Written by AbangNara | November 18th, 2014

Terkejut. Serius Abang Nara terkejutdengan berita ini. Mana tidaknya, isteri kepada Datuk Eizlan Yusof, Datin Vie Santie Harun telah pun memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini. Sebelum ini tiada langsung ura-ura mengenai keretakan rumah tangga mereka malah Eizlan dan isteri kelihatan amat bahagia di samping 3 cahaya mata.

eizlan yusof cerai

Eizlan Yusof dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada 7 Julai 2007. Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan 3 cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia berusia antara satu hingga lima tahun. Vie Santie, 28, selaku plaintif memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Semasa sebutan kes itu dihadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin, Peguam Syarie Syamimi Ab Rahman yang mewakili plaintif memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan tiga keterangan saksi plaintif.

Terdapat juga beberapa permohonan lain yang berkaitan dengan perkahwinan ini sedang dibincangkan dengan defendan untuk diselesaikan,” katanya.

eizlan yusof ceraiSehubungan itu peguam itu memohon penangguhan perbicaraan kes itu kerana saksi-saksi plaintif yang sepatutnya memberi keterangan tidak dapat hadir.

Pada prosiding itu, pasangan itu juga tidak hadir dan berada di luar kawasan. Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md Yusof, 44, selaku defendan tidak diwakili peguam.

Sehubungan itu mahkamah menetapkan 13 Januari tahun depan untuk menyambung semula perbicaraan dan meminta pihak-pihak hadir bersama saksi. Sumber Sinar Harian.