Written by AbangNara | November 4th, 2015

Abang Nara kalau jadi Che Ta, memang tak tidur lena dibuatnya. Iyerlah, apa sahaja yang Che Ta lakukan, semua menjadi perhatian orang ramai dan menjadi topik perbualan. Hadiahkan anak sendiri rantai berlian pun orang cakap menunjuk, pergi bercuti ke luar negara pun dicop berlagak dan macam-macam lagilah. Senang cerita, insan bernama Che Ta ini dicemburui ramai mungkin kerana kejayaannya dalam semua bidang yang diceburi.

che ta

Sewajarnya kita menjadikan kejayaan Che Ta sebagai inspirasi untuk kita terus berusaha gigih agar satu masa nanti dapat mencapai tahapnya. Apa pun, Abang Nara respek dengan Che Ta yang menyatakan dirinya sudah kebal dengan kata-kata orang luar. Kata Che Ta:-

Saya tidak kisah langsung apa orang nak kata mengenai saya. Saya dikelilingi dinding-dinding positif saja. Jadi sesiapa yang mengata saya, apa yang mereka cakap itu akan pantul balik kepada mereka. Sekarang saya langsung tak terkesan dengan kenyataan mereka.

Apa orang nak kata, biarlah. Kita tak tahu sekuat mana kita selagi tidak melalui perkara itu. Sebenarnya saya kuat disebabkan pengalaman yang pernah saya lalui selama ini. Jadi perkara remeh seperti itu sudah tidak jadi masalah buat saya.

Mereka yang mengata saya meraikan sambutan hari lahir anak mesti iri hati. Ini kerana mungkin mereka tidak pernah diraikan ibu bapa mereka.

che ta

Fuh. Pedas sungguh ayat terakhir Che Ta itu. Secara jujur, kalau dah berduit dan ada kemampuan, tak salah rasanya untuk membuat parti hari lahir dan sebagainya sebagai tanda penghargaan serta kasih sayang kita. Kalau Che Ta pun buat sekadar kecil-kecilan, bila duit dia nak habis? Bagi can lah Che Ta buat ekstravaganza sikit, sesuai dengan statusnya sebagai selebriti. Kita yang peminat ini tak perlulah nak mengata lebih-lebih, sebaliknya tumpang bahagia dengan kegembiraan mereka sekeluarga. Tak gitu? Sumber Berita Harian.