Written by Bella | May 15th, 2018

Meskipun mendedahkan beberapa perkara yang agak mengejutkan rakyat Malaysia mengenai ibu mertuanya, Datin Seri Rosmah Mansur, penyanyi dan chef Datuk Fazley Yakoob serta isteri tercinta, Datin Azrene Ahmad sedikit pun tidak menyimpan sebarang rasa dendam dalam hati mereka terhadap wanita itu.

Sebelum ramai pihak yang salah faham dan mencetuskan spekulasi, Fazley menjelaskan beliau terpaksa berkongsi cerita sebenar tentang ibu mertuanya kerana ia adalah wasiat daripada arwah bapanya, Datuk Yaakob Mohammad dan sama sekali tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak.

Saya dan isteri tidak pernah menyimpan sebarang perasaan benci kerana sebagai anak dan menantu, beliau tetap ibu (mertua) dan ibu kandung kepada isteri saya. Selama 11 tahun kami berkahwin, kami sentiasa mendoakan agar hati beliau terbuka untuk menerima kami sekeluarga.

Sebenarnya pada saya, pengkongsian itu adalah tanggungjawab. Bukan sengaja nak cari salah atau membuka aib mana-mana pihak. Ia juga wasiat daripada arwah bapa yang meminta saya untuk menceritakan kebenaran mengenai saya, isteri dan arwah apabila apabila tiba masa yang sesuai. Saya rasa, sekarang adalah masa sesuai untuk berkongsi pengalaman kehidupan saya sekeluarga.

Terdahulu, perkongsian Fazley menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Malah,  ia seakan membuka pekung keluarganya sendiri. Setelah itu, Fazley didakwa mula tunjuk “alim” dan dilabel “fake” oleh sesetengah pihak apabila turut mendedikasikan ucapan khas buat ibu mertuanya dan memberitahu beliau selalu mendoakan kesejahteraan isteri bekas perdana menteri itu.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | May 14th, 2018

Pendedahan berani Datuk Fazley Yaakob mengenai ibu mertuanya minggu lalu nyata mengejutkan orang ramai sehingga ia menjadi viral di media sosial. Siapa sangka, beliau dan isteri Datin Azrene Ahmad menempuh pelbagai dugaan dan ujian selepas membuatkan keputusan untuk berkahwin meskipun pelbagai cubaan dilakukan untuk menutup periuk nasi mereka.

Walaubagaimanapun, Fazley tetap menyertakan ucapan buat ibu mertuanya itu bersempena dengan sambutan Hari Ibu pada tanggal 13 Mei lalu dalam satu dedikasi khas Hari Ibu untuk ibunya sendiri, ibu kepada anak-anaknya dan juga ibu mertua yang dimuat naik ke akaun Instagramnya.

Berbicara mengenai ibu mertuanya, Fazley tidak pernah berhenti berdoa agar wanita itu diberkati dan diberikan ketenangan. Apa pun yang berlaku, hubungan ibu dan anak tidak akan pernah terputus dan berharap satu hari nanti mereka dapat bertemu.

Rata-rata netizen memuji sikap Fazley dan isterinya yang baik hati serta tetap mendokan yang baik-baik sahaja meskipun pernah ditimpa dengan kesusahan.

Bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus dan sebagai anak kita tetap harus menghormati ibu dan bapa kita walau apa pun yang berlaku.

Written by Bella | May 11th, 2018

Chef Selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob mengejutkan seluruh rakyat Malaysia apabila membuat satu pendedahan yang mengejutkan dan cukup berani berkenaan dengan “si polan” yang juga ibu kepada isterinya Datin Azrene Ahmad. ( Kami rasa tentu anda tahu siapakah yang dimaksudkan oleh Fazley bukan).

Fazley menerusi akaun Instagramnya menyifatkan “si polan” seorang yang berhati syaitan dan mementingkan nafsu semata-mata serta kuasa.

Selepas sah berkahwin dengan Azrene, Fazley akui beliau dan keluarga menerima pelbagai dugaan serta ancaman daripada pihak “si polan” semata-mata untuk  menutup periuk nasi dan merosakkan nama baik keluarga mereka.

Rata-rata netizen sangat terkejut dengan luahan Fazley yang sudah lama terbuku dalam hatinya. Sudah bertahun lamanya memendam rasa dan akhirnya segalanya meledak kini. Apa-apa pun, kami mendoakan agar keluarga Fazley mendapat lindungan daripada Allah SWT dan semoga mereka dapat hidup dengan tenang.

Sumber Berita : Instagram Fazley Yaakob