Written by Bella | August 4th, 2015

Kemesraan yang terjalin antara Zulin Aziz dan Ariz Forteen sebelum ini dikritik ramai sehinggakan ada di kalangan peminat Ariz yang mengatkan Zulin telah menggunakan khidmat bomoh untuk memikat hati ahli kumpulan Forteen tersebut.

Walaubagaimanapun, itu cumah satu fitnah yang sengaja di sebarkan untuk menjatuhkan maruah Zulin bahkan beliau sendiri telah menafikan perkara tersebut.  Mestilah mereka yang memfitnah tu tidak boleh terima hakikat bahawa seorang jejaka kacak iaitu artis pujaan mereka dengan wanita berbadan gempal bukan?

Meskipun sering meluangkan masa bersama, sehingga kini baik Zulin mahupun Ariz kedua-duanya tidak mengaku mempunyai hubungan cinta dan hanya sekadar teman rapat.

Mungkin mereka berdua belum lagi selesa untuk melabelkan hubungan mereka sebagai satu hubungan yang istimewa.  Tetapi kalau ada jodoh mereka siapa yang tahu? Kadang-kala seseorang lelaki itu terpikat dengan wanita bukan kerana rupa parasnya tetapi budi pekerti yang mungkin tidak ada pada wanita lain.

Written by Bella | June 25th, 2015

 Susulan berita Zulin Aziz yang diganggu dan dituduh menggunakan bomoh untuk memikat hati Ariz Forteen, penyanyi kumpulan itu mengakui beliau turut diganggu oleh wanita misteri  apabila bertindak untuk memberikan komen yang boleh menjatuhkan reputasinya sebagai seorang selebriti.

Malah, wanita misteri itu pernah menghubungi beliau dan tidak bercakap sepatah perkataan selain mengugut untuk meludah muka Ariz sekiranya berjumpa di luar.

Saya pun pelik dan terkejut, wanita yang sama juga pernah menghubungi saya tetapi bila bercakap di talian dia diam dan tak bercakap apa-apa.Kehidupan saya ini diganggu berlarutan hampir 3 tahun, sehinggalah sampai satu tahap saya buat tak tahu, dia mesej saya yang berbunyi ‘kalau aku jumpa kau di luar, aku ludah muka ko’.

Ariz menyifatkan wanita itu sebagai seorang yang psiko dan turut akan mengganggu ahli Forteen yang lain apabila tidak berpuas hati dengan beliau. Namun, Ariz sedar perkara seperti ini adalah harga yang perlu dibayar olehnya saat bergelar seorang artis.

Saya pun tak tahu kenapa, saya ni baik hati sangat tak buat laporan polis  mengenai kes ini, sebelum ini kalau dia tak puas hati ganggu saya, dia akan ganggu ahli forteen yang lain. Orang yang sama juga akan komen dekat Instagram Amir dan Wan cakap yang bukan-bukan, saya agak trauma tetapi inilah harga  yang saya perlu bayar untuk bergelar selebriti, sabar sahajalah yang mampu saya buat.

Ya memang ada risiko untuk berhadapan dengan perkara ini apabila memilih jalan untuk bergelar seorang artis, tetapi adalah lebih baik untuk Ariz membuat laporan polis jika perbuataan wanita misteri itu sudah melampaui batasnya sehingga menimbulkan rasa takut dan trauma.  Anda harus berjaga-jaga dengan wanita tersebut kerana tidak tahu apa yang difikirkan mungkin ia akan membahayakan anda.

Sumber Berita: Murai

 

 

 

Written by Bella | June 18th, 2015

Hubungan rapat antara Zulin Aziz dan Ariz Forteen nampaknya membuatkan seorang individu merasa cemburu dengan kemesraan mereka dan telah memfitnah Zulin menggunakan khidmat bomoh hanya untuk mendapatkan cinta Ariz.

Sudah tidak tahan lagi dicaci dan difitnah sehingga beberapa kali, Zulin telah bertindak untuk mendedahkan individu di yang melemparkan tuduhan tidak benar itu kepada dirinya.

Saya cuba untuk tidak memperbesarkan isu ini tetapi sampai menuduh saya menggunakan khidmat bomoh untuk mendapatkan cinta lelaki… bagi saya itu melampau dan mampu menjatuhkan maruah saya.

Atas sebab itu juga saya bertindak mendedahkan individu berkenaan di Instagram saya agar dia dapat menghentikan perbuatan tersebut.

Motif individu yang dikenali sebagai @sitifatimahlufias88 mendakwa beliau menggunakan ilmu hitam adalah kerana tidak suka keakraban yang terjalin bersama Ariz dan ingin membuatkan mereka berdua bermusuhan. Malah, wanita tersebut bukan sahaja mengganggu Zulin seorang tetapi Ariz juga mengalami perkara yang sama.

Saya tidak tahu wanita berkenaan ada masalah mental atau dia sekadar suka-suka menganggu dan menuduh saya tetapi ia semakin tidak terkawal. Malah Ariz sendiri yang memaklumkan kepada saya tentang tuduhan terbaharu yang mengatakan saya menggunakan ilmu hitam.

Pada masa yang sama Zulin berkata hubungan beliau dan Ariz tidak lebih daripada seorang kawan dan berharap peminat Ariz tidak terlalu fanatik sehingga ingin mejatuhkan maruah orang lain dan melemparkan pelbagai tuduhan tidak masuk akal.

Sesetengah peminat artis ini, kadang-kala mereka terlalu fanatik dan menganggap seseorang artis itu milik mereka sahaja. Lagi-lagi sejak wujudnya media sosial, macam-macam lah mereka akan kata tentang artis baik perkara baik ataupn buruk.

Sumber Berita: mStar Online

 

Written by AbangNara | February 11th, 2015

Sekeping gambar Zulin Aziz dan Ariz daripada kumpulan Forteen telah menyebabkan ribuan gadis-gadis mengalirkan air mata mereka baru-baru ini. Mana tidaknya, Zulin dan Ariz dilihat bersanding di atas pelamin. Ramai yang membuat anggapan mereka berdua telah bertunang. Tambahan pula ada rakan-rakan artis yang turut sama mengucapkan tahniah kepada mereka. Fuh~~~

zulin aziz dan ariz forteen bertunang

gambar yang mencetuskan persoalan

Tidak mahu para peminat tertanya-tanya, Zulin Aziz telah tampil untuk menjelaskan keadaan. Mereka berdua tidak bertunang. Ia hanya sekadar menangkap gambar di atas pelamin bersama dengan best friend forever(bff). Terang Zulin:-

zulin

Yeah~~~ Jadi para peminat Ariz Forteen terutamanya bolehlah menarik nafas lega. Jangan risau. Jejaka kacak anda masih single mingle. Tak ada tunang, tak ada kekasih (ini tak pasti) dan masih mencari (ini kemungkinan). Mereka berdua hanya kawan baik. Tiada cinta di antara mereka. Hehehe. Sila lap kembali air mata anda.

P.S: Tempahan Perodua Axia cecah 82,000 unit