Written by Bella | December 23rd, 2017

Tanggal 18 Disember lalu, peminat KPOP seluruh dunia dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi  utama Shinee, Jonghyun yang mati bunuh diri kerana mengalami masalah depresi yang teruk. Jonghyun disahkan meninggal dunia di hospital akibat keracunan karbon monoksida kerana menghidu asap arang yang dibakar dalam kuali di apartment beliau.

Demi meratapi dan memberikan penghormatan terakhir kepada bintang kesayangan mereka itu, lebih 100 orang rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum berkumpul di tepi Sungai Klang berhampiran kawasan Masjid Jamek  bagi memperingati pemergian Jonghyun.

Suasana ketika itu agak memilukan dan kebanyakan peminat  tidak dapat menahan rasa sebak serta mengalirkan air mata saat mereka menyalakan lilin dan memegang belon simbolik “melepaskan” Jonghyun buat selama-lamanya dengan harapan “jiwa” mendiang lebih tenang disana dengan meletakkan bunga pada potret Jonghyun.

Berikut kami sertakan video serta beberapa lagi foto pada majlis penghormatan terakhir Jonghyun :-

Sumber Berita & Foto : Malaysia Kini

 
Written by Bella | December 18th, 2017

Penyanyi utama kumpulan SHINEE dari Korea Selatan, Jonghyun meninggal dunia hari ini di hospital selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya sekitar jam 6 petang waktu tempatan.

Menerusi laman web ALL KPOP, kakak Jonghyun membuat laporan polis kerana mengesyaki adiknya itu mahu bunuh diri.

Pihak polis menemui kuali berisi cecair perang dirumahnya. Menurut laporan terbaru, cecair tersebut mengandungi carbon monoxide dan menjadi penyebab kematian Jonghyun. Peminat Jonghyun di seluruh dunia turut meluahkan rasa sedih dengan berita ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga Jonghyun.

Sumber Berita : ALL KPOP