December 15th, 2015

Haiza antara peserta yang sering menampilkan persembahan konsisten hampir setiap minggu dan merupakan “favourite” penonton Gegar Vaganza 2.

Namun ketika pentas akhir Gegar Vaganza 2 berlangsung minggu lepas Haiza seakan hilang arah dan kurang menyerlah. Ada yang mengatakan pemilihan lagu Puisi Cinta adalah punca beliau mendapat tempat terakhir.

Walaubagaimanapun, Haiza menerusi portal mStar Online berkata beliau tidak mahu menyalahkan pemilihan lagu tetapi menganggap  kegagalan beliau memberikan persembahan yang baik adalah kesilapan dirinya sendiri.

Pada saya lagu itu tidak salah sehingga menjadi penyebab persembahan saya gagal menyerlah tetapi kekurangan itu datang daripada diri sendiri. Jujur saya marah dengan diri sendiri tetapi saya sudah memberikan persembahan terbaik dan sudah tertulis rezeki saya di tempat terakhir.

Tambah Haiza, beliau sejujurnya cukup teruja menyanyikan lagu tersebut memandangkan vokalis kumpulan Illusi itu sendiri iaitu Ayai banyak memberikan beliau sokongan sejak pertandingan itu bermula.

Lagu berkenaan seperti penutup kepada semua kisah saya di Gegar Vaganza yang membawa banyak erti kepada saya dan ia juga tanda terima kasih kepada Abang Ayai yang sentiasa menyokong saya sejak minggu pertama pertandingan.

Meskipun mendapat tempat tercorot, karier nyanyian Haiza semakin berkembang dan beberapa pihak sudah mula nampak bakat beliau yang sebenar. Menurut Haiza, rezeki beliau semakin murah dan jadual undangan nyanyiannya penuh sehingga penghujung Mac tahun hadapan.

Tidak kisah jika Haiza dapat tempat pertama mahupun yang terakhir, apa yang penting semua orang tahu beliau mempunyai bakat yang cukup besar. Rezeki Allah SWT itu luas.

Sumber Berita: mStar Online

December 14th, 2015

Tahniah diucapkan kepada Siti Nordiana yang telah pun dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza 2 sebentar tadi. Siti Nordiana telah membawa pulang RM100,000, pakej percutian ke Madrid, Spain dan juga trofi. Di tempat kedua ialah Faradhiya. Di tempat ketiga Ezad Lazim, sementara Nassier Wahab di tempat keempat. Acong Sweetchild pula di tempat kelima sementara Haiza di tempat keenam.

siti nordiana

Kemenangan Siti Nordiana sememangnya sudah dijangkakan. Persembahan Nana di pentas akhir juga amat memberangsangkan. Sememangnya layak untuk Siti Nordiana bergelar juara. Selain itu Siti Nordiana juga memenangi persembahan terbaik yang dipilih berdasarkan undian SMS penonton. Cuma Abang Nara agak terkejut apabila Haiza mendapat tempat terakhir. Namun sudah pasti para juri lebih profesional dan mengadili dengan lebih berilmu berbanding kita semua.

gegar vaganzaApa pun, Gegar Vaganza kali ini sememangnya menjadi fenomena di kalangan rakyat Malaysia. Ia adalah satu program yang bagus terutama untuk penyanyi lama mengembalikan populariti mereka. Semoga Gegar Vaganza seterusnya akan lebih meriah dengan penyertaan peserta yang lebih hebat. Tahniah diucapkan kepada Astro dan semua pihak terbabit atas kejayaan Gegar Vaganza 2.

December 10th, 2015

Faradhiya merupakan salah seorang peserta feveret Abang Nara dalam Gegar Vaganza 2. Tiap-tiap minggu Abang Nara memang menunggu persembahan daripadanya. Namun persembahan Faradhiya di minggu suku akhir dan separuh akhir agak mengecewakan. Buktinya, pada minggu lalu, Faradhiya mendapat tempat kedua tercorot. Rupa-rupanya Faradhiya mengalami masalah kehilangan suara yang hampir menyebabkan dia menarik diri dari Gegar Vaganza 2.

gegar vaganza 2

Patutlah pada persembahan minggu lalu, nyanyian Faradhiya tidak selantang yang diharapkan. Part tarik pun tak tarik. Nasib baiklah Datuk Ramli MS memujuk Faradhiya dan menukar susunan lagu untuk disesuaikan dengan suara Faradhiya yang hilang. Kata Faradhiya.

Terus terang saya cakap, jika bukan kerana Datuk Ramli MS (juri tetap) yang memujuk, mungkin saya sudah menarik diri sebelum bertanding. Sebenarnya sejak persembahan minggu lalu, saya kerap batuk dan tekak terasa gatal. Saya sudah pergi berjumpa dua orang pakar dan berhabis banyak wang kerana mahu mengelakkan keadaan menjadi teruk. Sehari sebelum pertandingan, suara saya semakin pulih dan saya sudah yakin boleh menyanyi dengan baik. Tetapi dugaan berlaku, pada pagi hari persembahan, suara saya hilang terus dan langsung tidak boleh menyanyi.

Demi Allah, memang saya gelabah dan mula seram sejuk kerana sehari sebelum itu, suara saya sudah pulih dan menjalani raptai seperti biasa. Saya cuba juga untuk menyanyi di rumah sebelum ke tempat latihan tetapi memang suara saya tidak mencapai nada yang ditetapkan. Pada masa itu, saya berkata pada diri sendiri, apa guna saya bertanding jika tidak mampu. Saya tidak mahu memalukan diri sendiri menyanyi dengan suara yang hilang.

Sewaktu menjalani sesi latihan terakhir kira-kira pukul 5 petang (Ahad lalu), saya sudah hilang keyakinan diri dan berasa tidak bersedia untuk bertanding. Saya ada memberitahu Ramli, jika memang tiada apa yang boleh dilakukan, lebih baik saya tarik diri sahaja. Tetapi dia menegah dan berkata akan mengubah sedikit susunan lagu mengikut kemampuan suara saya pada ketika itu. Pada mulanya saya risau lagu akan kedengaran sumbang, tetapi Ramli berkata tidak mengapa, sekurang-kurangnya orang tahu tekak saya sakit.

gegar vaganza 2

Tiada apa yang lebih menakutkan buat seorang penyanyi selain daripada kehilangan suara. Minggu ini adalah minggu akhir Gegar Vaganza 2. Diharap suara Faradhiya akan kembali pulih seperti biasa, sekaligus dapat memberikan persembahan yang memukau. Mana tahu ada rezeki boleh bergelar juara Gegar Vaganza 2. Tak gitu? Apa pendapat anda? Sumber Kosmo.

December 8th, 2015

Minggu ini adalah minggu akhir Gegar Vaganza 2. Berdebar-debar rasanya mahu melihat persembahan 6 peserta di pentas akhir iaitu Siti Nordiana, Haiza, Ezad Lazim, Acong, Faradhiya dan Nassier Wahab. Masing-masing mempunyai aura yang tersendiri. Namun berdasarkan persembahan semasa, nampak gayannya peluang untuk Siti Nordiana merangkul gelaran juara adalah lebih tinggi.

siti nordiana gegar vaganza

Minggu lalu Siti Nordiana sekali lagi mendapat tempat pertama dengan lagu “Mengapa” nyanyiannya. Tidak dinafikan bulu roma Abang Nara menegak apabila mendengar nyanyian Nana. Powerful sungguh. Jika mutu persembahan yang sama ditunjukkan, pasti dengan mudahnya gelaran juara akan menjadi milik Nana. Tapi jangan pula over confidence. Teruskan berusaha dan berlatih seperti biasa.

siti nordiana gegar vaganza

Apa pun, akaun Instagram @sitinordiana menunjukkan penambahan pengikut lebih daripada 100 ribu selepas penglibatannya di dalam Gegar Vaganza 2. Mula-mula dulu cuma 100 ribu pengikut. Tadi Abang Nara check, dah 230 ribu dah. Hebat. Kata Nana:-

Jika dahulu follower Nana lebih kurang 100 ribu sahaja tetapi selepas GV, follower sudah meningkat sehingga lebih 200 ribu. Alhamdulilah, syukur.

Dan jumlah yang like pun dah bertambah. Dulu nak dapat like 500 pun susah. Sekarang alhamdulilah, pos apa-apa pun like ribu-ribu. Terima kasih sangat kepada peminat yang sokong Nana.

Nana gembira sangat. Segala pengorbanan untuk GV, ulang alik dari Seremban, ambil kelas vokal dan sebagainya akhirnya berbaloi.

InsyaAllah, selepas ini Nana akan terus berkarya demi peminat.

siti nordiana gegar vaganza

Diharap selepas tamatnya Gegar Vaganza 2, Siti Nordiana akan terus aktif menyanyi untuk melepaskan kerinduan para peminatnya. Good luck and all the best untuk final GV2. Lagi beberapa gambar Siti Nordiana dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

siti nordiana gegar vaganza

siti nordiana gegar vaganza

siti nordiana gegar vaganza
siti nordiana gegar vaganza
siti nordiana gegar vaganza
siti nordiana gegar vaganza
siti nordiana gegar vaganza