Written by AbangNara | November 12th, 2011

Sebentar tadi telah berlangsung dengan jayanya Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18). Berikut Abang Nara sertakan keputusan penuh AIM18 untuk tatapan anda. Dan untuk pengetahuan anda, kecoh sebentar di dunia Twitter apabila Yuna dengan lagu Penakut dipilih menjadi Lagu Terbaik sedangkan lagu tersebut kalah dengan lagu Anuar Zain Sedetik Lebih untuk kategori Lagu Pop Terbaik. Memang agak misteri di situ.

PEMENANG KATEGORI ARTIS BARU TERBAIK – Najwa

PEMENANG KATEGORI LAGU POP TERBAIK – Sedetik Lebih (Anuar Zain)

PEMENANG KATEGORI LAGU NASYID TERBAIK – Pedoman (Nora Feat V.O.U)

PEMENANG KATEGORI LAGU POP ETNIK TERBAIK – Joget Tak Senag Hati (Adibah Nor)

PEMENANG KATEGORI LAGU INGGERIS TERBAIK – Got To Go (Najwa)

PEMENANG KATEGORI PERSEMBAHAN VOKAL B’KUMPULAN TERBAIK – Beribu Sesalan (Jac,Ning,Shila Hamzah)

PEMENANG KATEGORI LAGU ROCK TERBAIK – Pelita (A.P.I)

PEMENANG KATEGORI VIDEO MUZIK TERBAIK – Susun Silang Kata (Aizat)

PEMENANG KATEGORI LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK YG DIPERSEMBAHKAN OLEH ARTIS LUAR NEGARA – Ku Menunggu (Rossa)

PEMENANG KATEGORI KHAS ARTIS MOBILE CELCOM TERBAIK – 6ixth Sense

PEMENANG KEMBARA – Yuna

ANUGERAH SRI WIRAMA – Beh Suat Pheng

PEMENANG PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (LELAKI) – Sedetik Lebih (Anuar Zain)

PEMENANG PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (WANITA) – Penakut (Yuna)

PEMENANG LAGU TERBAIK AIM 18 – Penakut (Yuna)

PEMENANG KATEGORI ALBUM TERBAIK AIM 18 – The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid (Sheila Majid)

Apa pun tahniah untuk semua pemenang. Diharap pihak AIM dapat menjelaskan kontroversi tentang pemilihan lagu terbaik AIM18. Nantikan update untuk gambar sekitar AIM18 tidak lama lagi.

Written by AbangNara | September 15th, 2011

Pelik tapi benar. Membaca tweet-tweet daripada beberapa orang kuat industri hiburan semalam, ternyata senarai pencalonan AIM18 sangat kontroversi. Ada beberapa nama besar seperti Zee Avi, Yuna dan Hujan yang tidak tersenarai. Menurut pihak penganjur, Zee Avi dan Yuna tidak tercalon kerana albumnya dibuat di label luar negara. Agak mengarut jugak kan alasan tersebut?

aizad

Manakala album Hujan tidak tercalon kerana kewujudan Hang Dimas yang merupakan warga Indonesia. Sekali lagi agak pelik alasan yang diberikan di situ. Ada beberapa nama yang tercalon kalau tak silap Abang Nara bukan warganegara Malaysia pun tapi dapat pulak tersenarai. Adakah AIM semakin lama semakin sudah tidak relevan?

Semoga pemuzik-pemuzik tanah air terus melaungkan hak dan bersuara menentang perkara-perkara yang agak tidak logik ini untuk masa hadapan yang lebih gemilang. Senarai penuh pencalonan AIM18 dengan membaca entri ini sepenuhnya.