October 23rd, 2015

Argh!!! Romantik juga Nora Danish ini rupanya. Abang Nara pasti ramai jejaka di luar sana yang kecewa apabila membaca kenyataan terbaru pelakon comel ini. Umum mengetahui yang Nora Danish sudah pun berpisah dengan Nedim Nazri. Namun baru-baru ini mereka berdua telah bertemu kembali di Bali kerana menyambut hari  jadi rakan mereka. Ketika pertemuan tersebut, ada sesuatu yang telah Nora Danish rasai. Jeng, jeng, jeng.

nora danish

Mengakui ada yang cuba mengorat dirinya, Nora Danish memaklumkan yang hatinya tidak terbuka untuk lelaki lain. Kata Nora:-

Saya dengan Nedim telah bercinta selama tiga tahun, satu tempoh lama dan ia sebuah hubungan yang cukup manis. Kami berpisah bukan untuk mencari pengganti, itu sahaja yang boleh saya katakan.

Sudah dua bulan lebih saya solo sebelum kembali bertemu Nedim di Bali. Memang, ada yang mencuba nasib untuk berkenalan dengan saya, tetapi saya tidak terbuka hati untuk lelaki lain. Apabila bertemu semula dengan Nedim di Bali barulah saya tahu, hati saya hanya untuk dia.

Saya dengan dia sudah sepakat untuk kekal bersahabat baik dan jika hubungan kami menuju ke pintu perkahwinan, kami tidak menolak. Tambahan pula, punca permasalahan yang menjadi faktor perpisahan sementara kami baru-baru ini sudah hampir selesai.

nora nedim

Hati saya hanya untuk dia“. Fuh!!! Bayangkan kalau Nora Danish meluahkan kata-kata itu kepada anda. Pasti berbunga-bunga dibuatnya. Untunglah Nedim kerana ada seorang wanita cantik seperti Nora Danish yang setia menantinya. Semoga perhubungan ini tidak disia-siakan. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan Nora dan Nedim. Tak sabar nak melihat mereka bersanding di atas pelamin. Sumber Kosmo.

garcia kitchen

lazat yang amat sandwich Garsa Kitchen nie

P.S: Semalam wife Abang Nara order sandwich daripada Garsa Kitchen. Pagi nie kitaorang sarapan makan sandwich nie. Memang sedap sangat-sangat. Yang penting, isi dalam sandwich (homemade) nie memang banyak. Tak kedekut. Boleh buat penghantaran ke rumah dan juga ofis. Sandwich ini hanya akan dibuat bila ada order so memang fresh. Sekali cuba, memang confirm order lagi. Sila buat pesanan hari ini  juga dengan menelefon/Whatsapp 011-3291 6119. Boleh juga follow Instagram @garsa.kitchen dan LIKE Facebook Garsa Kitchen.

Advertisement
December 10th, 2013

Hujung tahun sememangnya masa terbaik untuk bercuti bersama orang tercinta dan rakan-rakan rapat. Setelah terbang ke Eropah baru-baru ini, sekali lagi Nora Danish, Nadeem dan rakan-rakan mereka yang diberi nama “Dimorian Crew” melancong ke Thailand bersama-sama. Tentu havoc dan seronok sangat!!!

nora danish dan rakan rakan

Paling cool dan stylo apabila kesemua yang terlibat di dalam trip ini memakai baju T-shirt yang dicetak dengan wajah Nadeem. Memang sempoi habis. Nampak gaya perancangan untuk percutian ini telah dilakukan lama. Pasti seronok dapat berehat bersama rakan-rakan yang sekepala.

nora danish dan rakan rakan

Semoga Nora Danish, Nadeem dan Dimorian Crew selamat pulang ke Malaysia kelak. Jangan nakal-nakal sangat di negara orang. Keselamatan harus dijaga. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

nora danish dan rakan rakan
nora danish dan rakan rakan
nora danish dan rakan rakan
nora danish dan rakan rakan
nora danish dan rakan rakan
nora danish dan rakan rakan

Advertisement
October 21st, 2013

Waaaa ~~~ Seronoknya melihat gambar Nora Danish dan Nadeem di Eropah. Khabarnya Nora Danish menemani Nadeem ke sana atas urusan perniagaan dan bertemu sepupu Nadeem. Untunglah Nora Danish ada kawan yang sebaik Nadeem. Semoga daripada “kawan” akan bertukar menjadi “sayang” suatu hari nanti.

nora danish nadeem

Semenjak kebelakangan ini seperti yang anda ketahui Nora Danish memang sering berkongsi gambarnya bersama Nadeem di Instagram. Berkata kepada Berita Harian, Nora memberitahu tujuannya melakukan perkara ini kerana tidak mahu dikaitkan dengan lelaki lain. Adakah ini maksudnya Nora sudah menjadi milik Nadeem? Kata Nora Danish:-

Sebelum ini, Nora sering menjadi mangsa gosip dengan ramai lelaki. Setiap kali Nora berlakon dengan artis lelaki, pasti akan timbul gosip kami bercinta. Dengan Adi Putra, Shaheizy Samlah… Tapi semuanya itu tidak benar.

Jadi apabila Nora letak gambar bersama Nedim, Nora harap semua orang faham dan tak kaitkan Nora dengan mana-mana lelaki lagi. Bagaimanapun, Nora tak suka guna istilah bercinta tetapi lebih selesa mengatakan Nedim adalah teman rapat Nora

nora danish nadeem

Nadeem seharusnya bijak membaca “between the lines” ayat-ayat daripada Nora Danish di atas. Nampak macam Nora sudah bagi “green light” buat Nadeem. Diharap Nadeem tidak mempersia-siakan peluang ini. Awek secantik Nora Danish bukannya mudah dicari. Lagipun status Nadeem dan Nora yang single pastinya memudahkan lagi urusan sekiranya mahu melangkah ke hubungan yang lebih serius.

nora danish nadeem

Apa pun semoga Nora dan Nadeem menikmati waktu-waktu bersama di Eropah. Sila jalan puas-puas. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

nora danish nadeem
nora danish nadeem
nora danish nadeem
nora danish nadeem
nora danish nadeem
nora danish nadeem
nora danish nadeem
nora danish nadeem
nora danish nadeem
nora danish nadeem
nora danish nadeem
nora danish nadeem
nora danish nadeem
nora danish nadeem
nora danish nadeem
nora danish nadeem
nora danish nadeem

Advertisement
August 15th, 2013

Pastinya ramai lelaki-lelaki di luar sana yang sedang meraung kesedihan membaca berita ini. Nampak gayanya hubungan Nora Danish dan Nedim Nazri yang merupakan anak kepada seorang menteri kelihatan seperti sedang masuk ke fasa yang lebih serius. Mereka telah pun bercuti di Bali bersama ditemani dengan ahli-ahli keluarga terapat Nora.

nora dan nedim

Kemesraan mereka berdua jelas terserlah menerusi gambar-gambar yang telah dikongsikan oleh Nora Danish di akaun Instagramnya. Kalau benar-benar sudah jatuh cinta sesama sendiri, apa salahnya kan? Rayqal pun nampaknya mesra dengan Nedim. Senang cerita, macam sudah terbuka pintu yang luas untuk mereka lebih serius dengan hubungan mereka.

nora dan nedim

Apa kata anda? Sesuai atau tidak Nora jika bercinta dengan Nedim? Nama kedua-duanya bermula dengan pangkal huruf “N”. Kalau hantar kad kahwin, memang cantik dah tue. Hehehe. Lagi beberapa keping gambar mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

nora dan nedim
nora dan nedim
nora dan nedim
nora dan nedim
nora dan nedim
nora dan nedim
nora dan nedim
nora dan nedim

Advertisement