June 19th, 2013

Tunang kepada Shah Jaszle, Redzwani Puteri menyerahkan sepenuhnya kepada pelakon lelaki itu untuk menyelesaikan masalah berhubung kes khalwatnya. Kemelut yang melanda mereka semakin mendalam selepas wanita yang ditangkap khalwat dengan Shah Jaszle muncul membuat kenyataannya sendiri baru-baru ini.

redzwani puteri

Redzwani Puteri memberitahu perkara tersebut menerusi SMS kepada wartawan Mstar Online. SMS tersebut berbunyi:-

Maaf banyak-banyak kerana saya sedang sibuk. Berkenaan isu tersebut saya serahkan kepada Shahrizal untuk selesaikan.

Ibu Shah Jaszle yang merupakan pengurus pelakon tersebut turut memberitahu yang anaknya akan mengadakan satu sidang media untuk menjelaskan perkara ini. Kata ibunya:-

Maaf, saya tidak boleh nak bagi apa-apa komen. Perkara tersebut akan diselesaikan melalui satu sidang media yang akan dibuat oleh Shahz dalam masa terdekat ini

shah jaszle

Diharap Shah Jaszle akan melakukan sidang media itu secepat mungkin. Ini kerana reputasi Shah Jaszle semakin tercalar selepas wanita yang dikenali dengan nama Farah itu tampil menerusi Harian Metro hari ini. Apa-apa pun, sama-samalah kita nantikan penjelasan yang bakal diberikan.
ronnaronnaP.S: Hari Raya sudah semakin hampir. Kan cantik kalau satu keluarga pakai baju raya sedondon? Apa kata cuba ushar baju-baju kurung, baju Melayu, jubah dan macam-macam lagi di RonaRonaCollection. Harga berbaloi dengan kualiti yang ditawarkan. Layari www.ronaronacollection.blogspot.com sekarang juga untuk melihat dengan mata anda sendiri.

Advertisement
May 30th, 2013

Agak menarik membaca penerangan daripada Shah Jaszle kepada Utusan Malaysia mengenai kes khalwat yang berlaku ke atas dirinya baru-baru ini. Menurut Shah Jaszle, dia tidak berdua-duaan sebaliknya ada 5 orang lain ketika serbuan dilakukan oleh JAIS. Agak pelik untuk dikategorikan sebagai khalwat bukan?

shah jaszle

Kata Shah Jaszle:-

Apa yang boleh saya katakan bahawa saya sebenarnya telah diperangkap oleh seseorang untuk terlibat dengan kes khalwat. Lagipun, semasa kejadian, saya bukannya duduk berdua-duaan dalam rumah itu, sebaliknya terdapat lima orang lain ketika pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat serbuan.

shahMenurut Shah Jaszle lagi, bukan tunangnya iaitu Redzwani Puteri yang tampil untuk menjamin dirinya. Wani hanya mengetahui berita ini sekitar waktu tengah hari selepas dikeluarkan di media massa. Apa pun Abang Nara respek kepada kedua-dua belah keluarga Shah Jaszle dan tunangnya kerana tenang menghadapi dugaan ini.

Selepas saya diikat jamin, terus perjumpaan keluarga diadakan melibatkan kedua-dua belah pihak keluarga. Setelah mendengar penjelasan yang diberikan, barulah mereka tahu perkara sebenar yang telah berlaku kepada saya. Malah, keluarga saya sebenarnya lebih faham dengan perangai saya yang sebenarnya tidak berapa gemar untuk bersosial.

Diperangkap atau tidak, sama-samalah kita nantikan perbicaraan kes khalwat ini. Kalau kita berada di pihak yang benar, tiada apa yang perlu ditakutkan. Apa-apa pun, kalau Shah Jaszle dan tunangnya dapat mempercepatkan pernikahan memang lagi molek sebenarnya. Sememangnya tempoh pertunangan cabarannya agak hebat. Tak gitu?

Advertisement
May 23rd, 2013

Hubungan cinta antara Miera Liyana dan Shah Jaszle sudah lama berakhir. Shah Jaszle pun sudah bertunang akhir tahun lepas. Namun seperti yang anda tahu, Shah Jaszle telah pun ditangkap khalwat baru-baru ini. Apabila diminta memberi komen tentang perkara ini, Miera Liyana berharap Shah Jaszle mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi.

miera liyana

Kata Miera Liyana kepada Mstar Online:-

Saya terkejut dan ingat perkara tersebut hanya gurauan apabila diberitahu oleh salah seorang pelakon, tapi apablia terbaca di internet baru saya percaya. Bagi saya setiap yang berlaku ada hikmahnya dan saya harap dia mengambilnya sebagai satu pengajaran buatnya. Kesian dekat dia juga sebab mungkin kejadian sebenar kita tidak tahu dan mungkin juga dia diperangkap. Kesian dekat dia juga sebab mungkin kejadian sebenar kita tidak tahu dan mungkin juga dia diperangkap.

mieraSebenarnya sehingga ke hari ini masih tidak diketahui info lanjut tentang kes tangkapan khalwat Shah Jaszle. Empunya badan pun berdiam diri tidak memberikan sebarang kenyataan. Mungkin apabila kes ini dibawa ke mahkamah kita akan ketahui dengan lebih lanjut tentang apa yang terjadi.
serunding daging

P.S: Ramadhan sudah semakin hampir. Sudah mula pening kepala untuk fikir nak bersahur dan berbuka dengan berlaukkan apa? Apa kata cuba serunding Nara yang dibawa khas daripada Kelantan ini. Kelazatannya terjamin. Confirm makin bertambah selera ketika bersahur dan buka puasa. Untuk tempahan dan persoalan, boleh PM di Facebook CantikNara, email ke [email protected] atau SMS/WhatsApp ke 013-594-7061.

Advertisement