Written by AbangNara | April 2nd, 2013

Nampaknya hampir kesemua yang telah melihat video “deleted scene” filem Sembunyi Amukan Azazil yang memaparkan aksi malam pertama Remy Ishak dan Diana Danielle melahirkan rasa kecewa, malu dan sedih dengan adegan tersebut.

azazil

Menerusi Harian Metro hari ini, pengarah filem tersebut, Khabir Bhatia memaklumkan yang dia tidak tahu bagaimana adegan tersebut boleh dimuat naik ke dalam YouTube. Kata Khabir:-

Saya tidak tahu bagaimana adegan itu dimuat naik di dalam laman YouTube, tetapi ia mungkin boleh menjadi strategi pemasaran untuk filem ini. Tiada perbincangan antara saya dengan produksi Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) sebelum ini mengenai “trailer” adegan itu. Saya fikir ia keputusan produksi terbabit.

khabir bhatia

Menurut Khabir lagi, dia merakam adegan panas itu pada peringkat awal selepas melihat terdapat filem tempatan yang menyelit adegan sebegitu dan diluluskan untuk tayangan. Kata Khabir lagi:-

Apa yang saya ingin gambarkan dalam filem ini pada penonton bukan semata-mata merujuk elemen seksual. Sebaliknya menyampaikan cerita dalam konsep artistik.

Abang Nara tak berapa tahu sangat konsep artistik itu yang bagaimana. Orang kata, orang seni ini cara melihat sesuatu benda itu lain. Bagi Abang Nara, nak buat filem boleh tetapi kenalah hormat adat dan agama sesuatu tempat itu. Lebih-lebih lagi kalau pelakon itu sendiri beragama Islam. Tak gitu?

P.S: Nasihat daripada Matluthfi untuk lepasan SPM dan STPM

Written by AbangNara | December 2nd, 2009

khabir bhatia

Siapa Khabir Bhatia? Kalau korang pernah menonton Sepi, Manjalara dan Setem, korang akan kenal dan familiar dengan style pengarah ni. Aku? aku memang dah lama tertarik dengan karya² beliau, style yang jelas berbeza dari filem² melayu lain kat Malaysia.

Khabir Bhatia, seorang pengarah berbangsa India yang memang original berasal dari India. Tetapi beliau berpindah ke Malaysia dan mendapat kerakyatan. Menurut story yang aku dengar, beliau sebenarnya hanya worktrip ke Malaysia, and then terpikat dengan Malaysia and decided untuk stay terus. Sangat talented, kalau korang tengok dari view yang betul dalam sebuah filem, korang akan nampak satu seni yang takde dalam filem typical melayu yang lain. Kelainan dan keunikan baru dalam filem melayu, dari macam² segi shooting, soundtrack dan storyline.

Baca artikel ini sepenuhnya untuk mengenali Khabir Bhatia dengan lebih lanjut.

P.S: Artikel dicurik sebijik-sebijik dari Aenaz.com.