Written by AbangNara | March 7th, 2012

Bekas awek Abang Nara ketika berada di Korea dulu, Jeon Ji Hyun bakal berkahwin dengan kekasih hatinya yang baru iaitu Choi Jun-hyuk pada 2 Jun ini. Untuk makluman, hubungan cinta mereka mekar selepas Jeon Ji Hyun menjaga Choi ketika Choi demam. Mereka berdua adalah childhood friend.

jeon ji hyun

Berikut ialah kata-kata J & Co Entertainment, agensi yang bertanggungjawab menjaga Jeon Ji Hyun:-

Ia adalah benar bahawa Jun Ji-hyun akan mengadakan perkahwinannya dengan Choi Jun-hyuk di Hotel Shilla di Seoul pada 2 Jun. Kami berharap bahawa anda akan mengucapkan tahniah Jun Ji-hyun yang akan bergelar sebagai isteri. Kami berterima kasih kepada peminat atas sokongan dan cinta yang anda tunjukkan kepada Jun Ji-hyun selama ini.

Lepas seorang demi seorang bekas awek Abang Nara mendirikan rumah tangga. Nampak benar kecewa dengan kisah cinta kami dulu. Hahaha. Apa pun semoga majlis perkahwinan bintang Korea ini akan berjalan dengan lancar hendaknya.