March 19th, 2018

Pelakon cantik manis Nelydia Senrose mengakui beliau kini sedang berkawan rapat dengan seorang jutawan muda yang dikenali sebagai Mr H. Mereka sudah beberapa bulan berkenalan dan kini dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing.

Nelydia bagaimanapun tidak menolak andainya  beliau dan Mr H ditakdirkan mempunyai jodoh sehingga ke jenjang pelamin dan meminta peminat mendoakan yang terbaik buat mereka.

Saya memang berkawan dengannya, tetapi sejauh mana hubungan kami saya tak mahu komen lebih. Cuma saya mohon doakan jodoh yang terbaik untuk saya. Jika sudah ditakdirkan dan kami ada jodoh, saya memang nak akhiri zaman bujang. Bagaimanapun buat masa ini, saya tidak mahu ulas panjang kerana tidak mahu kisah cinta tidak kesampaian berulang kembali.

Terdahulu, Nelydia dikatakan sudah bertemu cinta baharu apabila foto mesranya berpelukan bersama Mr H mula tersebar di media sosial sekitar minggu lalu.

Sumber Berita : Harian Metro

February 23rd, 2016

Agak terkejut juga apabila kami membaca satu artikel menerusi ruangan BiPop di Berita Harian dimana ada pihak yang mengatakan Nelydia Senrose kini sedang hangat bercinta dengan seorang ahli perniagaan.

Nelydia juga pernah menerima hadiah kereta mewah pemberian kekasihnya itu.

Menurut laporan itu lagi, Nelydia dan ahli perniagaan berkenaan berkenalan sewaktu beliau masih lagi bercinta dengan Qi.  Namun, identiti kekasih baharu Nelydia itu masih lagi rahsia meskipun sudah menjalinkan hubungan sejak bulan Ogos 2015.

Walaubagaimanapun kebenaran cerita ini masih belum dapat dipastikan lagi. Jika benar, memang bertuah sungguh Nelydia dapat seorang jejaka yang cukup “bermurah hati” dan memanjakan beliau dengan hadiah istimewa. Apa-apa pun kita tunggu sahaja penjelasan lanjut daripada Nelydia nanti.

Sumber Berita : Berita Harian