February 16th, 2020

Rata-rata lelaki dekat Malaysia ini, kalau dah ‘ketagih’ main permainan video memang tak akan ingatlah pasal perkara lain. Kalau boleh mandi, makan, tidur pun mesti nak berkepit dengan konsol!

Sama juga dengan pelawak terkenal iaitu Johan yang dikenali sebagai antara gamer kuat dalam kalangan selebriti tempatan. Kalau anda perasan, lelaki itu juga rajin berkongsi penstriman secara langsung permainannya menerusi laman Facebook.

ozlynn dan johan

Main main juga, tapi kalau dah sampai melekat depan komputer, isteri mana yang tak marah kan? Seorang individu di Twitter telah memuat naik sedutan video pendek di mana Johan telah dimarahi isteri kesayangan kerana terlalu leka bermain permainan bola FIFA.

Memang kelakar habislah melihatkan pelawak itu yang terkemut-kemut dibebel oleh Ozlynn. Rupanya si isteri dah lama pesan suruh berhenti main tapi Johan buat tak reti sahaja, memang diamukkanlah!

Bait-bait bebelan Ozlynn boleh tahan pecah perut juga!

Kau sibuk main FIFA main FIFA, yang aku siapa nak main?!

Meskipun ramai netizen yang nyata terhibur dengan gelagat suami isteri ini, ada pula ‘acik bawang’ yang busuk hati dan tuduh bahawa Ozlynn kurang ajar dengan suami.

ozlynn dan johan

Siap ada yang cakap Ozlynn dan Johan hanya ‘berdrama’ sebab nak naikkan jumlah tontonan siaran langsung tersebut. Pulak dah?

ozlynn dan johan

Adatlah dalam perkahwinan ada gaduh dan bermasam muka kan? Tapi jangan risau sebabnya pasangan romantik itu berbaik juga pada akhir penstriman tersebut.

Okay sahaja pasangan ini, tapi yang pastinya kedua-dua Ozlynn dan Johan berjaya beri bahan hiburan untuk netizen. Para suami yang ketagih main game, boleh lah bawa muhasabah diri lepas tengok amukan Ozlynn ini.

Sumber: Twitter

July 20th, 2018

Tular di laman sosial sekarang para selebriti melakukan #KekeChallenge. Aksi yang bermula dengan turun dari kereta kemudian terus menari di luar kereta sambil bergerak mengikut pergerakan kereta itu kini menjadi bualan ramai. Ramai selebriti tempatan yang turut sama ter’pengaruh’ dan memuatnaik video mereka melakukan aksi ini. Yang kelakar pun ada, yang comel pun ada, yang sempoi pun ada.

keke challenge

Apa-apa pun diingatkan agar semua yang ingin melakukan #KekeChallenge ini agar berhati-hati dan memastikan keadaan sekeliling selamat terlebih dahulu. Yang penting pastikan si pemandu sentiasa peka dengan apa yang ada di depan mereka. Tak mahulah jadi sesuatu yang tidak diiinginkan. Apa-apa pun, jom kita layan #KekeChallenge oleh para selebriti tempatan:-

1. Fatin Afeefa

A post shared by Khaleesi (@fatinafeefa) on

2. Tauke Jambu

A post shared by tauke jambu officials (2) (@taukejambu2) on

3. Siti Sarah

4. Haiza

5. Johan ERA

6. Ariff Jiwa Asyraff

A post shared by Arif Jiwa Asyraf (@arifjiwaasyraf) on

December 27th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada Johan Raja Lawak dan Ozlyn yang bakal menimang cahaya mata kelima. Ozlyn menerusi portal Astro Gempak mengesahkan beliau kini sedang hamil lima bulan dan hanya menyedari dirinya berbadan dua semasa menyertai pertandingan Super Spontan Superstar (SSS) 2017.

Terdahulu, video Johan tersasul bercakap mengenai kandungan serta video yang menampakkan baby bump Ozlyn ada dikongsikan di media sosial. Namun, Ozlyn tidak memberikan sebarang komen kerana ingin memastikan kandungannya itu sudah betul-betul stabil.

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah S.W.T. dikurniakan rezeki yang tidak ternilai ini. Kandungan saya kini sudah hampir lima bulan pun dan dijangka bersalin pada penghujung bulan Mei atau Jun 2018. Ya, saya tahu mengenai video ‘baby bump’ saya diviralkan, tapi kawan-kawan yang bagi. Namun saya tidak memberi sebarang reaksi atau kenyataan kerana tidak mahu menghebohkan tentang perkara tersebut sehinggalah kandungan saya betul-betul stabil.

Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada Johan dan Ozlyn. Semoga ibu dan bayi didalam kandungan sentiasa sihat.

Sumber Berita : Astro Gempak

May 15th, 2017

Mula menceburi bidang hiburan menerusi program realiti berdasarkan undian dan baru-baru ini turut memenangi tiga kategori pada AME 2017 juga atas undian peminat, pelawak terkenal Johan merasa agak kurang selesa apabila peminatnya sanggup menghabiskan wang ringgit mereka untuk menyokong beliau.

Saya marah mereka undi saya kerana pengundi saya bukan di kalangan yang berada. Mereka orang biasa. Duit yang mereka ada baik disedekahkan kepada anak yatim atau bantu ibu bapa, itu lebih baik. Tetapi inilah apabila dikatakan peminat, kita kentut pun mereka kata wangi. Jadi saya terima kasih kepada peminat kerana mengundi saya.

Sejujurnya, Johan mahu peminat beliau membelanjakan wang mereka untuk keperluan ataupun sesuatu yang lebih berfaedah buat mereka. Johan tidak mahu peminatnya rasa terbeban dengan mengundi beliau.

Saya selalu marah peminat saya beli surat khabar atau berkenaan dengan duit. Saya tidak sokong penyokong saya menyokong saya dengan duit.   Kalau nak cakap duit, saya ada duit. Jangan buang duit anda. Kalau undi atas talian tidak mengapa, itu tidak guna duit. Saya tidak mahu bebankan orang. Duit itu boleh buat benda lain daripada dihabiskan kepada artis pujaan.  RM50 dihabiskan untuk artis pujaan? Kita boleh dapat beras sekampit.

Setiap artis mempunyai pandangan berbeza berkaitan undian peminat untuk mereka di dalam sesuatu anugerah. Apa-apa pun, zaman sekarang kita harus berjimat dalam setiap perkara.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE