May 31st, 2016

Sebelum ini, Kamal Adli telah meluahkan hasratnya yang sudah bersedia untuk melamar Emma Maembong menjadi isterinya dan hanya menunggu restu daripada ayah Emma.

Namun, sehingga hari ini masih belum ada sebarang perkembangan terbaru mengenai hubungan mereka.  Walaubagaimanapun, mereka seakan masih tetap mesra bersama dan ramai yang menaruh harapan untuk pasangan ini ke jinjang pelamin.

Emma juga akui ada sesetengah pihak mempertikaikan mengapa Emma seakan bermain tarik tali dan menyembunyikan status hubungan mereka.

Kami masih lagi dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing. Sesetengah pihak yang tidak faham mungkin akan menghentam dan menyelar seolah-olah kami tidak serius merencana perjalanan masa hadapan.

Tidak kurang ada yang pertikaikan mengapa saya seperti main tarik tali mengenai hubungan kami. Mereka mempertikaikan mengapa saya masih muat naik gambar berdua tetapi masih membiarkan hubungan kami tergantung.

Seperti pasangan bercinta lain, saya juga ingin mengenali insan yang dicintai dengan lebih mendalam. Proses itu memerlukan masa.

Jelas Emma, pengalaman lalu dalam bercinta banyak membuatkan beliau untuk lebih berhati-hati dan tidak terlalu “hanyut” dalam percintaan.

Jika ditakdirkan Kamal ialah jodoh saya, tiada apa yang perlu dirisaukan. Tidak perlu ikatan rasmi seperti bertunang untuk menyatakan Kamal milik saya.

Saya akui pengalaman cinta lalu membuatkan saya lebih berhati-hati. Saya tidak mahu disebabkan terlalu kemaruk bercinta, jiwa saya melara apabila hubungan putus ditengah jalan.

Apa yang Emma katakan itu ada betulnya. Lebih baik untuk mengenali pasangan kita dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Bila berkahwin kalau boleh kita hendak ia kekal selamanya bukan? Jadi apa salahnya untuk ambil waktu untuk tahu baik buruk pasangan..

Sumber Berita : Berita Harian

February 11th, 2016

Mesra tetapi tidak pernah melabelkan diri mereka sebagai pasangan kekasih, Emma Maembong dan Kamal Adli sehingga hari ini masih lagi bermain teka teki dengan peminat tentang hubungan mereka.

Terbaru, Emma menerusi BH PLUS memberitahu mereka akan mendirikan rumah tangga jika mendapat restu daripada bapa Emma sendiri. Buat, beliau yakin apa sahaja keputusan yang akan dibuat oleh  bapanya itu adalah terbaik untuk dirinya.

Saya adalah antara anak yang paling rapat dengan ayoh. Mungkin dia melihat saya belum bersedia untuk berkeluarga. Ini kerana di matanya, saya masih lagi anak kecil.

Kamal faham situasi itu… Dia bersedia menanti restu dari ayoh. Jika diberikan restu, esok juga saya akan berkahwin. Saya yakin, ayoh lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anak perempuannya ini.

Wah, satu kenyataan yang agak mengejutkan, kerana Emma selalunya mengelak untuk menjawab bila beliau dan Kamal bakal berkahwin. Hehe. Semoga ada jodoh mereka untuk ke jinjang pelamin.

Sumber Berita: BH PLUS

May 27th, 2015

Meskipun mengakui selesa bersama dan sekadar teman rapat, hubungan Kamal Adli dan Emma Maembong sudah cukup hangat diperkatakan. Ada yang beranggapan mereka tampak secocok bersama dan mungkin ada jodoh diantara mereka selepas masing-masing mempunyai kisah duka dalam percintaan.

Bekas kekasih kepada Kamal iaitu Intan Ladyana juga turut merasa gembira dengan berita mengenai hubungan intim Kamal bersama Emma kini. Intan mendoakan agar pasangan tersebut bahagia dan akan menyokong segala rancangan mereka pada masa hadapan.

Bagus untuk dia (Kamal Adli) dan Emma, saya tumpang gembira akan hal ini. Kalau mereka bahagia saya pun bahagia jugalah. Saya akan sokong apa sahaja yang mereka rancang.

Berbicara tentang status Intan sekarang, beliau tidak menafikan sedang mengenali hati bud seseorang yang bukan bergelar artis. Walaubagaimanapun buat masa ini, Intan masih belum bersedia untuk memperkenalkan jejaka tersebut kepada umum.

Baguslah jika Intan Ladyana sudah boleh move on daripada hubungan lepas dan paling penting tidak cemburu dengan kebahagiaan bekas kekasih beliau sekarang. Semoga Intan dilimpahi dengan kasih sayang. Buat Kamal Adli dan Emma Maembong harapnya anda berdua juga bertemu jodoh. Hehe

 

 

March 20th, 2015

Untuk ada yang tidak tahu, sailang bermakna merampas awek member baik kita lebih-lebih lagi selepas kita baru beberapa hari clash dengan buah hati. Sailang adalah perkara yang paling dibenci oleh mana-mana jejaka. Lebih-lebih lagi bila member baik tersebut memang best friend. Memang boleh putus sahabat dan tak bertegur sapa sampai forever. Dalam episod cinta Emma Maembong, Zizan Razak dan Kamal Adli, peng’sailang’an tersebut tidak terjadi kerana antara Emma dan Kamal, memang tiada sebarang hubungan istimewa.

kamal adli zizan emma

Kata Kamal Adli:-

Ramai peminat yang marah pada saya. Sedangkan saya telahpun jelaskan yang saya tidak pernah bawa Emma berjumpa keluarga saya. Lagipun, belum ada sebab kukuh untuk saya bawa Emma jumpa mereka. Saya bukan jenis ‘kaki sailang’. Saya memang berkawan dengan Emma malah saya juga berkawan dengan Zizan tetapi hubungan saya dan Emma rapat sejak kami berlakon drama Syurga Tanpa Cinta.

Sewaktu itu kami sering berkongsi cerita tentang hal kami dengan pasangan masing-masing. Namun, apabila dia lalui perkara itu (putus cinta), saya faham situasi dan perasaannya sebab saya pun lebih dulu lalui benda yang sama. Kami masing-masing saling beri semangat atas apa yang kami lalui. Itu yang buatkan kami jadi lagi selesa berkawan.

Saya hanya berkawan dan tidak sampai ke tahap nak minta hubungan ini sebagai pasangan kekasih. Saya tidaklah terdesak sampai macam itu sekali. Saya kasihan dengan dia (Emma). Sejak dia ‘declare’ tentang hal (putus cinta) itu, dia juga dapat banyak kritikan daripada peminat. Saya nasihatkan dia supaya banyak bersabar kerana orang lain tidak tahu dan faham apa cerita sebenarnya.

kamal adli zizan emma

Abang Nara percaya pasti ada pembaca BeautifulNara yang pernah disailang atau menjadi penyailang kepada kawan baik mereka sendiri. Mungkin ada yang dah selamat berkahwin pun. Selalunya orang yang menyailang akan menyalahkan kawan mereka sendiri kerana tidak pandai menjaga awek. Ia selalunya bermula dengan menjadi tempat luahan masalah dan akhirnya bibit percintaan timbul. Itulah yang sering berlaku. Apa kata anda? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen. Sumber MalaysianDigest.