Written by AbangNara | December 19th, 2013

Milik siapakah gadis ini…. Ingin aku mencurahkan kasih….” Kalau dengar lagu ini sambil menatap wajah comel Emma Maembong bertudung, memang boleh bikin jatuh cinta. Serius comel sangat-sangat. Memang beruntung sungguh Zizan Razak sekiranya ditakdirkan Emma menjadi isterinya. Mana nak cari bini yang comel macam ini weii ~~

emma maembong

Kalau Zizan taknak, Abang Nara pasti ramai yang sedang menunggu giliran untuk masuk line. Hehehe. Walaupun belum berhijrah sepenuhnya, Emma semenjak dua ini memang sering berkongsi gambarnya bertudung. Sama-samala kita doakan agar dalam masa terdekat ini hati Emma terbuka untuk bertudung buat selama-lamanya.

emma maembong

Bulu mata Emma Maembong tue memang boleh mencantikkan lagi wajahnya. Panjang kot. Lagi beberapa gambar Emma Maembong manis bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Emma Maembong.

 
Written by AbangNara | November 20th, 2013

Wow. Abang Nara kagum dengan hasil risikan serta kajian yang dilakukan oleh peminat-peminat Zizan Razak dan Emma Maembong yang mahukan 2 selebriti ini bercinta. Menerusi akaun Instagram ZizanEmmaLoveStory, banyak bukti-bukti yang dikongsikan memperkuatkan lagi khabar angin yang mereka berdua ini sedang dilamun angin cinta. Benar atau tidak? Hanya Zizan dan Emma sahaja yang tahu.

zizan dan emma maembong

Antara “hint” yang terbaru ialah apabila konsert akhir AF2013 berlangsung, Emma telah pun memberikan kata-kata perangsang kepada Zizan yang mengacarakan program realiti tersebut. Kedua-duanya menggunakan simbol “love” ketika berbalas mesej di Twitter. Sweet bukan?

zizan dan emma maembong

Malah Zizan juga pernah menulis “Miss you sayang” menerusi akaun Twitternya. Tidak lama selepas itu, Emma Maembong turut sama menulis status yang sama. Perkara-perkara kecil seperti ini telah berjaya dikesan oleh para peminat mereka menguatkan lagi anggapan ramai yang mereka berdua benar-benar bercinta.

zizan dan emma maembong

Abang Nara pasti ramai yang gembira dan terharu sekiranya Zizan atau Emma membuat pengakuan mengenai status masing-masing. Zizan sudah tentu antara jejaka yang dikejar ramai sementara Emma pula antara “hot girl” di dalam dunia hiburan. Abang Nara suka kalau mereka benar-benar bercinta. Memang padan, memang sama cantik sama kacak dan memang sama comel.

zizan dan emma maembong

Sama-samalah kita nantikan sama ada akan ada pengakuan daripada mereka berdua dalam masa yang terdekat ini. Buat masa ini, layankan lagi beberapa keping gambar mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

zizan dan emma maembong

P.S: Harga runtuh tahap maksimum daripada Ryaniez Moments Photography. Kalau anda nak berkahwin ketika musim cuti sekolah ini dan masih belum ada jurukamera, sila dapatkan khidmat mereka. Dijamin profesional, berkualiti dan harga berpatutan. Tak percaya? Tanya sendiri dengan PM mereka di Facebook Ryaniez Moments Photography atau SMS/Whatsapp nombor di atas. Memang thorrbaek!!!

 
Written by AbangNara | October 6th, 2012

Seperti yang telah diagak oleh segelintir pembaca BeautifulNara, Emma Maembong hari ini menjelaskan yang gambarnya berpelukan dan berciuman dengan seorang lelaki adalah gambar lama. Menurut Emma, gambar-gambar tersebut diambil ketika dirinya berusia 14, 15 tahun bersama kekasihnya. emma maembong

Emma Maembong mengakui yang gambar-gambar itu adalah satu kesilapan buat dirinya. Kata Emma kepada portal Murai:-

Memang semua itu gambar saya bersama kekasih tetapi gambar itu diambil ketika saya berusia 14 dan 15 tahun. Saya akui ketika itu saya berkelakuan sebegitu disebabkan culture shocked bila baru saja mengenal dunia. Saya akui gambar itu satu kesilapan dan saya anggap itu semua kisah silam saya yang saya tidak perlu ulangi lagi kerana saya kini sudah berubah. Saya kesal apabila gambar itu tersebar di waktu saya baru sahaja hendak menempa nama dalam industri, saya anggap ini dugaan dan pasrah dengan apa yang berlaku.

emma maembong

Yang penting, Emma memberitahu yang dirinya kini sudah berubah dan berharap agar peminat tidak menghukumnya berdasarkan kisah silamnya dulu. Kata Emma:-

Orang akan lihat saya seolah-oleh seperti perempuan sosial tetapi hakitkatnya saya hanya berpakaian seksi dengan memakai seluar pendek dan bercium serta berpeluk sahaja. Tiada apa yang perlu diperbesarkan. Malah saya berpeluk dan bercium dengan seorang lelaki yang sama iaitu kekasih saya sahaja. Saya dan kekasih saya sudah berkawan sejak dari sekolah lagi, namun kami sudah pun menjalinkan hubungan cinta yang serius sejak dua tahun yang lalu. Lagipun kini saya sudah berubah dan telah pun cuba berubah dengan tidak lagi memakai pakaian seksi serta tidak beraksi seperti di dalam foto itu lagi. Hukumlah diri saya sekarang, bukan hukum kisah silam saya.

Kepada jejaka yang ada menaruh hati terhadap Emma Maembong, lupakanlah saja hasrat anda itu. Hati Emma sudah dimiliki oleh jejaka yang dikenali dengan nama Adi Zaim. Kepada Emma, lupakan kontroversi ini dan berusahalah untuk memajukan diri dari segi lakonan. Anggap sahaja ini asam garam apabila bergelar selebriti.

P.S: Letusan gunung berapi.