Written by Bella | April 21st, 2015

Tuduhan Tasha Shila yang mendakwa Kaka Azraff cuba untuk  menggoda kekasihnya, Hans membuatkan pelantun lagu Bukan Hal Aku itu merasa terkilan. Jelas Kaka, kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Tasha kepada pihak media tanpa perbincangan dan menyifatkan ia sebagai tindakan untuk mencari publisiti murahan.

Saya tidak sangka Tasha menuduh saya sebegitu. Saya pernah berborak dengan Hans di sebuah majlis, tetapi kami borak biasa sahaja.

Selepas itu saya tidak pernah berhubung apatah lagi mahu berbalas mesej dengan kekasih dia.Bagi saya tuduhan Tasha terhadap saya itu melampau dan hanya mahu mencari publisiti murahan.

Buat Kaka, ia adalah satu fitnah yang besar terhadap dirinya tetapi beliau tetap akan memandang ia dari sudut yang positif dan mengajar beliau untuk berhati-hati dalam memilih seorang kawan kelak.

Walaupun ia satu fitnah yang tidak boleh diterima akal, saya positifkan diri bahawa ia satu publisiti untuk menaikkan nama saya.

Tambahan pula sekarang ini saya sibuk mempromosikan lagu Bukan Hal Aku. Dan yang penting, apabila isu ini timbul, ia memberi pengajaran besar buat diri saya agar berhati-hati memilih kawan.

Tasha dalam sebuah kenyataan di akhbar minggu lalu mendedahkan Kaka cuba untuk mengambil kesempatan untuk menggoda dan rapat dengan kekasihnya Hans ketika hubungan mereka sedang bermasalah. Malah, Kaka juga dikatakan sering berbalas mesej dengan Hans mengajak kekasihnya itu untuk keluar bersama.

Sumber Berita: mStar Online

 

 

Written by Bella | March 25th, 2015

Minggu lepas, ramai yang memuji kemeriahan majlis malam berinai pelakon Sharifah Sakinah yang disertai oleh rakan artis ternama. Namun, Kaka Azraff yang sebelum ini menyertai rombongan Bridal Shower ke Bali tidak kelihatan pada majlis pada hari Sabtu yang lalu.

Kelibat Kaka yang tidak kelihatan pada majlis berinai telah menimbulkan tanda tanya dan ada yang mendakwa beliau telah diboikot oleh rakan artis kerana menjadi punca keretakan hubungan pelakon Tasha Shila dan kekasihnya Han Chen Wong.

Walaubagaimanapun, Kaka menjelaskan beliau tidak dapat hadir ke majlis berkenaan kerana terikat dengan jadual yang padat dan bukanlah diboikot seperti yang digosipkan.

Pada masa itu saya sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Dunia Generasi Baru menyebabkan saya tidak dapat hadir pada majlis itu. Cuma saya tak maklumkan pada Sakinah tak dapat hadir pada majlis itu.

Sebenarnya, Kaka tidak begitu rapat dengan Sharifah Sakinah dan rakan artis yang lain dan menghadiri majlis Bridal Shower sebelum ini kerana memenuhi undangan daripada pihak penaja.

Lagipun mereka (Sakinah dan kelompok artis) bukanlah kawan rapat saya seperti yang disangkakan walaupun saya turut hadir pada majlis Bridal Shower itu. Saya hanya memenuhi undangan penaja acara itu. Kawan baik saya dalam dunia seni hanyalah Juliana Evans.

Berbicara soal beliau adalah perosak hubungan Tasha Shila dan kekasihnya, Kaka enggan memberikan sebarang komen lanjut dan menganggap perkara itu adalah remeh.

Tidak ada di majlis tertentu, bukan bermakna Kaka Azraff diboikot bukan? Biasalah artis, jadual selalu penuh. Tapi jika benar beliau tidak mempunyai teman rapat, apa salahnya cuba untuk bergaul dengan Sharifah Sakinah dan rakan-rakan yang lain kan?

Sumber Berita: Berita Harian