Written by Bella | April 4th, 2017

Untuk berjaya didalam bidangĀ  hiburan seperti sekarang bukanlah satu perjalanan hidup yang mudah buat Ayda Jebat. Menurut Ayda, peminat juga memainkan peranan penting didalam kerjayanya.

Buat Ayda, ia bukanlah satu bebanan bagi dirinya apabila cuba untuk membalas setiap komen peminatnya di media sosial.

Kejayaan saya hari ini tidak syak diperoleh hasil berkat sokongan peminat, selain keluarga tercinta. Tidak sampai lima minit pun saya boleh membalas komen mereka. Daripada saya menulis komen tidak sepatutnya dan yang tak berfaedah, lebih baik saya balas komen peminat. Tindakan seperti itu sudah cukup membuatkan mereka gembira. Bukan rugi pun jika kita berbuat baik kepada orang.

Tambah beliau lagi, seseorang artis itu janganlah hanya mempergunakan peminat untuk membuatkan mereka menang didalam sesuatu anugerah sahaja.

Jangan menggunakan peminat ketika musim melobi untuk menang anugerah saja. Sayang saya kepada peminat seperti saya sayang dan cintakan keluarga sendiri.

Respek dengan Ayda yang tidak pernah melupakan setiap sokongan peminatnya meskipun sudah popular sekarang. Sikap seperti ini yang harus dicontohi oleh artis lain agar lebih menghargai peminat.

Sumber Berita : BH ONLINE