Written by AbangNara | May 15th, 2014

Peminat adalah segalanya bagi seorang selebriti. Jatuh bangun dan populariti seorang selebriti itu bergantung kepada sokongan para peminatnya. Namun dengan kemodenan dan teknologi yang semakin canggih, kadangkala para peminat lebih banyak menjatuhkan daripada menaikkan nama seorang selebriti menerusi komen-komen di laman sosial. Mungkin kerana itu Tasha Shilla enggan untuk menjaga hati peminatnya yang hanya tahu memberi komen negatif di akaun Instagram miliknya.

tasha shilla

Kata Tasha Shilla menerusi MalaysianDigest:-

Tak dinafi, saya memang tertekan dengan komen-komen negatif mereka. Jadi saya terpaksa saya block kerana bersikap kurang ajar mereka. Saya tidak perlu untuk jaga hati peminat, kalau mereka betul peminat saya mereka akan menerima saya seadanya. Mereka sepatutnya memahami dan bukan mengawal hubungan saya. Syukur, keluarga merestui hubungan kami dan itu sudah cukup.

tasha shilla

Biasalah kadang-kadang peminat “over” dan terlebih mengambil berat akan kehidupan seorang selebriti lebih-lebih lagi dalam bab percintaan. Ini kerana peminat mahukan yang terbaik untuk selebriti itu. Bila bercinta, memang semua orang akan buta mata. Jadi kehadiran peminat sedikit sebanyak boleh “check and balance“. Mungkin ada pendapat yang boleh diterima dan ada yang boleh dibuang. Pastinya Tasha Shilla tahu yang terbaik buat dirinya kerana yang bercinta bukannya orang lain, tapi diri sendiri. Tak gitu?

Written by AbangNara | May 12th, 2014

Fuh. Romantis sungguh kata-kata yang terkeluar daripada mulut Tasha Shilla mengenai hubungan percintaannya dengan Han Chen Wong. Kalau selama ini Tasha merahsiakan hubungan mereka, kali ini menerusi BiPop, Tasha mengakui dirinya tidak pernah rasa sebahagia ini sebelum bertemu Han. Senang cerita, memang Tasha sedang mabuk dilamun cinta peninju Muay Thai berbangsa Cina ini.

tasha shilla hans chen wong

Sering menemani Tasha Shilla ke mana-mana, Hans baru berusia 24 tahun dan hubungan mereka berdua sudah pun mencecah 8 bulan. Menurut perancangan, Tasha dan Han bakal mendirikan rumahtangga tahun hadapan. Abang Nara sendiri dapat merasakan kebahagiaan yang sedang dikecapi Tasha apabila membaca kata-katanya:-

Saya tidak pernah rasa sebahagia ini. Dulu saya akui pernah berkawan dengan beberapa lelaki, tetapi perasaan cinta tidak pernah wujud. Mahu mengaku bercinta pun mulut saya berat mahu menyatakannya. Hari ini saya tidak malu berbicara soal hati, sememangnya saya dilamun cinta. Cinta yang tulus dan ikhlas.

Saya jatuh cinta dan ingin hidup bersamanya. Saya tidak mampu membohongi hati dan perasaan saya. Kali pertama bertemu, saya suka dengan sikapnya yang cool. Saya mengenali Han menerusi seorang teman, kami bertemu di satu lokasi bersama rakan-rakan tahun lalu.

Ketika kali pertama bertemu, saya sudah bertanya adakah dia ingin memeluk Islam? Han dengan jujurnya cakap OK. Saya bukannya apa, saya sudah malas buang masa nak bercinta tapi hubungan tiada hala tuju. Awalnya hubungan kami tidaklah serius sangat, tapi apabila semakin mengenali, saya makin jatuh cinta dengan keperibadiannya.

tasha shilla hans chen wong

Romantik juga Tasha Shilla ini kan? Hehehe. Memang kembang hidung Han kalau membaca kata-kata pujian daripada kekasihnya itu. Menariknya Han rupa-rupanya tidak mengetahui yang Tasha Shilla merupakan seorang selebriti. Terang Tasha lagi:-

Han tidak mengetahui saya seorang selebriti ketika kali pertama kami bertemu. Ketika itu Hans baru saja pulang ke Malaysia selepas 2 tahun tinggal di Bangkok dan Phuket. Apabila temannya memberitahu, dia terus cari nama saya dalam carian Google. Di situ dia tahu siapa saya dan cerita kontroversi yang pernah menghimpit saya.

Bagaimanapun Han tidak kisah. Saya sudah menerangkan padanya satu persatu. Dari kisah dituduh gadis liar, dikaitkan dengan lelaki itu dan ini serta paling teruk, difitnah kena tangkap khalwat, semuanya Han tahu. Maklumlah perjalanan kerjaya saya tidak pernah sunyi daripada kontroversi.

tasha shilla hans chen wong

Baguslah sudah tiada rahsia antara Tasha dan Hans. Hubungan percintaan sememangnya harus begitu. Abang Nara gembira apabila Tasha nampak bahagia bersama Han. Bukan senang nak menjumpai cinta sejati. Semoga hubungan Tasha dan Hans akan berjaya ke jinjang pelamin seperti yang diimpikan. Pasti ramai yang tak sabar mahu melihat Tasha bersanding bersama Han. Tak sabar rasanya nak tunggu tahun depan.

P.S: Lukisan yang sangat realistik daripada Ivan Hoo

Written by AbangNara | March 17th, 2014

Memang ramai yang terkejut apabila gambar-gambar Tasha Shilla bersama kekasihnya, Hans mula hilang daripada akaun Instagram pelakon tersebut baru-baru ini. Selalu kalau buang gambar ini satu je puncanya, iaitu perpisahan melanda. Abang Nara pasti ada jejaka di luar sana yang sudah berbunga hati untuk mengorat Tasha Shilla, namun simpan sahaja hasrat anda kerana mereka berdua masih lagi bersama.

tasha shilla dan hans

Berkata kepada Harian Metro hari ini, Tasha memaklumkan langkahnya membuang gambar bersama Hans kerana seringkali menerima komen negatif. Kata Tasha:-

Sebelum ini gambar yang kami muat naik banyak menerima komen negatif. Belajar daripada kesilapan itu, kami sepakat berhenti muat naik gambar berdua sejak minggu lalu. Niat kami mahu elak terus dikecam, tak sangka pula timbul cerita kami sudah berpisah. Banyak benda yang perlu ditapis dan mana gambar yang boleh mengundang persepsi dan komen negatif perlu dielakkan

tasha shilla dan hans

Bagi Abang Nara, tak kongsi gambar di Instagram pun tak apa asalkan anda berdua tahu hubungan masih ok. Kadang-kadang dalam bercinta ini lagi manis tak tunjukkan kesemuanya kepada orang ramai. Simpan sedikit untuk diri sendiri. Biarlah orang nak kata apa, yang penting kita tahu tahap cinta kita. Tak gitu?

Written by AbangNara | February 11th, 2014

Macam-macam sungguh perkara yang terjadi di Anugerah MeleTOP. Hadir dengan kekasih “Muay Thai”nya, Tasha Shilla didakwa bercumbuan di khalayak ramai. Mereka berdua dikatakan berciuman tanpa mengendahkan orang ramai ketika berlangsungnya majlis ini. Macam tak logik bukan? Takkanlah Tasha Shilla dan kekasihnya tak boleh berfikir untuk melakukan perbuatan sebegitu dengan sebegitu ramai orang memandang.

tasha shilla

Berkata kepada Harian Metro hari ini, Tasha Shilla menerangkan yang dirinya masih waras dan sensitif untuk tidak melakukan perbuatan sumbang sebegitu. Kata Tasha Shilla:-

Takkan saya bercium depan orang dalam majlis macam itu? Saya ini masih waras dan sensitif lagilah untuk buat benda macam itu. Takkanlah di acara macam itu dan depan khalayak pulak saya nak buat begitu?

Cukup-cukuplah (menuduh). Susah kalau orang mulut tempayan memang payah nak tutup, ada saja benda nak ditimbulkan. Saya sentiasa sedar dan peka batas-batas agama dan status sebagai selebriti.

Saya sendiri tak tahu atau perasaan jika bercium dengan Han (dalam majlis) tapi secara logik, takkan nak buat macam itu.

tasha shillaSementara itu Tasha Shilla juga menafikan yang dia sengaja menonjolkan punggung dan buah dadanya dengan memakai “padding”. Nampak gaya memang “original”lah Tasha Shilla punya. Untunglah Han. Hehehe. Dapat awek badan terbaik punya. Hehehe.

P.S: Selfie hilangkan keyakinan diri