August 29th, 2019

Zul Ariffin, pelakon filem Sangkar yang kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia ini memaklumkan yang dia kini sedang berusaha untuk memastikan keadaan kewangannya stabil sebelum mendirikan rumahtangga. Bab ini Abang Nara nak bagi thumbs up kepada Zul. Sebagai seorang lelaki, Zul Ariffin menyedari bahawa dia bertanggungjawab untuk menyediakan segala kelengkapan rumah buat isteri dengan duit sendiri.

zul ariffin
Bukan bab kewangan sahaja, Zul Ariffin juga memaklumkan yang dia sedang melakukan perubahan diri untuk berubah menjadi baik, selaku bakal seorang ketua keluarga. Abang Nara respek dengan tekad pelakon ini. Bukan senang nak cari lelaki Melayu yang mempunyai kesedaran sebegini. Tipikal suami melayu yang Abang Nara baca di KRT selalunya duit nafkah pun tak bagi, siap pau duit isteri lagi untuk hidup hari-hari. Memang menyedihkan.

Saya tidak mahu pasangan teraniaya jika saya masih terbawa-bawa dengan perangai lama. Begitu juga dalam soal lakonan, saya perlu lebih selektif bagi menghormati perasaan pasangan. Banyak pengorbanan perlu saya lakukan sebagai persediaan menjadi suami.

Saya bukan jenis lelaki yang mengharapkan duit perempuan. Kalau boleh, saya mahu menyediakan kelengkapan rumah tangga dengan duit sendiri. Jadi, segala persediaan saya lakukan dari sekarang.

zul ariffin
Apa yang lebih mengujakan ialah apabila Zul Ariffin memaklumkan yang identiti bakal isterinya itu bakal mengejutkan orang ramai. Fuh!!! Adakah dia seorang artis luar negara? Adakah dia popular di laman sosial? Mungkinkah identitinya kita sudah ketahui cuma tak tahu yang dia adalah bakal isteri Zul Ariffin? Banyaknya persoalan yang perlu dirungkaikan.

Siapa gerangan bakal isteri, saya akan beritahu kelak. Tidak perlu berteka-teki kerana tiba masa saya akan perkenalkan kepada semua. Apa yang dapat dikatakan, gadis istimewa ini akan mengejutkan ramai.

Saya pandang tinggi soal perkahwinan dan mahu melangkah ke alam rumah tangga dengan penuh rasa tanggungjawab. Jadi, saya harus perbetulkan diri, termasuk menjauhi perkara yang tidak enak pada pandangan mata

zul ariffin

Sedikit nasihat buat Zul Ariffin dan para jejaka yang ingin berkahwin kelak, sesungguhnya alam perkahwinan adalah satu alam yang banyak rintangan, cabaran dan dugaan yang tak dijangka-jangka. Sebagai seorang lelaki, kita kena banyak bertolak ansur, memahami dan merendahkan ego. Bukan bermakna kita lemah, cuma kalau kita sayangkan isteri, tak perlulah benda-benda kecil pun nak gaduh. Yang penting, jangan sibuk nak menang dalam semua perkara. Tak ada apa yang rugi pun jika kita mengalah kepada si isteri tercinta. Tak gitu? Sumber Berita Harian.

October 15th, 2018

Selepas putus cinta dengan pelakon Zahirah Macwilson,  pelakon kacak berbadan sasa, Zul Ariffin terpalit dengan kontroversi panas apabila fotonya memadu asmara dengan seorang gadis di Phuket, Thailand mula tersebar.

Mengakui mengenali gadis tersebut yang bernama Tanya Glembotska ketika sama-sama menjalani latihan seni mempertahankan diri Muay Thai, Zul bagaimanapun sebelum ini tidak pernah berbicara mengenai status hubungan mereka.

Menerusi Hip Berita Harian, Zul seakan memberikan bayangan sedang rapat serta intim dengan Tanya. Bagaimanapun, hubungan mereka belum lagi sampai ke fasa bercinta.

Buat masa ini, hubungan kami hanyalah sebagai kawan dan bukannya pasangan bercinta. Dia seorang model dan juga jurulatih seni mempertahankan diri. Setakat ini, rasanya saya lebih selesa begini, iaitu sekadar berkawan dan tidak perlu terikat dengan rasa cinta. Walaupun dia bukan dalam kalangan orang industri, namun dia memahami cara kerja saya.

Terdahulu, gosip percintaan dan kontroversi antara Tanya dan Zul mula menjadi bualan hangat netizen selepas gadis itu memuat naik foto intim beliau sedang memeluk seorang lelaki yang mirip seperti  Zul di akaun Instagramnya dan turut ‘tatoo’ nama Zul di tangannya.

Sumber Berita & Foto : Berita Harian

August 6th, 2018

Hubungan Zahirah Macwilson dan Zul Ariffin sudah pun putus sejak beberapa bulan lalu. Macam-macam jugalah cerita yang keluar daripada Zul tentang sikap Zahirah terutama sekali mengenai isu ‘selfie’ ketika hari pemergian ibu tercinta aktor itu. Pada Zul apa yang dilakukan oleh bekas kekasihnya itu sangat tidak menghormati jenazah arwah ibunya dan menganggap Zahirah tidak layak untuk menjadi pasangan hidupnya.

Baru-baru ini, netizen mendakwa Zahirah ada memuat naik kenyataan di Instagram Stories yang seakan menyindir Zul mengenai kontroversi sedang intim dengan seorang gadis Ukraine yang seksi. Lebih panas lagi, Zahirah berkata individu itu seorang yang suka memutar belit sesuatu perkara, berlagak menjadi mangsa keadaan dan suka bermain cinta.

Pada masa yang sama, Zul juga dilihat seperti membalas kenyataan Zahirah itu. Zul berkata beliau tidak mempunyao masa untuk melayan ‘budak-budak’ yang ingin mendapatkan perhatian dan meminta agar individu yang dimaksudkan itu meneruskan kehidupannya.

Namun, Zahirah menerusi portal mStar Online memaklumkan beliau sama sekali tiada niat untuk menyindir sesiapa pun. Apa yang dimuat naik oleh beliau hanyalah berkaitan dengan drama Jangan Benci Cintaku.

Yer ke (reaksi Zul), tak tahu pula. Kelakar juga dengarnya, apa yang saya cakap pasal twist dan ungkit-ungkit itu hanya untuk promo drama Jangan Benci Cintaku sahaja.

Kami tidak mahu komen apa-apa kerana kenyataan Zahirah itu boleh sahaja dilihat daripada pelbagai sudut bergantung kepada tafsiran dan pemikiran seseorang.

Sumber Berita : mStar Online

August 1st, 2018

Hangat dengan gosip sedang bercinta dengan gadis Ukraine, yang berada di Phuket Thailand dan tersebarnya foto intim mereka berdua dan juga foto membuktikan mereka berada di lokasi dan masa yang sama, pelakon Zul Ariffin tampil menjawab segala spekulasi yang timbul.

Tidak mengiyakan ataupun menafikan khabar mereka mempunyai hubungan istimewa, Zul bagaimanapun mengakui mengenali gadis tersebut yang bernama Tanya Glembotska ketika sama-sama menjalani latihan seni mempertahankan diri Muay Thai.

Tak ada lah, mana ada. Saya bercutilah, saya pergi training. Tak ada apapun, saya tiada komen berhubung perkara itu. Ya, saya kenal wanita itu di sana ketika menjalani latihan bersama-sama. Saya layan dia seperti orang lain. Benda mudah, kalau saya berkata sesuatu orang akan meletakkan pelbagai tanggapan dan menghukum saya, perkara baik atau buruk tak membezakan apa-apa.

Jadi saya hanya biarkan apa yang mereka hendak fikirkan dan akan terus berdiam diri sebab kalau saya komen kiri atau kanan tak ada bezanya.  Mereka tak tahu apa-apa jadi mereka akan terus membuat pelbagai tanggapan.

Mengenali Zul beliau memang seorang yang tidak gemar menjaja cerita cintanya dengan umum. Nampaknya status hubungan mereka masih belum terjawab dan Zul hanya membiarkan masa sahaja yang memberikan jawapan kepada semua persoalan yang timbul. Psst, kalau dah sampai ada ‘tattoo’ nama Zul, mestilah beliau bermakna dalam kehidupan gadis tersebut kan? Eh..

Sumber Berita : Astro Gempak