August 24th, 2016

Status hubungan Kamal Adli dan Emma Maembong nampaknya akan terus menjadi teka teki apabila Kamal dalam kenyataan terbaru beliau  meminta orang ramai untuk memberikan beliau ruang dan masa untuk hubungan mereka bergerak dengan sendiri.

Jelas Kamal beliau berdiam diri bukan kerana ingin menyembunyikan sesuatu tetapi ada perkara yang lebih baik untuk tidak dikongsikan kepada umum.

Walaubagaimanapun, beliau berharap tiada pihak yang memanaskan lagi keadaan dengan menyebarkan berita tidak benar mengenai hubungan beliau dan Emma.

Saya berdiam diri, bukan bermakna saya sembunyikan apa-apa. Ada perkara yang tidak boleh dikongsi.

Saya menghargai hubungan ini. Sebab itu saya kata beri masa buat kami. Ada perkara yang mahu saya perbetulkan. Dalam masa yang sama saya tidak mahu orang di luar sana terus mengambil peluang menokok tambah kisah ini. Sebab itu saya sangat berhati-hati beri kenyataan, saya tidak mahu keruhkan keadaan.

Kamal pada masa yang sama berharap tiada lagi pihak yang mendesak Emma dengan pelbagai soalan kerana Emma merupakan seorang gadis yang baik serta tidak bersalah.

Apa-apa yang berlaku, semuanya salah saya. Saya tidak mahu ada orang lain cuba kaitan perkara ini dengan orang luar atau Emma sendiri.  Emma tak salah. Dia adalah seorang gadis yang baik, dan saya sangat selesa dengan dia sepanjang kami berhubungan.

Berbicara mengenai gosip orang ketiga didalam percintaan mereka, Kamal sekali lagi menegaskan agar tiada lagi yang mengaitkan nama Fathia dalam isu ini. Fathia bukanlah punca keretakan hubungannya dengan Emma.

Saya tidak tahu kenapa perkara ini timbul, tetapi saya minta jangan tuding kesalahan kepada orang lain selain saya seorang sahaja.  Saya tidak akan sorokkan apa-apa jika semuanya sudah jelas, cuma buat masa ini belum masanya saya kongsi. Jadi jangan buat spekulasi sendiri .

Seperti kata Kamal biarlah takdir yang menentukan pengakhiran hubungan mereka bagaimana nanti. Kadang-kadang cinta tidak semestinya memiliki. Ada cinta yang pergi tetapi tetap akan kembali kerana ada jodoh. Doakan yang terbaik buat Kamal dan Emma.

Sumber Berita : Utusan Online

Advertisement
August 22nd, 2016

Hubungan Emma Maembong dan Kamal Adli sehingga kini masih dihimpit pelbagai spekulasi dan gosip. Ramai yang ingin tahu apakah status sebenar hubungan mereka.

Baru-baru ini, Kamal ada meluahkan hasratnya bahawa beliau ingin membaiki hubungan mereka dan memperisterikan Emma.

Berbicara mengenai kenyataan Kamal, Emma menerusi  Berita Harian enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara berkenaan dan menyerahkan soal itu kepada Allah SWT.

Untuk hal ini, tidak manis rasanya saya sebagai perempuan memberi komen berlebihan. Cuma bagi pihak saya, kalau betul jodoh saya bersama dia, dengan izin Tuhan kami akan bersatu suatu hari nanti.

Saya tidak pernah katakan kami sedang bercinta. Cuma saya nyatakan saya mengenali Kamal dan sampai sekarang saya masih lagi sedang mengenali dia. Jadi, sekiranya hubungan kami tidak jadi, tidak timbulnya isu.

Kalau sampai ke jinjang pelamin saya bersyukur. Kalau jodoh tak kesampaian, saya akur dia bukan jodoh saya.

Seperti yang anda semua tahu, minggu lepas ayah Emma telah megalami kecederaan selepas ditetak oleh penyamun. Disebabkan perkara itu juga, Emma akui ia membuatkan beliau berfikira sekali lagi untuk berkahwin kerana siapa yang akan menjaga ayahya itu nanti.

Mungkin dahulu saya rasa sudah bersedia untuk berkahwin. Tapi selepas apa yang terjadi pada ayah, saya mula berfikir, jika saya berkahwin siapa yang akan menjaga ayah? Ayah bukanlah penghalang untuk saya berkahwin. Jika saya sudah berkahwin pun, saya pasti boleh menjaga dia. Tapi buat masa sekarang biar saya fokus dengan ayah dahulu.

Bagaimanapun, saya tetap akan berkahwin suatu hari nanti. Cuma pasangannya masih menjadi tanda tanya. Biarlah saya berjalan mengikut arus.

Daripada kenyataan Emma, jujur kami rasa beliau seakan merasa kecewa dengan sesuatu. Emm, setiap hubungan pasti ada pasang surutnya dan ia sebenarnya menguji kesetiaan dan kasih sayang keapda pasangan. Kalau ada jodoh antara mereka berdua,  pasti Emma dan Kamal akan bersatu juga.

Sumber Berita : Berita Harian

Advertisement