Written by Bella | December 2nd, 2019

Umum mengetahui kemelut rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila masih belum berkesudahan lagi sejak beberapa bulan lalu. Kes pasangan tersebut semakin rumit dan mereka diperintah untuk jalani proses timbang tara kerana tiada ruang berdamai.

neelofa

Pelbagai spekulasi timbul mengenai masalah perkahwinan mereka termasuklah dakwaan mengatakan ada campur tangan keluarga di pihak Nabila. Menjawab dakwaan tersebut, adik Nabila iaitu Neelofa berkata, tidak adil sekiranya orang luar menuduh dirinya dan keluarga mencampuri urusan dalam konflik rumah tangga yang dihadapi kakaknya.

Menurut Neelofa, adalah normal untuk ahli keluarga termasuk dirinya memberikan sokongan kepada Nabila yang ketika ini di ambang perceraian. Pastinya tindakan sama dilakukan oleh keluarga Sharnaaz sendiri.

sharnaaz ahmad noor nabila

Tak adil apabila ada tuduhan yang mendakwa keluarga saya masuk campur. Sudah semestinya kami memberikan sokongan kerana Nabila darah daging kami.

Saya pasti keluarga dia juga sama, memberikan sokongan terhadap Sharnaaz. Jadi tak adil untuk menuding jari kerana kedua belah keluarga sama sahaja, menyokong dan bersuara.

neelofa nabila

Dalam pada itu, Neelofa meluahkan rasa kesal dengan tindakan Sharnaaz yang merumitkan dan memanjangkan lagi persengketaan apabila enggan melepaskan Nabila dengan cara mudah.

Apa yang saya kesalkan ialah perkara ini dipanjangkan, walhal ia boleh diselesaikan dengan mudah.

sharnaaz ahmad ceraiTerdahulu, Sharnaaz menolak permohonan cerai yang difailkan isterinya pada 27 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur kerana ingin menyelamatkan rumah tangganya yang dibina sejak dua tahun lalu. Mahkamah kemudiannya memerintahkan satu Jawatankuasa Pendamai dibentuk bagi menyelesaikan isu itu. Pasangan tersebut berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | November 12th, 2019

Pelakon Sharnaaz Ahmad yang kini masih berdepan dengan kemelut rumah tangga mengaku terlalu rindukan anaknya, Jebat Jayden.

sharnaaz ahmad isteri jangan kelantan

Menerusi perkongsian di Insta Story, Sharnaaz  meluahkan perasaan sedih merasakan dirinya semakin berjauhan dengan anak kesayangannya itu. Terkilan dengan pihak yang ingin memisahkan mereka.

sharnaaz ahmad jebat jayden

Terdahulu, Sharnaaz memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Noor Nabila. Menurut Sharnaaz, dia bertindak memfailkan permohonan berkenaan untuk memperbetulkan keadaan serta spekulasi yang diperkatakan mengenai rumah tangganya. Kemudian pada tanggal 6 November lalu, mahkamah memutuskan pasangan ini perlu ke peringkat seterusnya iaitu hakam selepas gagal mencapai penyelesaian dalam jawatankuasa pendamaian (JKP) yang sebelum ini dilantik.

Sama-sama kita doakan semoga kedua-dua pihak dapat menemui jalan penyelesaian terbaik. Kesian dengan anak yang masih tidak tahu apa-apa dan turut memerlukan kasih sayang ibu dan bapa dengan sama rata.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by Bella | November 6th, 2019

Kemelut rumah tangga di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila, masih belum menemui jalan penyelesaian.

sharnaaz ahmad

Terbaru, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur  menetapkan tarikh 4 Disember ini untuk melantik wakil dalam proses timbang tara (hakam), berhubung kes perceraian pasangan tersebut.  Hakam adalah proses diperuntukkan mengikut Seksyen 47 (14) dan Seksyen 48 Aktara Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan) 1984 dimana mahkamah mempunyai kuasa melantik  dari kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak yang mempunyai maklumat mengenai isu rumah tangga Sharnaaz dan Nabila.

Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak gagal mencapai jalan penyelesaian bagi masalah mereka dalam Jawatankuasa Pendamaian (JKP) yang dilantik sebelum ini.

nabila nafkah rm500

Menurut peguam yang mewakili Sharnaaz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata pihaknya sedang mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan segala masalah agar kedua-dua pihak dapat hidup aman damai.

Keputusan hari ini, mahkamah menetapkan pelantikan hakam bagi menyelesaikan semua isu dan mencari jalan terbaik. Kita ada peruntukan undang-undang untuk merujuk kes ini ke hakam pula. Dua-dua pihak ada alasan masing-masing dan kalau tiada penyelesaian mereka ada hak untuk bawa ke peringkat seterusnya iaitu hakam.

Kita sekarang ini dalam usaha nak selesaikan semuanya secara terbaik supaya masing-masing hidup aman dan damai.

Terdahulu, pelakon tersebut enggan menceraikan Nabila kerana ingin menyelamatkan rumah tangga yang telah dibina sejak dua tahun yang lalu dan telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya. Sebelum ini, Nabila turut memfailkan interim hadanah (hak jagaan anak sementara) terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | November 5th, 2019

Dilanda dengan dugaan besar dalam hidupnya kini, pelakon Sharnaaz Ahmad dilihat banyak mencurahkan isi hatinya di media sosial. Menerusi akaun Twitter baru-baru ini, Sharnaaz memuat naik persoalan tentang individu yang suka menganiaya orang lain.

sharnaaz ahmad

Dia ada kalanya merasa hairan mengapa Tuhan tidak menurunkan bala kepada golongan tersebut. Mungkin apa yang berlaku ada asbab tersendiri, ingin mengajar kita untuk redha serta belajar daripada kesilapan manusia yang kejam itu sekiranya ditimpa dugaan ataupun dianiaya.

Status yang penuh dengan maksud mendalam dan tersirat itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Tidak pasti apa yang Sharnaaz cuba sampaikan, namun rata-rata netizen bersetuju dengan pendapatnya itu.

sharnaaz ahmad panas baran

Malah, ada juga individu yang sempat menasihati Sharnaaz jangan pernah melayan golongan yang penuh hasad dengki itu. Sebaliknya, aktor itu harus mengubah sikapnya terlebih dahulu yang sebelum ini dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara.

sharnaaz ahmad

Komen tersebut kemudian mendapat maklum balas daripada Sharnaaz yang mengucapkan terima kasih atas nasihat yang diberikan kepadanya.

sharnaaz ahmad Terdahulu, Sharnaaz meluahkan rasa sedih apabila terlepas melihat perkembangan terkini anaknya, Jebat Jayden. Tidak dapat melihat saat-saat paling bermakna Jebat belajar berjalan di depan matanya sendiri.

Sumber Berita : Astro Gempak