Written by AbangNara | September 17th, 2012

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Shila Amzah yang telah berjaya melangkah ke final untuk pertandingan nyanyian Asian Wave. Pertandingan yang berlangsung di Shanghai ini telah berlangsung menampilkan penyanyi daripada Jepun, Korea, China, Thailand dan banyak lagi.
shila amzah asian wave
Daripada 30 orang peserta, hanya 12 orang terpilih ke final yang akan berlangsung pada 20 September ini. Pusingan awal telah pun berlangsung daripada 31 Ogos sehingga 6 September yang lalu. Pada pusingan pertama, Shila Amzah menyanyikan lagu “Set Fire to the Rain” dan pada pusingan ke-dua, lagu kegemaran Shila iaitu ” Forever Love” dinyanyikan.
shila amzah asian wave
Sila saksikan video penuh kepoweran oleh Shila Amzah ketika menyanyikan lagu Forever Love di bawah ini.

Kepada Shila Amzah, all the best dan good luck. Berikan persembahan yang terbaik anda. Abang Nara bangga melihat penyanyi daripada Malaysia bakal bertarung dengan penyanyi-penyanyi Asia lain yang tak kurang hebatnya. Fighting Shila!!! Info Facebook Shila Amzah.