September 3rd, 2010

roslin hashim

Ha nie bos besar @ tuan punya dah bagi kata-kata lahir dari tulus hatinya. Meh baca sikit:-

[note]

Di bulan Ramadan janganlah membuat fitnah. Isu Raja Azmi tidak sepatutnya berlaku dan memang tidak relevan dalam kes perceraian saya.  Saya juga dimaklumkan bahawa Raja Azmi akan mengambil tindakan undang-undang (saman) kepada mana-mana pihak yang mensensasikan nama dia dalam isu perceraian ini [/note]

Pasnie janganlah sebut nama Raja Azmi lagi walaupun memang Raja Azmi ada kat hotel tue. Walaupun Raja Azmi dah buat kenyataan berkaitan peristiwa di Hotel Corus. Walaupun Nurhayati tuduh Raja Azmi sebagai “bitch”. Walaupun Roslin selalu pergi rumah Raja Azmi. (berapa banyak walaupun daa..)

Roslin kata tak ada kaitan maka tak adalah kaitannya. Oh ye, Roslin dah pun sah bercerai dengan isterinya. Dan yang pasti dia masih tak serik untuk berkahwin lagi. Ada sesiapa nak jadi janda ekspress leh la gi carik abang Roslin. Hehehe ~~

August 26th, 2009

roslin hashim

Itulah kata-kata daripada bekas isteri Roslin Hashim, Faizah. Memang sekali tengok jumlah tuntutan Roslin nie pun leh wat tidur tak lena gak la. RM50 ribu ringgit tue. Mana nak cekau duit sebanyak tue. Tak logik dan tak munasabah langsung.

Faizah cakap wang hantaran dia pun RM15 ribu jer (mak aih banyak gak nie). Kalau nak tambah-tambah ngan kos persediaan perkahwinan paling banyak leh tuntut pun dalam RM20 ribu lebih-lebih sikit la. Nie RM50 ribu memang dah terlebih sudah.

Mungkin Roslin Hashim kira sekali kos kerugian tekanan mental dia kot. Maklumlah dah kawin tapi masih bergelar teruna. Tertekan tue beb. Mesti ramai member-member dia kutuk tak hingat. Tak jantan, tak lelaki dan tak macho. Kesian kat Roslin. Hehehe.

Pelik-pelik la manusia zaman sekarang nie. Tak jadi kawin pun saman. Dah cerai pun saman. Tengah kawin pun saman. Semua benda nak menyaman. Memang mata duitan tak hingat.

Kita tunggulah sapa yang betul dalam kes Roslin ngan Faizah nie. Malas nak komen banyak-banyak pasal rumah tangga orang. Tak baik tau. Hehehe.