May 20th, 2020

Semua pasti sedar bahawa Emma Maembong memang cantik dek kacukan daripada kedua ibu dan ayahnya. Bagi yang tidak mengetahui, pelakon cantik ini mempunyai darah kacukan Melayu dan Scotland, memang tak dapat disangkal kecantikannya itu.

Bukan sahaja Emma malahan kesemua 11 orang adik beradiknya yang lain turut memiliki rupa paras yang cantik dan menarik. Untunglah!

keluarga maembong

Walaupun sambutan Hari Ibu sudah pun hampir seminggu berlalu, namun Emma tidak lupa untuk memuat naik satu entri khas bagi menghargai ibu kesayangannya itu.

“Setiap hari ialah hari ibu, walaupun sedar saya sedikit terlambat tetapi saya mahu membuatkannya menjadi lebih istimewa. Saya mahu mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu kesayangan! Saya sangat menyayangi mama.”

Entri tersebut turut diiringi dengan beberapa keping gambar ketika ibunya masih muda dan perkara tersebut nyata mendapat perhatian ramai. Tak hairanlah kenapa Emma cantik, ini kerana ibunya juga memang seorang yang rupawan!

ibu emma maembong ibu emma maembong ibu emma maembong

Menjengah ke ruangan komen, kesemua peminat membanjiri ibunya dan juga Emma dengan pujian kerana mempunyai genetik yang sangat sempurna. Saling tak tumpah kedua beranak ini.

emma maembong

Kalau anda nak tahu, ayah kepada pelakon ini telah berkahwin dengan Yatimah Zainab sebelum membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Sumber: Instagram

January 21st, 2015

Amboi, amboi, amboi. Macam The Kardashians la pulak kalau rancangan realiti untuk keluarga Maembong ini berjalan seperti yang dirancangkan. Memang bijak sangat pemilihan yang dilakukan oleh stesen tv. Keluarga Maembong memang dikenali ramai terutamanya Emma, Chacha, Shikin dan Yaya. Untuk makluman, adik beradik keluarga Maembong ini ada 11 orang kesemuanya. Fuh, memang meriah kalau nak buat rakaman nanti.

Daripada apa yang diura-urakan, nama rancangan realiti ini sekiranya bakal dipertontonkan ialah The Maembongs. Namun ini semua masih dalam perancangan dan perangkaan. Tak tahu jadi lagi ke tak. Kalau betul-betul jadi kenyataan, Abang Nara harap ayah mereka iaitu Ismail Embong akan turut sama terlibat. Menarik juga kalau lihat perwatakan Ismail Embong yang kebelakangan ini sering mengeluarkan kenyataan kontroversi berkenaan anak-anaknya.

Paling penting, jangan lupa rakamkan kehebatan The Maembongs melukis terutamanya Emma Maembong. Bakat seni yang mengalir di dalam darah mereka harus dipertontonkan. Fuh~~ Tiba-tiba Abang Nara rasa tak sabar dan berdoa agar program realiti ini menjadi kenyataan. Barulah dapat up close and personal dengan The Maembongs. Mesti kebabom punya. Sama-samalah kita nantikan. Sumber Kosmo.

December 24th, 2014

Nampaknya pertikaian antara Ismail Embong dan anak-anaknya sudah semakin memuncak. Terbaru, Ismail Embong telah menulis yang dirinya tidak mempunyai anak bernama Aisyah @ Chacha. Dasyat sungguh pertelingkahan yang berlaku sehingga ke tahap ini. Malah Ismail Embong turut melabel anak yang melukai hatinya adalah sebagai anak derhaka. Sedih Abang Nara melihat apa yang terjadi gara-gara perkahwinan Yaya Maembong dan Wan Raja yang tidak disukai oleh Ismail Embong.
ismail embongSebelum ini Ismail Embong ada melahirkan rasa kekecewaannya kerana Yaya Maembong telah memaksa adik-adiknya berpindah rumah ke flat. Namun menerusi portal Murai, Chacha Maembong menjelaskan yang mereka telah berpindah secara sukarela. Rumah baharu mereka juga bukanlah flat tetapi kondo. Kata Chacha:-

Saya bukan tinggal di flat seperti yang dinyatakan tetapi kami tinggal di kondominium. Kalau flat manalah ada lif semua. Amad (Abang Chacha) pula selesa dan suka sahaja keluar masuk rumah baru kami walaupun turun naik lif. Saya rasa ini salah faham sahaja. Hubungan saya dan ayah tiada masalah. Biasalah itu orang tua, bila tengah marah apa sahaja boleh keluar.

Sebenarnya saya sudah lama membeli rumah itu malah sebelum Kak Yaya membuat persiapan kahwin lagi kami dah mula berpindah sedikit demi sedikit. Saya dan Kak Yaya tiada masalah dah tiada isu saya dihalau atau sebagainya tetapi saya sendiri memang dah lama mahu pindah keluar kerana barang shooting saya terlalu banyak dan saya perlukan ruang saya sendiri. Bukan sahaja mahu beri Kak Yaya privacy tetapi saya sendiri pun mahu privacy saya.

Namun begitu Ismail Embong telah tampil menerusi akaun Facebooknya untuk meluahkan rasa tidak puas hati dengan apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Malah Ismail Embong turut sama menghentam penulis artikel tersebut yang didakwa menjadi penghancur keluarganya.

ismail embong

Makin kronik nampaknya perselisihan faham yang terjadi antara Ismail Embong dan anak-anaknya. Sedih juga Abang Nara membaca luahan hatinya. Jalan penyelesaian yang terbaik ialah kesemua yang terlibat pergi berjumpa dengan si ayah, memohon maaf dan berjanji tak akan mengulangi kesilapan yang sama lagi. Kalau berterusan cakap di media sebegini, pasti akan ada hati yang terluka. Rasanya tak ada insan yang mahukan gelaran ‘anak derhaka’. Cepat-cepatlah minta maaf.

P.S: Comelnya budak ini pakai penutup mata yang dilukis ayahnya