Written by Bella | March 4th, 2015

Digosipkan mempunyai hubungan istimewa bersama seorang penerbit stesen televisyen Astro, Zizan Razak yang sebelum ini tidak mahu membuka mulut telah tampil menjelaskan  status hubungan  mereka yang sebenar.

Buat Zizan, beliau menganggap Putri Yasmin tidak lebih daripada seorang kakak dan hubungan mereka adalah berdasarkan urusan kerja.

Hubungan kami hanya atas dasar kerja kerana dia pengurus dan bos saya sahaja, malah, juga saya anggap dia sebagai seorang kakak.

Zizan turut mengatakan gosip mengenai mereka adalah fitnah semata-mata dan kemesraan mereka sudah di salah tafsir. Pelawak tersebut tidak mahu perkara ini diperbesarkan lagi dan berharap pihak media dapat memberikan beliau sedikit ruang untuk menangani isu panas ini.

Saya tidak tahu ini fitnah jenis apa dan saya tidak mahu ia diperbesarkan lagi. Saya juga harap pihak media memberi saya bernafas untuk menjawab isu ini.

Tidak apalah Zizan, sekurang-kurangnya anda sudah menjelaskan perkara sebenar kepada masyarakat agar tiada lagi yang membuat andaian mereka tersendiri.

Sumber Berita: mStar Online

Written by Bella | March 3rd, 2015

Baru-baru ini Zizan Razak nampaknya menjadi tumpuan ramai terutama sekali kisah percintaan beliau. Sekejap putus dengan Emma Maembong sekejap berbaik semula dan kemudian didakwa bercinta pula dengan penerbit Astro.

Hari ini, wanita yang didakwa sebagai “kekasih baru” Zizan iaitu Naib Presiden GenNext Astro, Puteri Yasmin Megat Zaharuddin  sekalig lagi telah menjelaskan gosip beliau mempunyai hubungan istimewa bersama pelawak tersebut adalah tidak benar.

Tidak ada kebenaran (mengenai dakwaan hubungan dengan Zizan), saya tahu anda semua pun tahu.

 

Malah Putri Yasmin  berkata beliau tidak perlu membuat sebarang sidang media berhubung perkara berkenaan.

Gosip mereka bercinta bermula apabila  pelawak dan kru produksi sering kali melihat Zizan dan Putri Yasmin rapat bersama.

Dengan penjelasan ini kami rasa tidak mungkin mereka mempunyai hubungan bersama. Bahkan ibu Zizan Razak sebelum ini juga telah memberikan kenyataan bahawa semua ini adalah fintah semata-mata. Kami tidak rasa Zizan seorang yang mudah melupakan hubungan bersama Emma Maembong begitu sahaja bukan?

Sumber Berita & Foto: BH ONLINE

Written by AbangNara | February 24th, 2015

Abang Nara sebenarnya ada menerima beberapa keping gambar Zizan Razak dengan seorang wanita (tetapi bukan berdua) yang dikatakan pegawai stesen Astro. Banyak juga gambar-gambar yang diterima. Di dalam email yang dihantar oleh pembaca itu, turut diselitkan gosip yang khabarnya Zizan dan pegawai ini mempunyai hubungan mesra, lebih daripada seorang pengurus dan artis. Malah ada dakwaan Zizan menerima beberapa kelebihan dan tawaran kerja yang lebih kerana mempunyai hubungan baik dengan pegawai tersebut.

zizan

Tidak mahu fitnah dan desas-desus tersebut semakin berleluasa, pegawai stesen Astro yang berusia 30-an itu tampil membuat penjelasan menerusi Harian Metro hari ini. Katanya:-

Saya rapat dan baik dengan semua artis yang bernaung di bawah pengurusan atau yang ada kontrak (kerja) dengan kami. Layanan saya terhadap mereka sama dan adil, tidak kira siapa orangnya. Semuanya atas dasar profesional.

Jadi apabila timbul cerita ini sudah tentu saya terkejut kerana ia adalah tuduhan yang tidak betul. Saya boleh katakan segala-galanya adalah fitnah dan tidak berasas sama sekali.

Macam saya katakan, saya menjaga hubungan baik dengan semua artis yang bekerjasama dengan kami. Layanan saya dengan semua adalah sama rata dan adil.

Cuma mungkin ada ketika orang akan nampak saya rapat dengan artis tertentu dan ada ketika orang tak nampak. Mungkin dia (Zizan) dapat perhatian lebih, jadi itu yang menyebabkan orang salah sangka.

zizan razak dan pegawai stesen astro

Menariknya, ibu Zizan iaitu Anai Ibrahim turut sama berkongsi gambar pegawai ini menerisu akaun Facebook miliknya. Sehubungan itu, orang ramai membuat andaian yang ibu Zizan menyenangi kehadiran si pegawai. Malah ura-ura ini juga semakin hangat diperkatakan di kalangan pelawak dan kru produksi kerana mereka berdua sering dilihat bersama.

zizan razak dan pegawai stesen astroSetahu Abang Nara pegawai ini memang tugasnya menjaga kebajikan semua artis yang bernaung di bawah Astro. Jadi perkara biasa untuk melihat dirinya bersama artis-artis Astro termasuk Zizan. Yang jadi pelik kalau si pegawai tak ada bersama artis. Hmmm. Takkanlah nak ada hubungan rahsia sedangkan Zizan sudah mempunyai Emma Maembong sebagai kekasih hati. Emma Maembong kot!!! Apa kata anda?

Written by AbangNara | June 26th, 2014

Rupa-rupanya ada kisah di sebalik tindakan Zizan Razak membekukan akaun syarikat miliknya, Wire Fame Entertainment sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap artis di bawah naungan syarikat tersebut. Hari ini rakan kongsi Zizan iaitu Marina Juki tampil meminta pelakon itu mengemukakan bukti selepas didakwa oleh Zizan menyeleweng wang syarikat itu. Untuk makluman, Zizan memegang 70% saham dan Marina sebanyak 30% saham syarikat Wire Fame Entertainment.

marina juki

Zizan telah membekukan akaun syarikat bermula 4 Jun lalu tanpa persetujuan daripada Marina Juki. Kata Marina menerusi Mstar Online:-

Dua akaun syarikat telah pun dibekukan sejak 4 Jun lalu dan ianya adalah atas arahan Zizan sendiri tanpa sebarang persetujuan daripada saya.

Perkara ini membuatkan Johan As’ari dan Kaka yang bernaung di bawah syarikat ini terpaksa membuat laporan polis di Balai Polis USJ8 Subang Jaya berhubung bayaran mereka yang tersangkut.

Kami berharap agar kenyataan ini dapat menjawab segala isu yang timbul dan kami juga berharap agar Zizan akan meluangkan sedikit masa bersama kami untuk menyelesaikan kemelut ini secara baik dan profesional.

Saya telah dimaklumkan bahawa tiada sebarang penyelewengan telah berlaku dalam syarikat sama ada daripada pihak saya mahupun Zizan.

Saya tak faham kenapa dia menuduh saya berbuat demikian sampai membekukan akaun syarikat tanpa persetujuan saya.

Diharap dia dapat bersemuka dengan saya dan tunjukkan bukti bahawa saya menyeleweng wang syarikat itu

zizan

Pasti Zizan ada sebab dan buktinya tersendiri sehingga sanggup melakukan tindakan sebegini. Sekarang ini Zizan berada di Jepun dan akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi. Diharap agar Zizan dapat menyelesaikan masalah ini terlebih dahulu apabila kembali pulak. Kesian pula bila artis-artis di bawah syarikat Wire Fame Entertainment tak dapat gaji. Diorang pun nak hidup jugak. Tak gitu?