Written by AbangNara | June 5th, 2015

Irma Hasmie merupakan salah seorang artis wanita terawal yang telah berhijrah dan bertudung. Penghijrahan Irma mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi selepas berkahwin dengan Redza Syah Azmeer yang sama cantik sama padan dengannya. Selepas bertudung, Irma juga dilihat banyak mengurangkan aktiviti berlakon. Tak salah jika Abang Nara katakan Irma antara ‘role model’ di kalangan selebriti terutama di kalangan mereka yang berhijrah.
irma hasmie

Susulan ramai selebriti wanita yang berhijab dan membuat keputusan bertudung sepenuhnya baru-baru ini, Irma Hasmie meminta para peminat untuk memberikan artis-artis ini ruang. Kata Irma:-

Syukur Alhamdulillah ramai artis yang telah menerima hidayah daripada Allah kerana peluang itu bukan senang diberikan. Apa yang penting, bagi terus kekal dengan imej baru tersebut kita perlu lihat pada niat. Jadikan niat penghijrahan itu untuk Allah dan bukannya untuk orang lain.

Apabila mereka berubah, kita perlu bersyukur dengan melihat perubahan yang mereka lakukan. Seharusnya kita memberi dorongan dan sokongan pada mereka biarpun ada melakukan sedikit kesalahan kerana perubahan itu tidak semestinya boleh dilakukan secara mendadak

irma hasmie

Sedikit sebanyak Irma sudah tentu bercakap dari segi pengalamannya. Kita selaku peminat haruslah memberi sokongan dan kata-kata positif buat selebriti yang berhijrah. Bak kata Erra Fazira, janganlah hentam sahaja. Awal-awal ini pasti ramai yang masih tercari-cari jenis tudung yang sesuai dan kadangkala tampil dengan fesyen yang agak pelik. Kita cuma perlu bersabar dan tegur apa yang sepatutnya tanpa melukakan hati mereka. Tak gitu? Sumber Mstar Online.
irma hasmieP.S: Inspired clothing terkini di www.iziefashion.com :) all items ready stock. FREE POSTAGE bagi order RM100 dan ke atas. lebih banyak design yang berkualiti dengan harga yang berpatutan website IzieFashion, Facebook Iziefashion & Instagram IzieFashion ^_^

Written by AbangNara | July 20th, 2014

Alhamdulillah. Sepasang sudah anak kepada Irma Hasmie dan Redza Syah. Irma telah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan di Prince Court Medical Centre 18 Julai 2014. Kedua-dua ibu dan anak dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Jutaan tahniah diucapkan kepada Irma dan Redza atas kehadiran anak kedua mereka. Mesti teruja sangat-sangat kan?

anak kedua irma hasmie

Sebelum ini Irma dan Redza Syah telah mempunyai seorang anak lelaki bernama Redza Syah Irfhan yang telah berusia 1 tahun. Nampaknya Irfhan dah jadi abang dan kena lebih macho lepas ini untuk menjaga adiknya. Hehehe. Daripada gambar di bawah, dah nampak gaya seorang abang dah. Hehe.

anak kedua irma hasmie

Suami Irma turut sama berkongsi gambar anak kedua mereka. Comel sangat-sangat. Macam emaknya.
anak kedua irma hasmie

Semoga si ‘baby girl’ akan membesar dengan sihat selepas ini. Tahniah Irma dan Redza Syah. Semoga dengan kehadiran si comel makin lengkap kehidupan sekeluarga anda. Tahniah.