Written by Bella | October 8th, 2018

Ramai yang masih terkejut dan seakan tidak percaya bagaimana seorang bintang muda yang baru sahaja ingin menapak dalam bidang hiburan iaitu Wany Hasrita boleh dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 31. Malah, jumlah undian beliau pula mengatasi juara-juara terdahulu contohnya Neelofa pada ABPBH 29 hanya memperolehi 212,829 .

Mula timbul beberapa khabar angin kurang enak dimana beliau ditaja oleh VVIP dan membeli undi. Bagaimanapun, Wany menafikan dakwaan tersebut dan beliau sendiri melihat usaha keras peminatnya yang mengundi beliau.

Alhamdulillah kelab peminat saya mempunyai pemikiran yang sangat ke hadapan. Mereka hanya gunakan pelbagai sumber seperti komputer peribadi yang banyak.

Peminat atau pihak pengurusan saya tak keluarkan duit pun untuk membeli undi. Kalau beli undi, kenapa mereka tak tidur malam. Baik mereka tidur sahaja. Setiap sejam mereka undi. Sebab itu saya cakap mereka undi sampaikan tak tidur.

Saya tak jangka pun kemenangan ini sebab saya tak rasa tahun ini adalah tahun saya. Apa-apa pun saya ingin berterima kasih kepada peminat terutamanya The Nizers yang bekerja keras dari awal mengundi saya

Dah tertulis rezeki untuk Wany menang semalam dan tidak perlu pertikaikan lagi. Bila suruh undi artis pujaan masing-masing, ada peminat yang malas. Sekarang orang lain menang, macam-macam pula komen.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | October 8th, 2018

Memenangi kategori Pelakon TV Lelaki Popular dan Wanita Popular, pasangan sensasi Fattah Amin dan Nur Fazura mengakui ia adalah kenangan paling manis untuk mereka suami isteri.

Seperti yang anda semua tahu, menerusi drama Hero Seorang Cinderella, mereka mula berkenalan sehingga berputiknya bibit cinta dan seterusnya ke jenjang pelamin.

Hero Seorang Cinderella banyak memberikan kenangan manis kerana kami bertemu di lokasi drama itu, bercinta dan seterusnya berkahwin. Malam ini, kami menang pula anugerah utama bersama, selain Pasangan Serasi Drama menerusi drama itu. Ia memang kenangan paling manis dan melakar sejarah tersendiri buat kami.

Fazura pada masa yang sama, turut mengucapkan rasa syukur tidak terhingga kepada peminat yang menyokong mereka suami isteri.

Melihat kesungguhan peminat yang mengundi siang dan malam, saya sangat terharu. Menang atau kalah, bukan persoalan. Mereka adalah kekuatan saya.

Fattah dan Fazura turut menang dalam kategori online iaitu Pasangan Serasi Drama menerusi drama Hero Seorang Cinderella.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Berita Harian & Halimaton Saadiah Sulaiman

Written by Bella | October 8th, 2018

Semalam telah berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 31 )  dengan tema infiniti bertempat di di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Majlis tersebut bukan sahaja tempat dimana selebriti meraikan kemenangan masing-masing tetapi pada masa yang sama menggayakan persalinanan yang bergaya dan cantik rekaan pereka fesyen terkenal.

Agaknya siapa yang paling anggun dan kacak serta mengikut tema? Jom kita layan beberapa lagi foto gaya selebriti di karpet merah ABPBH 31 dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : BERITA HARIAN / TV3 MALAYSIA / NTV7 / NSTP

 
Written by Bella | October 8th, 2018

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi yang terkenal menerusi lagu Menahan Rindu, Wany Hasrita apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH Ke 31 semalam dengan undian tertinggi sebanyak 2,053,997. Kemenangan ini memang agak mengejutkan. Wany juga berjaya memenangi anugerah Penyanyi Wanita Popular.

Menerusi kemenangannya bagi Bintang Paling Popular, Wany telah berjaya membawa pulang hadiah utama iaitu kereta jenis Citroen C4 Picasso L2 bernilai kira-kira RM125,000 beserta trofi.

ABPBH semalam berlangsung dengan meriah sekali di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), dihoskan oleh Ajak Shiro, Zara Zya dan Janna Nick telah disiarkan secara langsung menerusi TV3.

Berikut kami sertakan juga senarai  penuh pemenang bagi setiap kategori di ABPBH 31 :-

1) BINTANG PALING POPULAR: WANY HASRITA

2) PENYANYI LELAKI POPULAR: KHAI BAHAR

3) PENYANYI WANITA POPULAR: WANY HASRITA

4) ARTIS DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: SYAMEL & ERNIE ZAKRI

5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: FENDY BAKRY

6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: FARAH NABILAH

7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: ZUL ARIFFIN

8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: EMMA MAEMBONG

9) PELAKON TV LELAKI POPULAR: FATTAH AMIN

10) PELAKON TV WANITA POPULAR: NUR FAZURA

11) ARTIS KOMEDI POPULAR: ZIZAN RAZAK

12) PENGACARA TV POPULAR: NEELOFA

13) PENYAMPAI RADIO POPULAR: HAZIQ (HOT FM)

14)ARTIS VERSATIL POPULAR: ALIF SATAR

ARTIS SENSASI POPULAR: NEELOFA

PASANGAN SERASI DRAMA: FATTAH AMIN & NUR FAZURA

PASANGAN SERASI FILEM: ZUL ARIFFIN & NUR FAZURA

INSTAFAMOUS CILIK POPULAR: ARIF JIWA

PERSONALITI MEDIA SOSIAL POPULAR: FATIMAH OMAR MUKHLIS

ANUGERAH KHAS SEPANJANG HAYAT: NOORKUMALASARI

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : TV3 MALAYSIA& BERITA HARIAN