September 11th, 2015

Selepas beberapa kali gagal dalam percintaan sebelum ini, Nad Zainal kali ini menyimpan hasrat yang tinggi agar hubungan beliau bersama kekasih baharunya, Faliq akan berakhir di jinjang pelamin.

Buat Nad, Faliq seorang yang tidak suka mengawal apa sahaja yang beliau ingin lakukan selain memahami dirinya dengan baik. Malah, mereka turut merencana untuk berkahwin.

Memang saya sudah lama bersedia untuk berumah tangga. Namun saya sering gagal sebelum ini. Justeru, saya sangat berharap semua pihak mendiakan hubungan kami ke jinjang pelamin. Saya juga berharap nama juga akan bersih daripada segala kontroversi selepas berkahwin nanti.

Walaubagaimanapun, Nad menjelaskan beliau dan pasangan masih belum menetapkan sebarang tarikh bagi majlis tersebut. Jika tiada apa yang menghalang, mungkin mereka akan berkahwin sekitar tahun depan.

Buat masa ini, kami masih belum menetapkan tarikh untuk berkahwin kerana masih dalam perancangan lagi. Insya-Allah, jika berjalan lancar, mungkin ia akan berlangsung pada tahun depan.

Harapnya apa yang dirancang oleh Nad Zainal dan kekasih berjalan dengan lancar. Rasanya pengalaman lalu sudah buat Nad lebih matang dalam hubungan, lebih indah juga kalau bercinta selepas kahwin.

Sumber Berita: Malaysian Digest

August 19th, 2015

Nad Zainal sebelum ini pernah memberitahu seakan merasa serik untuk bercinta selepas beberapa kali gagal dalam percintaan. Namun, tiada siapa yang boleh menolak ketentuan takdir dan peminat sudah boleh menghidu beliau sedang bercinta apatah lagi selepas gosip beliau memuat naik foto berlaga pipi bersama seorang lelaki tersebar di Internet.

Malah, dalam kenyataan terbaru Nad beliau akhirnya mengakui sudah mempunyai kekasih baharu yang merupakan seorang pelajar senior di Aswara. Hubungan mereka sebenarnya sudah terjalin hampir setahun lamanya.

Ya, saya sudah jadi milik orang. Saya sudah ada teman baharu. Tapi dia orang biasa sahaja. Bukan pelakon. Hanya bekerja di belakang tabir. Tidak sangka selepas tujuh tahun berkawan, akhirnya dia mahu menjadikan saya kekasihnya.

Sebenarnya bukan mudah untuk Nad melangkah ke alam percintaan sekali lagi, kali ini beliau lebih berhati-hati dalam memilih jejaka yang sesuai buatnya kerana sudah serik untuk menyulam cinta dengan mereka yang bergelar pelakon lagi.

Buat Nad, kekasihnya kini seorang yang sangat memahami dan sama sekali tidak mengawal apa sahaja yang beliau ingin lakukan.

Orang biasa lagi senang. Tidak banyak kerenah. Kekasih saya sangat memahami dan tidak mengawal segala pergerakan.Masing-masing faham dan sibuk dengan tugas sendiri.

Nad juga berharap agar hubungan beliau kali ini akan berkekalan dan mungkin lebih baik seperti sebelumnya. Pada masa yang sama, Nad juga mengakui tidak kisah jika beliau ditawarkan untuk berlakon bersama bekas kekasihnya satu hari nanti.

Semua orang mahukan hubungan yang berkekalan, apa yang penting belajar lah daripada kesilapan lalu agar ia tidak berulang lagi. Semoga percintaan kali ini kekal sehingga jinjang pelamin.

Sumber Berita: Utusan Online

June 19th, 2015

Baru-baru ini satu foto mesra Nad Zainal dan kekasihnya berlaga pipi di Instagram telah mengundang beberapa kritikan panas kerana dianggap kurang manis untuk menonjolkan aksi sebegitu kepada umum. Selepas itu  Nad bertindak untuk memadam foto itu bagi menghentikan komen-komen negatif oleh pengikut beliau terhadap jejaka tersebut.

Mahu menjernihkan keadaan, Nad menjelaskan lelaki  itu bukanlah kekasihnya seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Jejaka tersebut cuma kenalan lama beliau ketika sama-sama menuntut di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Saya akui itu kesilapan apabila termuat naik gambar itu dan tidak sangka ia undang banyak komen negatif sehingga saya rasa bersalah dan kasihannya. Dia tahu yang saya muat naik gambar itu dan dia pun beritahu yang dia okay. Namun, mungkin dia berkata begitu sebab mahu jaga hati saya.

Saya tidak mahu dia berterusan terima kritikan sekaligus tak mahu jejaskan persahabatan kami. Jadi, jalan terbaik elok saya padamkan saja gambar itu dan selepas ini saya akan lebih berhati-hati.

Dalam pada itu, Nad menyatakan buat masa ini beliau  tidak mahu bercerita lebih akan hubungannya bersama lelaki itu yang merupakan seorang kru di belakang tabir sebuah produksi kerana mereka hanya bersahabat.

Saya tak boleh nak ‘declare’ apa-apa buat masa ini sebab kami hanya berkawan. Lagipun takut tak jadi. Sebenarnya, ketika di Aswara dulu kami satu geng termasuk juga Sherry Alhadad yang juga kawan dalam kumpulan saya. Agak lama kami tidak berjumpa tetapi beberapa bulan lalu kami berjumpa semula.

Nad Zainal pun sudah mengakui kesilapan beliau memuat naik foto tersebut, jadi tak perlu kita memberikan komen negatif terhadap beliau. Tapi kalau boleh, jagalah batasan diantara lelaki dan perempuan agar ia tidak mengundang fitnah.

Sumber Berita: Malaysian Digest

 

 

 

 

June 15th, 2015

Pelakon Nad Zainal yang sebelum ini memuat naik foto mesra berlaga pipi bersama kekasihnya di Instagram telah bertindak untuk memadam foto tersebut setelah menerima pelbagai reaksi daripada pengikut beliau di Instagram.

Malah ada kenalan Nad memberitahu bahawa jejaka yang dikenali dengan nama Faliq itu seorang kaki perempuan dan kelakuan pelakon tersebut yang dahulunya sopan santun telah berubah sejak beliau mula rapat dengan Faliq juga seorang penuntut di Akademi Seni Budaya Dan Warisan  Kebangsaan (Aswara) bersama-sama Nad satu ketika dahulu.

Mungkin peminat kurang selesa dengan foto mesra Nad lalu membuatkan mereka untuk memberikan pelbagai komen. Berikutan dengan dakwaan bahawa perangai Nad yang sudah jauh berbeza,  kami rasa  beliau sudah boleh berfikir dengan matang untuk mengikut mana yang baik dan buruk.  Janganlah terbawa-bawa dengan perasaan cinta, bukankah Nad sendiri pernah menyatakan mahu fokus pada kerjaya terlebih dahulu?

Sumber Berita: Astro Gempak