Written by Bella | June 20th, 2015

Menjelang Syawal pasti kita akan disajikan dengan pelbagai iklan dengan konsep yang berbeza. Ada yang mampu mencuit hati kita dan ada yang mampu menyentuh hati kita dengan jalan cerita agak sedih sehingga terpahat di memori kita selamanya.

Salah satu karya iklan Aidilfitri yang masih berada di dalam hati Bella sendiri adalah iklan dimana seorang anak tidak mahu menjaga ayahnya yang sakit dan menantu yang sering mempersendakan mertuanya bertajuk Aku Ingin Pulang. Ingat tak ungkapan ini “nanti bila kakak besar abah dengan mak duduk sini, kakak dengan adik duduk rumah. Abah jangan lupa pakai lampin tau.”

Bercakap tentang filem pendek sempena Aidilfitri, satu karya terbaharu bertajuk Kad Raya Syafiqa kini menjadi viral.

Iklan terbitan PTS Media Group yang dibintangi aktres cilik berbakat besar adik Puteri Balqis ini cukup menyentuh hati ramai yang menontonnya.

Diarahkan oleh Khairul Azwan, ia mengisahkan seorang murid bernama Syafiqa dan cikgunya yang bernama Hayati. Satu hari Syafiqa terdengar perbualan cikgu Hayati bersama ibunya yang memberitahu dia tidak dapat pulang beraya kerana sibuk dengan kerja. Tanpa pengetahuan sesiapa, Syafiqa rupanya mengidap penyakit barah otak dan meninggal dunia. Sebelum meninggal, Syafiqa ada membuat sekeping kad raya khas untuk cikgu Hayati.

Ingin tahu kisah penuh Syafiqa? Mari tonton video dibawah:
Sumber : PTS MEDIA GROUP