Written by Bella | February 1st, 2016

Kes penceraian Fasha Sandha dan Jejai antara isu hangat yang cukup mendapat liputan yang meluas dan perhatian ramai.

Fasha tidak putus menerima ucapan daripada peminat yang mengharapkan beliau bertabah dalam menghadapi kehidupan sebagai ibu tunggal dan tidak juga mereka yang mendoakan kesejahteraan beliau. Buat Fasha, tiada ungkapan yang lebih tepat selain terima kasih buat mereka yang menyokong dan memberikan beliau semangat untuk meneruskan kehidupannya.

Menerusi muat naik terbaru di Instagramnya, Fasha mempercayai setiap yang berlaku ada hikmahnya tersendiri beserta beberapa ayat untuk kekal bersemangat.

I believe that everything happens for a reason. People change so that you can learn to let go, things go wrong so that you appreciate them when they’re right, you believe lies so you eventually learn to trust no one but yourself, and sometimes good things fall apart so better things can fall together.

Mungkin ada pihak yang berpendapat untuk apa perbesarkan isu Fasha bercerai, sedangkan sebelum ini ramai lagi artis yang mempunyai nasib yang sama. Namun, masih ada lagi pihak yang bersimpati dengan nasibnya kerana sebelum ini Fasha kelihatan cukup bahagia bersama bekas suaminya apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata mereka yang kedua.

Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu tunggal meskipun Fasha kiranya seorang yang “berduit”. Sebab bukan itu persoalannya, tetapi ketabahan mental dan fizikal dalam menghadapi ujian dan cabaran selepas ini.

Sumber Berita: Instagram Fasha Sandha

Written by Bella | January 22nd, 2016

Pada hari Rabu lepas, kehidupan Fasha Sandha berubah 360 darjah selepas beliau sah diceraikan talak  satu oleh Jejai kira-kira jam 3 petang di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Berita itu sekaligus menamatkan segala spekulasi mengenai rumah tangga beliau yang mula menjadi viral sekitar hujun tahun lepas.

Jejai dan Fasha masing-masing tidak boleh menahan rasa sedih  dan menitiskan air mata mereka selepas prosiding penceraian itu selesai. Malah, ada saksi yang mengatakan Jejai yang hadir bersama adik iparnya dilihat menangis teresak-esak sebaik meninggalkan mahkamah.

Pada mulanya Fasha tidak mahu memberikan sebarang komen tetapi melalui penguamnya Fasha menjelaskan beliau sudah mencuba sebaik mungkin untuk menyelamatkan rumah tangga mereka tetapi takdir sudah menentukan yang sebaliknya.

Buat Fasha beliau redha dengan apa yang telah terjadi dan kini ingin meneruskan kehidupan bersama dua orang anaknya yang masih kecil iaitu Putra Rayfal, 2, serta Putri Raysha Jemyma, 1.

Tidak dapat kami nafikan, kes penceraian Fasha mendapat perhatian bukan sahaja peminat beliau tetapi seluruh rakyat Malaysia. Ramai yang cukup bersimpati dengan nasib beliau dan  harus kami akui tiada lagi kes penceraian artis yang begitu menarik perhatian ramai sehingga begini.

Sejak beberapa hari lepas, Instagram Fasha dan setiap medium media sosial dipenuhi dengan ucapan peminat yang mengharapkan agar aktres tersebut kekal tabah dan bersabar.

Berikut antara ucapan peminat di media sosial :-

Pada awalnya ramai yang beharap agar pasangan ini tidak bercerai, selepas Fasha dan Jejai dikatakan sudah berbaik semula dan sama-sama menghantar anak mereka ke sekolah.

Manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan menentukan segalanya. Ketika ini, kita doakan yang terbaik sahaja buat Fasha, siapa yang mahu rumah tangga yang dibina atas rasa cinta hancur begitu sahaja bukan? Berhentilah menyebut ianya hukum karma kerana anda tidak berada di tempat Fasha sekarang. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Written by Bella | January 21st, 2016

Spekulasi rumah tangga Fasha Sandha dan Jejai sudah terjawab apabila mereka sah bercerai talak satu semalam di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Linangan air mata Fasha dalam beberapa foto yang tersebar membuatkan ramai peminat industri hiburan tanah air turut merasa sebak dengan berita berkenaan. Entah kenapa, kali ini kes penceraian artis mendapat begitu banyak perhatian.

Terdahulu, Fasha memfailkan permohonan cerai pada hari Isnin lepas mengikut seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Pada mulanya Fasha kelihatan tenang selepas diceraikan, tetapi beliau tidak dapat menahan kesedihannya selepas menerima pelbagai soalan daripada pihak wartawan. Malah, Jejai juga kelihatan sebak.

Tidak mahu memberikan komen pada awalnya, peguam Fasha iaitu Zulkifli Che Yong ada mengedarkan satu kenyataan Fasha dimana aktres itu memberitahu beliau sudah cuba yang terbaik untuk mempertahakan rumah tangganya dan redha dengan apa yang berlaku.

Saya telah berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan ini. Saya redha dan akan meneruskan hidup bersama kedua-dua anak saya Putra Rayfal dan Putri Raysha.

Ditanya mengenai hak penjagaan kedua-dua anak mereka, Zulkifli dan Fasha enggan memberikan komen lanjut mengenainya.

Kalau dilihat di media sosial, ramai juga yang mendoakan agar Fasha dan Jejai kembali kerana mereka tahu pasangan ini masih sayangkan antara satu sama lain dan rumah tangga mereka runtuh kemungkinan daripada campur tangan pihak ketiga.

Siapa tahu bukan, berkat doa orang ramai dan sekiranya jodoh mereka masih ada, tidak mustahil Fasha dan Jejai akan bersatu semula.

Sumber Berita: Kosmo!

Written by Bella | January 20th, 2016

Kami tidak tahu kenapa, tetapi saat mendengar perkhabaran Fasha Sandha sah bercerai talak satu dengan Jejai, kami diam sebentar dan tidak dapat menggambarkan rasa sedih dan perit yang ditanggung oleh aktres itu kini.

Meskipun dalam linangan air mata dan rasa sedih yang amat, Fasha memberitahu beliau redha dengan segala ketentuan dan menjelaskan penceraian adalah jalan terbaik buat mereka berdua.

Buat masa ini, Fasha akan memberikan fokus seratus peratus buat anak-anak beliau dan meneruskan kehidupannya.

Perceraian ini adalah jalan terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Saya sudah berusaha menyelamatkan perkahwinan ini. Saya redha dan akan meneruskan kehidupan dengan dua anak saya.

Sejak beberapa bulan lepas, spekulasi mengenai rumah tangga Fasha dan Jejai terus hangat diperkatakan. Malah, ada pihak yang berkata wujud orang ketiga yang menjadi batu api dan dalang dalam rumah tangga mereka.

Namun, Fasha dan Jejai masing-masing tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan status rumah tangga sehinggalah hari ini dimana Fasha dipercayai pergi ke mahkamah pagi tadi.

Kemudian, semua persoalan terjawab apabila beliau sah bercerai talak satu dengan Jejai pada jam 3 petang tadi di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Fasha dan Jejai berkahwin pada 27 April 2012 serta dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 2, serta Putri Raysha Jemyma, 1. Jejai pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Nora Danish pada 20 Jun 2006 sebelum bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dianugerahkan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, 7.

Sumber Berita: BH ONLINE