Written by AbangNara | July 14th, 2015

Setiap kali Ramadhan dan juga Aidilfitri, Nora Danish pasti akan berkunjung ke rumah keluarga bekas mentuanya untuk berbuka dan beraya bersama-sama. Walaupun dirinya bukan lagi merupakan isteri kepada Jejai, namun hubungan baik antara mereka masih terjalin. Abang Nara respek Nora Danish bab menjaga hubungan ini. Seringkali kalau perkahwinan berakhir dengan penceraian, hubungan kekeluargaan juga terus tamat. Namun Nora dan keluarga mentua tetap baik seperti sediakala. Memang power!!!

nora danish

Sudah tentu kehadiran Rayqal hasil perkahwinannya dengan Jejai dahulu menguatkan lagi hubungan silaturahim antara 2 keluarga ini. Namun peliknya, setiap tahun pasti ramai yang memberikan komentar negatif kepada Nora Danish setiap kali pelakon itu memuatnaik gambarnya bersama bekas mentua. Entah apa yang dicemburui oleh mereka ini. Sepatutnya sikap Nora Danish ini dijadikan teladan, bukannya dikritik. Malah Nora sendiri bosan dengan kontroversi tahunan ini. Kata Nora Danish:-

Sebenarnya Nora pun dah bosan dengan isu yang tidak sepatutnya timbul ini. Nora sendiri tidak faham, mengapa ada yang beranggapan negatif terhadap hubungan baik Nora dengan keluarga bekas mentua. Bukankah anak Nora, Rayqal mempunyai pertalian darah dengan keluarga bekas mentua. Jadi tidak salah sekiranya hubungan Nora dengan mereka masih baik.

Nora dah lama kehilangan bapa kandung jadi daddy (bapa mentua) sudah Nora anggap macam daddy Nora sendiri. Di samping itu, Nora juga rapat dengan bekas adik-adik ipar Nora sehingga ke hari ini. Jadi tidak salah kalau Nora masih rapat dan mesra dengan mereka semua

nora danish

Nora Danish dan keluarga bekas mentua memang bahagia dan sentiasa mesra walaupun ada yang cuba mengeruhkan keadaan. Bulan baik ini, buanglah perasaan negatif dalam diri itu. Cubalah belajar untuk gembira atas kegembiraan orang lain. Hati kita pun akan rasa lebih tenang dan Insya Allah kebahagiaan akan turut singgah dalam hidup kita. Tak gitu? Sumber ManggaOnline.