Written by Bella | May 31st, 2016

Sebelum ini, Kamal Adli telah meluahkan hasratnya yang sudah bersedia untuk melamar Emma Maembong menjadi isterinya dan hanya menunggu restu daripada ayah Emma.

Namun, sehingga hari ini masih belum ada sebarang perkembangan terbaru mengenai hubungan mereka.  Walaubagaimanapun, mereka seakan masih tetap mesra bersama dan ramai yang menaruh harapan untuk pasangan ini ke jinjang pelamin.

Emma juga akui ada sesetengah pihak mempertikaikan mengapa Emma seakan bermain tarik tali dan menyembunyikan status hubungan mereka.

Kami masih lagi dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing. Sesetengah pihak yang tidak faham mungkin akan menghentam dan menyelar seolah-olah kami tidak serius merencana perjalanan masa hadapan.

Tidak kurang ada yang pertikaikan mengapa saya seperti main tarik tali mengenai hubungan kami. Mereka mempertikaikan mengapa saya masih muat naik gambar berdua tetapi masih membiarkan hubungan kami tergantung.

Seperti pasangan bercinta lain, saya juga ingin mengenali insan yang dicintai dengan lebih mendalam. Proses itu memerlukan masa.

Jelas Emma, pengalaman lalu dalam bercinta banyak membuatkan beliau untuk lebih berhati-hati dan tidak terlalu “hanyut” dalam percintaan.

Jika ditakdirkan Kamal ialah jodoh saya, tiada apa yang perlu dirisaukan. Tidak perlu ikatan rasmi seperti bertunang untuk menyatakan Kamal milik saya.

Saya akui pengalaman cinta lalu membuatkan saya lebih berhati-hati. Saya tidak mahu disebabkan terlalu kemaruk bercinta, jiwa saya melara apabila hubungan putus ditengah jalan.

Apa yang Emma katakan itu ada betulnya. Lebih baik untuk mengenali pasangan kita dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Bila berkahwin kalau boleh kita hendak ia kekal selamanya bukan? Jadi apa salahnya untuk ambil waktu untuk tahu baik buruk pasangan..

Sumber Berita : Berita Harian

Written by Bella | April 15th, 2016

Harapan untuk peminat Kamal Adli dan Emma Maembong yang mengimpikan pasangan ini bersanding di jinjang pelamin bakal termakbul apabila Kamal mengakui beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

Namun, Kamal tidak mahu terlalu mendesak Emma dan hanya akan berkahwin jika mendapat restu daripada keluarga beliau dan keluarga pihak perempuan.

Jujur saya hanya menunggu pihak Emma saja. Pada masa sama, Emma juga perlu mengambil kira soal keluarganya dan hal ini sudah tentulah bukan perkara main-main. Tambahan pula Emma anak kesayangan bapanya. Saya pun tidak boleh komen lebih-lebih dalam bab ini.

Lebih elok rasanya jika ditanya kepada bapanya juga. Saya pun tidak menggatal dengan wanita lain. Malah, saya juga tiada apa lagi hendak difikirkan kalau menyentuh soal masa depan. Keluarga saya pula memang tidak menghalang jika saya meluahkan hasrat untuk berumah tangga.

Kamal juga menjelaskan beliau tidak mempunyai tarikh tertentu untuk bernikah dan enggan mengulas lanjut mengenai hubungan beliau dan Emma kerana khuatir jika perancangan mereka akan berubah nanti.

Saya tidak boleh hendak komen panjang-panjang mengenai persoalan, bila saya akan melangsungkan perkahwinan? Sebelum ini, saya ada mensasarkan untuk bergelar suami pada usia tertentu, namun ia tidak berlaku seperti diharapkan.

Hendak mengulas lebih-lebih mengenai hubungan dengan Emma pun saya sebenarnya agak bimbang. Maklum saja, kalau kami tidak jadi kahwin, saya dan Emma juga yang akhirnya menjadi sasaran. Jadi, biarlah saya mengambil pendekatan bertenang saja dalam soal ini dan tidak keterlaluan saat memberikan ulasan.

Alhamdullilah, nampaknya kali ini baik Kamal mahupun Emma masing-masing sedar mereka serasi bersama dan tidak mahu membuang masa dalam bercinta. Jika benar mereka akan berkahwin tidak lama lagi, kami harap segala perancangan mereka ke arah itu dipermudahkan.

Sumber Berita : BH ONLINE