Written by AbangNara | May 20th, 2010

tiket final af8

Terima kasih buat Astro yang sudi bekerjasama sekali lagi dengan BeautifulNara untuk memberi peluang kepada pembaca-pembaca BeautifulNara menonton secara live konsert akhir Akademi Fantasia 8. Konsert akhir AF8 ini bakal berlangsung Sabtu ini (22 May 2010) di Stadium Putra Bukit Jalil. Ada 10 tiket percuma untuk dimenangi. Caranya senang sahaja iaitu:-

1. Hantar email ke borakartis [at] gmail.com dengan tajuk “Saya Nak Tiket Konsert Final AF8”.

2. Tulis satu slogan “Saya nak tengok konsert final AF8 secara live sebab …… (suka hati koranglah nak buat berapa panjang)”.

3. Tinggalkan nama penuh, nombor telefon dan berapa orang nak pergi. Maksimum ialah 2 orang satu penyertaan.(2 tiket sahaja untuk 1 orang yang hantar email).

4. Semua tiket akan diberi 1 jam sebelum Konsert Akhir AF8 di Stadium Putra Bukit Jalil. So anda kena datang untuk collect tiket selepas dapat email pengesahan yang anda telah menang tiket ini.

Itu sahaja. Siapa cepat dia dapat ek. Terima kasih. Untuk maklumat lanjut pasal AF8 boleh layari http://www.astro.com.my/akademifantasia