, pelakon Janna Nick mula memperkenalkan satu servis yang agak berbeza.

Janna menerusi akaun Instagramnya telah melancarkan khidmat ucapan berbayar untuk peminatnya yang mahu beliau membuat ucapan hari jadi dan caj yang dikenakan adalah sebanyak RM50 untuk satu ucapan dengan tag nama peminat tersebut di Insta Stories. Selepas bayaran dijelaskan barulah Janna akan memuat naik ucapannya.

Peminat adalah tulang belakang artis dan juga penentu untuk populariti serta kerjaya mereka, oleh itu rata-rata netizen mengecam tindakan Janna itu yang jelas tampak tidak ikhlas dan hanya ingin mengambil kesempatan demi mengaut keuntungan semata-mata.

Apa pula pendapat anda? Wajarkah untuk menawarkan khidmat sebegini sedangkan peminat tidak pula meminta bayaran daripada mana-mana artis jika hendak menyokong karier mereka. Hmmph..